Bila AI Tak Cukup: Sentuhan Manusia yang Usahawan Kecil Perlukan

6–9 minutes

Jangan Tinggalkan Perjalanan Menulis

Hai guys! Sekali lagi aku masih ingin menulis mengenai penggunaan AI dan penulisa upahan.

Selamat datang kita ucapkan kepada AI kecanggihan teknologi yang banyak membantu memudahkan manusia termasuk seorang penulis.

Malah bukan sahaja memudahkan penulis tetapi mampu mengurangkan kos-kos kepada semua yang memerlukan seorang penulis dalam apa jua industri yang mereka jalankan.

Begitupun, setelah bertahun AI bertebaran dan mula digunakan manusia, malah ‘dikuasai’ manusia, kini kita mula boleh menilai kekurangan yang terdapat pada hasil kerja AI.

Aku seakan yakin, ramai sudah mula menyedari perkara ini walaupun masih tidak mahu secara terangan mengakuinya.

Tidak dapat dinafikan tatabahasa AI paling A plus, tapi sayang kebanyakan ayat menjadi terlalu ‘tatabahasa’ seperti membaca buku akademik atau puisi sastera.

Bila aku buat carian, sebab aku rasa memang sudah tepu ayat-ayat copywriting contohnya, artikel-artikel yang dipaparkan – kerja mudah guna AI, seakan sama sahaja.

Tiada lagi keunikan dengan cerita ‘storytelling’, bahasa ‘nuansa’ dan manusia – yang punya emosi, mood, real life semuanya sudah menjadi ‘plain’.

Dalam dunia marketing, ya manusia adalah target kita – gabungan storytelling, strategi pemasaran, dan sentuhan manusia diperlukan untuk memastikan mesej sampai kepada audien.

Dalam dunia yang banyak orang nak mengejar kesamaan – keserupaan – mengikut trend – menggunakan AI menjadikan semua hasil hampir sama.

Di sinilah penulis boleh memainkan peranan dengan bakat dan kemahiran yang kita ada, storytelling, pengalaman, kemahiran dan usaha untuk mendalami ilmu ini.

Aku sendiri tertarik untuk membaca tulisan-tulisan penulis lain, dan cuba menganalisis – sama ada untuk mendapatkan idea, belajar, dan tambah baik.

Waima billboard yang terdapat di sepanjang jalan atau banner yang dinaikkan – semua itu menarik aku untuk membaca dan menganalisis.

Jika dulu aku tengok sebagi untuk mengetahui mesej yang disampaikan melalui copy yang tertera serta visual.

Namun kini secara automatik aku akan menganalisis semua yang aku lihat dan berfikir. Mengasyikkan…

Masa Depan & Cabaran

Terkini, CEO OpenAI, Sam Altman sendiri menyatakan dia takut dengan kewujudan ChatGPT 5 dan perkembangannya. Kenapa?

Menurutnya Altman, GPT5 berkembang dengan sangat cepat dan tanpa perlu kawalan yang ketat. Ini disebabkan kelalain OpenAI yang merangka garis dan panduan yang ketat sejak awal.

Namun ramai masih mempertikaikan kenyataan Altman dan menganggap ia hanyalah salah satu cara marketing.

Bagi aku mudah, apa yang perlu cemas sangat. Paling aku takut adalah dengan Tuhan ku.

Banyak lagi benda kita boleh teroka dan hidup dengannya.

Selain itu, hari ini aku merasa idea yang dihasilkan dari ilham dan bakat semulajadi penulis semakin tidak dihargai.

Di mana orang lebih suka memilih cara ChatGPt menyusun tatabahasa dan konteks sesuatu penulisan.

Sedangkan sebelum wujudnya ChatGPT penulis adalah seorang pemikir yang mengeluarkan idea melalui penulisan, di mana idea mereka asli hasil daripada pembacaan, pengalaman, kemahiran dan ilham yang tidak semua boleh dapat.

Ramai penulis aku rasa semakin sakit hati, patah hati, dan sedih hati kerana idea mereka atau penulisan sering dibandingkan dengan hasil di ChatGPT kan.

Aku sendiri rasa begitu, dan idea sendiri semakin tidak dihargai akhirnya ramai juga penulis tidak lagi mahu susah-susah mengkaji, membaca, menganalisis dan melalui proses-proses untuk mendapatkan idea sebelum menghasilkan penulisan.

Sayangnya…

Aku ada dengar satu podcast dengan satu ulama’ ni. Benarlah dia cakat, hari ini ilmu ini mudah di dapati selagi ada internet. Google sahaja boleh dapat semua ilmu yang kita perlukan.

Tetapi yang membezakannya adalah kita mendapatkan ilmu dengan keberkatan melalui guru.

Alamak ada kesinambungan tak dengan apa yang aku sampaikan ni?hahaha.

Okay berbalik kepada cabarannya, sekiranya penulis juga terus mengharapkan kepada teknologi dan alat-alat bantuan penulis ini, mungkin suatu hari nanti – penulisan menjadi semakin tepu.

Aku tak pasti sejauh mana AI seperti ChatGPT ini akan berevolusi dan berasimilasi dalam dunia penulis ini.

Di mana ia boleh berubah dan ‘mencari satu keunikan’ manusiawi yang keluar daripada keadaan ‘tepu’ suatu hari nanti.

Dan paling merisaukan aku, penulis tidak lagi mampu berfikir secara kritikal dan menghasilkan idea sendiri untuk berkongsi dan menulis.

Dan satu lagi, aku rasa rugi jika penulis terus meninggalkan ‘perjalanan’ mereka untuk menulis – sama ada membaca, buat kajian, analisis dan sebagainya kerana bergantung sepenuhnya kepada AI.

Justeru, marilah kita sebagai penulis terus membaca tetapi dari sumber asal supaya kau boleh berfikir dan mengeluarkan idea sendiri.

Macam mana nak dapat sumber asal, kau boleh minta bantuan ChatGPT. Inilah pentingnya teknologi AI ini.

Jangan asyik baca bahan bacaan yang telah dirumus dan diringkaskan – sebab kau akan jadi semakin tidak yakin dan takut.

Penulis Menjadi Penakut?

Percaya atau tidak penulis akan menjadi semakin tidak yakin dan percaya kepada kebolehna diri semenjak wujudnya ChatGPT.

Betul kan aku cakap? Aku sendiri kadangkala, bukan kadangkala tetapi sekarang semakin jadi tidak yakin dengan penulisan dan idea sendiri.

Perghhh! Aku rasa frust, geram, sedih dan marah dengan diri aku sendiri. Kenapa aku jadi semakin tidak yakin walaupun itu pandangan sendiri.

Adakah jika aku tidak rujuk semula ChatGPT, bermakna idea asal dan pemikiran aku sendiri sebagai penulis tidak berguna?

Begitu juga dengan korang kan? Adakah semua cara kau selama bertahun-tahun kau hidup sebagai penulis tanpa ChatGPT sudah tidak berguna?

Ini semua bukan salah kita sebagai penulis. Penulis sendiri berlapang dada, terbuka dan berkehendak untuk mempelajari serta menguasai AI atau segala jenis alat-alat bantuan berteknologi ini dalam penulisan.

Namun aku sedih kerana orang sering membuat perbandingan dengan idea asal penulis dengan ChatGPT.

Aku tak boleh terima perkara ini dengan mudah, tapi apa boleh buat – sekurangnya aku boleh menyorak kecil apabila idea aku sama dengan hasil generate ChatGPT.

Itu juga lebih bermakna. Bagi aku, aku akan terus menggunakan akal fikiran aku dan melalui perjalanan untuk mendapatkan idea dan menulis sebelum bergantung sepenuhnya kepada ChatGPT.

Tapi, alternatif lain kau boleh bergantung dengan ChatGPT adalah dengan berfikir prompt terbaik untuk mendapatkan hasil daripada ChatGPT.

Namun, hasil setiap generate ChatGPT kau dengan bos kau, dengan kawan kau, dengan suami kau, dengan teman lelaki kau sekiranya menggunakan akaun berbeza mungkin tidak akan sama.

Jadi, mungkin akan ada juga pertikaian di sini – tapi sepanjang aku bekerja dengan ChatGPT hasil yang orang tengok paling pertama-tama adalah tatabahas.

Sayangnya konteks ayat, keadaan semasa – idea masa sebenar sukar dihadam kebanyakan orang bergantung penuh dengan ChatGPT.

Kau akan mengalami kesukaran di sini untuk mempertahankan idea kau, di mana hasil dari ChatGPT tidak boleh disangkal kesalahannya malah lebih ramai orang percaya benda kurafat ini.

Eh bukan kurafat tetapi ‘mesin cerdik pandai’ ini. Tapi mereka tak tahu, kalau elektrik tak ada, kabel dasar laut putus dengan siapa pula mereka nak bergantung jika bukan dari ‘wisdom’ yang dianugerahkan kepada penulis ini.

Aku sebenarnya nak saja luah lagi, tapi ya tak semua orang faham.

Sekurangnya kau yang baca entry aku kali ini faham dengan apa yang aku cuba sampaikan ini.

Bagi aku lima jari! Kah! Gitu ayat Bahasa Melayu. Tolong terima okay?

Usahawan Tetap Perlukan ‘Kepala’ Penulis Sebenar

Dalam dunia perniagaan, keunikan menjadi taruhan. Kau rasa ChatGPT boleh memberi keunikan itu untuk perniagaan kau?

Aku tak mahu mengatakan tidak atau ya, jawapan kedua-duanya adalah benar tiada yang salah.

Begitupun, ChatGPT setakat yang aku selalu guna dan menjinakkannya – masih tidak mampu menganalisis keadaan semasa- real time situation.

Di sinilah usahawan perlu seorang penulis yang boleh berfikir dan berkemahiran untuk merealisasikan apa yang dikehendaki dan berseseuaian dengan anda.

Kenapa usahawan tetap perlukan penulis sebenar?

  1. Storytelling & Branding – Penulis boleh masukkan kisah, pengalaman pelanggan, dan naratif yang dekat dengan hati pembaca. AI boleh tolong rangka, tapi emosi manusia hanya penulis mampu hidupkan.
  2. Konteks & Situasi Semasa – Penulis faham budaya, sensitiviti, bahasa pasar, isu trending dan boleh sesuaikan mesej. AI belum mampu tangkap “feel” lokal sepenuhnya.
  3. Strategi Pemasaran – Penulis bukan sekadar tulis ayat, tapi fikir siapa target audience, timing posting, tone of voice, dan susun content ikut perjalanan pelanggan.
  4. Keaslian Idea – Penulis yang rajin membaca dan menganalisis boleh cipta sudut pandang baru. Itu yang buat mesej bisnes kau lain daripada pesaing.

Tips untuk usahawan guna penulis & AI serentak:

  • Gunakan AI sebagai drafting tool untuk jimat masa.
  • Minta penulis olah semula supaya lebih bernyawa & sesuai dengan audiens.
  • Bagi penulis ruang untuk masukkan pengalaman pelanggan, testimoni, dan sentuhan unik bisnes kau.
  • Jangan kedekut untuk invest – penulis yang bagus boleh jadi aset marketing jangka panjang.

Mesin Tak Akan Mampu Menjadi Manusia

AI hadir untuk memudahkan, bukan menggantikan. Mesin boleh menghasilkan tatabahasa yang sempurna, tetapi ia tidak mampu menulis dengan jiwa, emosi dan pengalaman manusia sebenar. Jadi penulis jangan takut, usahawan jangan culas – sentiasa perlukan ‘kepala’ manusia untuk mengolah cerita, mencipta strategi, dan menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Pada akhirnya, AI hanyalah alat. Manusialah yang menentukan nilainya. Kita yang memberi makna, meletakkan roh pada setiap tulisan, dan membentuk hala tuju kepada apa yang ingin disampaikan.

Penulis yang bijak bukan yang menolak AI, tetapi yang tahu memanfaatkan AI sambil terus menjaga keaslian suara dan pemikiran sendiri. Usahawan yang bijak bukan yang bergantung seratus peratus pada mesin, tetapi yang mampu menggabungkan teknologi dengan kreativiti manusia.

Jadi jangan takut untuk terus membaca, menulis, dan mencari idea daripada pengalaman hidup. Kerana satu perkara yang mesin takkan mampu curi daripada kita adalah hikmah perjalanan – rasa jatuh, bangun, sedih, gembira, kecewa, harapan, doa, usaha – semua itu adalah bahan bakar kepada tulisan yang bernyawa.

Selagi penulis tidak meninggalkan perjalanan itu, AI takkan pernah mampu menggantikan manusia.

Leave a comment