Rahsia & Pengalaman Menulis 100+ Artikel: Panduan Untuk Penulis Upahan Baru

6–9 minutes

Perjalanan Sebelum Bergelar Penulis Upahan

Hai guys! Kali ini aku nak berkongsi pengalaman dan hasil selepas bertahun bergelar penulis upahan ini.

Penglibatan aku dalam dunia penulis upahan ini bermula sekitar tahun 2021, sebaik sahaja aku membuat keputusan untuk membina semula kerjaya dalam bidang penulisan selepas dua tahun berhenti di sebgaai wartawan tetap.

Dalam tempoh 2018 sehingga 2021 itu aku bukan duduk saja, tapi aku banyak buat kerja yang ‘asal ada duit’.

Contohnya, aku bekerja pemandu e-hailing. Sebagai pemandu e-hailing betul-betul menguji kemahiran berbudi bahasa dengan semua orang – hahahaha. ytjt. Aku tak mahu bercerita banyak tentang ini.

Tapi dalam tempoh itu pun sebenarnya, aku masih melakukan kerja sebagai wartawan sambilan di satu agensi berita. Kemudian aku buat kek dan desert dan ceburi bidang f&b sekejap.

Dalam bidang itu pun banyak aku belajar, banyak sangat. Kemudian aku dapat tawaran bekerja dalam bidang ‘human capital’.

Di sini lagi banyak benda aku belajar. Pelbagai lapisan masyarakat aku dekati, pelbagai kemahiran berurusan dengan manusia diperlukan.

Bukan setakat kemahiran berurusan dengan manusia sahaja, tetapi juga dalam pengendalian dokumen, pengurusan masa, bajet dan banyak lagi. Semua aku belajar dan terima dengan hati terbuka.

Bila aku paling semula ke belakang melihat jejak-jejak aku dalam tempoh 2018-2021, aku bersyukur.

Dalam tempoh itu banyak sangat perkara yang aku belajar, pahit, manis, sedih, gembira, ketawa, duka dan pelbagai rasa kehidupan menyatu.

Aku bangga kerana aku berjaya lalui semuanya, dan mungkin tidak semua orang pernah laluinya.

6 Perkara Penting Yang Penulis Upahan Lakukan Dalam Tugasan Pertama

Berbalik kepada penulis upahan yang sudah menulis lebih 100 artikel untuk pelanggan yang berbeza industri, apa saya dapat?

Sebenarnya saya nak kongsi rahsia ni, kebanyakan penulis upahan menerima tugas pertama adalah dalam keadaan kurang berkeyakinan.

Namun bagaimana mereka sanggup menerima tugasan itu?

  1. Dorongan
  2. Duit
  3. Cuba, dan belajar
  4. Bersedia
  5. Beri yang terbaik
  6. Jujur

Ini adalah 6 senarai penulis upahan lakukan tatkala menerima tanggungjawab pertama daripada pelanggan.

1. Dorongan

Aku yakin jika ditanya kepada semua penulis upahan , kenapa mahu memilih kerjaya ini untuk menjana pendapatan?

Ramai yang akan menjawab kerana dorongan untuk mendapat wang selian minat dan sebagainya.

Eleh berapa orang ada minat, tapi kerana tiada dorongan itu mereka tetap hanya peram sahaja minat itu kan? Macam kau. Kah!

Aku sendiri menulis dan menjadi penulis upahan kerana dorongan – tarikan kewangan.

2. Duit

Seperti nombor 1. Duit, duit, duit segalanya perlukan duit. Nak masuk tandas pun sekarang 50 sen dikenakan caj.

Dah tu dekat mana lagi kita nak tinggal dan hidup di bumi bertuah ini? Nak tinggal dalam hutan pun silap hari bulan kena tangkap dengan perhilitan kena pula bayar denda.

Begitupun janganlah kita bepaksikan duit semata-mata dalam menerima tugasa, sekurangnya kau yakin dengan diri kau boleh laksanakannnya dengan yang terbaik.

3. Cuba dan belajar

Sudah kau terdesak dan perlukan duit, jangan pula kau tak mahu cuba dan belajar.

Kemahiran ini boleh dikuasai, kecuali bakat. Bakat adalah anugerah daripada Allah untuk kau.

Bukan semua orang bleh memilikinya. Namun kalau bakat yang kau ada tidak digunakan dengan sebaiknya, kau boleh masuk neraka lagi cepat.

Jadi kalau kau ada bakat, gunalah sebaiknya. Contohnya tulis artikel untuk mendidik bukan semata-mata mahukan tular dan view.

“Kebaikan tidak akan kalah dengan kejahatan. Ingat tu.”

4. Bersedia

Bersedia terima segala kesan selepas kau terima dan selesai laksanakan tugas menulis.

Biasalah kau baru masuk dalam bidang ini, tidak semestinya pelanggan akan terus suka hasil kerja kau.

Yang lama pun pelanggan boleh ‘kacang-kacangkan’ kau, tambahan pula kau baru nak hidup enjin. Lagilah kena terbuka dan bersedia.

Ada kalanya pada kau, semua sudah perfecto! Tapi bila sampai kepada pelanggan, macam-macam pula nak diubahnya.

Ingat, pada permulaan ini – pelanggan datang dulu, baru perasaan kau! Kah!

Sebolehnya kau cubalah jelaskan sebaik mungkin, kenapa begitu, kenapa begini.

Kadang-kadang pelanggan juga kurang jelas dengan kemahuan dan keperluan mereka. Itu antara tugas penulis upahan juga memberi konsultasi percuma.

Beb! kita jual servis mahu tak mahu kena sediakan konsultasi percuma – jual air liur dulu, baru beri servis.

5. Beri yang terbaik

Kau nak marah, kau geram, kau tak puas hati, kau nak balas dendam – please kau berilah yang terbaik kepada pelanggan kau.

Segala perasaan menyucuk jiwa kau tu, letak tepi dulu. Psttt ini kalau kau baru nak mulakan servis penulis upahan lah.

Kalau nanti kau sudah ada beratus pelanggan tetap, kau bolehlah ‘select‘ sikit.

Aku pernah masuk satu kursus, coach ada cakap percaya kenapa intuitive di mana kalau rasa ada pelanggan ni macam susah sangat.

Kau rasa memang susah lah nak deal, rasa berat, terbeban, tak enjoy dari mula-mula – banyak cekadak – elok jangan teruskan.

Tapi style aku suka cabaran, kalau aku berjaya tukar rasa atau perspektif itu – aku rasa puas. Kadang-kadang intuitive ini mainan syaitan juga kan.

Kita kan ada Tuhan, boleh juga minta petunjuk dengan Dia dulu sebelum kau percaya bulat-bulat ‘perasaan’ kau tu kan. Kita bukan mat salleh.

6. Jujur

Kau jujurlah. Pertama jujur dengan diri kau, kemudian jujur dengan pelanggan. Kalau kau rasa memang kau tak mampu, had kau sampai setakat itu – berterus terang.

Mereka pun boleh faham, kadang-kadang kalau jumpa pelanggan lindungan kaabah – mereka akan berkongsi pula dengan kita.

Aku banyak kali dapat pelanggan lindungan kaabah. Aku memang bersedia – terbuka untuk terima maklum balas.

Lagi banyak kita ‘terbuka’ lagi banyak kau akan dapat benda-ilmu baru. Walaupun kau rasa itu semua kau sudah tahu dan lebih tahu dari mereka, tapi perspektif dari pelanggan akan bagi kau idea baru.

Tolonglah jadikan diri kau lebih terbuka, tapi jangan sampai kena hina. Faham tak ni? Hahaha.

Aku menjawab tak tajuk di atas? Atau masih belum.

Menulis Untuk Semua Industri? Ini 5 Perkara Penting Yang Aku Belajar

Sebenarnya selepas aku menulis beratus-ratus artikel untuk pelbagai industri seperti automatif, kecantikan, fesyen, kewangan, teknologi dan kesihatan –

1. Kenali “Bahasa Rahsia” Setiap Industri

Pertama sekali setiap industri mempunyai term dan jargon tersendiri. Apa kau akan buat?

Kekalkan jargon atau permudahkan perkataan tersebut?

Sebenarnya, kau boleh tanya sama ada artikel itu ditulis untuk in-house atau bacaan umum.

Jika in-house jargon itu relevan dikekalkan, jika untuk bacaan umum kau perlu mempermudahkan perkatana itu supaya pembaca faham.

2. Faham Siapa Pembaca Sebenar

Sepatutnya ini berada di tempat pertama, tapi tak apa. Sebelum kau menulis sekali lagi kena tahu siapa target audien-pembaca artikel tersebut.

Kebiasaannya pelanggan mahukan target umum, tapi ada sesetengah tidak sesuai untuk umum perlu ada PG (parent guidance) gitu.

Ini tugas penulis sebenarnya, kalau kau tulis artikel jus dara kencang, target kau mestilah orang lebih dewasa.

Walaupun klien kau main hentam cakap untuk semua. Ingat tulisan ini boleh jadi senjata untuk mempengaruhi minda orang. Risau!

3. SEO Bukan Sekadar Letak Kata Kunci

Menulis artikel di blog atau website perlukan SEO. Pelanggan hari ini memang akan tanya kita, boleh tulis artikel SEO?

Apa itu artikel SEO? Artikel-artikel ini memerlukan kata kunci untuk mudah kelihatan secara organik di enjin carian.

Bagi pelanggan, sebolehnya kata kunci ini memberi kelebihan kepada niche bisnes mereka atau produk mereka.

Contohnya seperti fesyen muslimah di Malaysia, penulis upahan Malaysia, dan sebagainya.

Penentukan kata kunci untuk SEO ini boleh diperolehi dengan menggunakan alat yang perlu dibayar atau boleh menggunakan platform percuma seperti Google Search Suggestion, Google Related Search, Google Keyword Planner, dan sebagainya.

Jika kau tahu sedikit teknikal boleh bantu mereka dari segi teknikal juga – tambah sahaja caj.

4. Gambar & Struktur: Nyawa Sebuah Artikel

Pemilihan gambar yang menarik, yang relevan, yang ‘ada cerita’ dalam penyiaran artikel kau juga sebenarnya boleh bagi nilai tambah – sama ada caj harga, dan kemahiran (pakej).

Macam mana kau boleh sediakan gambar atau visual sebegini? Kau boleh mohon dari klien kau sendiri dengan memberi detail gambar diperlukan.

Kau guna software – PS atau Ai generate.

Atau kau boleh tawarkan servis pengambaran untuk mereka juga. Sebagai penulis kau juga tahu memilih sekurang gambar yang mempunyai jalan cerita utuk artikel kau.

Selain itu, kau kena tahu cara menyusun artikel – termasuk secara teknikal juga.

5. Fleksibiliti: Bertahan Dalam Dunia Media yang Laju Berubah

Hari ini, dunia teknologi media pantas bergerak – sampai tak sempat kejar. Ya, kau perlu tahu semua perubahan tapi tidaklah perlu belajar semula.

Sekurangnya kau ambil tahu – itu, ini, begitu dan begini.

Aku banyak kali juga bercakap mengenai perkara ini – sepantas mana pun teknologi bergerak dan dunia berubah selagi kau mempunyai asas- kau tidak akan tersesat.

Kau tidak akan ketinggalan. Belajarlah asas dan peganglah dan genggamlah ia.

Apa pun yang mendatang cuba memanipulasi kau, kau tetap akan untuh dengan pendirian.

Senangkan sebenarnya hidup dalam dunia ini? Tiber…

Tapi sesekali kau hanyut, jangan kau putus asa. Kita manusia pasti melakukan dosa dan kesilapan. Sekian tazkirah. Tiber lagi… hahaha.

Menjadi Penulis Upahan Yang Berjiwa Terbuka

Kesimpulannya, sebagai penulis upahan kita bukan sekadar perlu tahu menulis tetapi bersedia untuk menerima perubahan.

Malahan perlu membiarkan diri dan minda sentiasa terbuka dengan apa pun yang mendatang.

Mana-mana yang baik kita amalkan jadikan panduan, mana-mana yang buruk pula biarkan jadi sandaran dan pengajaran.

“Jadi penulis ini seperti kita berjalan di atas dunia yang penuh onak dan duri, namun kita tidak terus berhenti. Letih kita berehat, sedih kita menangis, gembira kita ketawa, lebih kita berbagi, kurang kita mencari tambah. Ia adalah sebuah perjalanan fizikal dan emosi.”

Berbanggalah dengan haluan dan pilihanmu. Menulis dengan pengertian, jiwa dan keadaan minda yang terbuka – tanpa penghakiman.

Leave a comment