Jalan Kecil, Senyuman Pak Long & Rasa Hidup Betul

Hi guys! Entry kali ini aku nak ajak korang semua jelajah suasana kampung di Sik, Kedah.
Bila sebut Sik, aku teringat novel karya Shah Non Ahmad yang bertajuk Ranjau di Sepanjang Jalan. Novel ni buatkan kita mengembara ke dalam dunia masyarakat sekitar tahun 1960.
Aku manusia yang jenis baca novel suka membayangkan keadaan tersebut dan tenggelam dalam dunia itu dan terasa dekat juga.
Berbalik kepada topik hari ini, aku nak kongsi trip pendek ke satu kawasan tarikan pelancong di Resort Seri Ternas, Beris, Sik.
Perjalanan aku dari Kulim mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih juga, sebab aku singgah ke rumah emak di kampung dekat Kuala Ketil.
Perjalanan ke sana memang menempuhi berbagai kawasan perkampungan dengan nama-nama yang aku kira sangat unik.
Semasa melalui kampung di kawasan Syed Syeikh, aku teringat pula kisah hitam di kawasan itu yang menggemparkan suatu masa lalu.
Kawasan itu pernah berlaku tragedi pembunuhan yang mengorbankan sepasang suami isteri – warga emas. Motif pembunuhan adalah rompakan bersenjata.
Alang-alang aku cerita sikitlah kejadian aku buat coverage di sini. Aku sebenarnya jarang-jarang buat liputi kes pembunuhan, memang kurang tahu tentang prosedur.
Disebabkan terlalu yakin, aku selamber lintas garisan polis dengan kamera DSLR. Dan masa tu, pasukan polis dengan unit anjing pengesan sedang buat kerja.
Hahahaha, sudah tak fasal-fasal aku dan seorang lagi rakan ditempik dan dihalau depan orang ramai. Hahaha. Malu tak payah cakap.
Tapi mujur geng media sangat supportive.
Tak pe relax la. Bukan salah kita pun. Kita pun nak buat kerja
Lega sikit bila geng sama faham keadaan kita tidak lah aku rasa nak jadi kura-kira dan sorok kepala dalam cengkerang sampai malam. Kah!
Okaylah kembali ke tujuan asal penulisan. Trip kali ini mudah korang waze aja dengan menaip Resort Seri Ternas, Sik – waze akan terus bawa korang ke sana.
Tapi tolong zoom juga, takut waze bawa korang lalu jalan-jalan shortcut yang menggerunkan.
Jalan kecil gila, macam jalan orang kampung pergi kebun nak menoreh jer – tapi still okay, cuma kecil sangat.
Sesekali berselisih dengan paklong – tapi senyumnya betul ikhlas – dan terus teringat dan rindu momen semasa jadi wartawan jalanan yang sentiasa bersembang dengan golongan ini.
Seronok benar, rasa hidup dalam realiti betul!
Resort Seri Ternas, Beris Underrated Best!
Resort ini parkingnya percuma, dan kedai makannya hanya satu-satunya di situ menyediakan makanan ala kampung set nasi dan bergoreng.

Aku rasa, tarikan menu di sini adalah masak lemak ikan baung. Segar dan portionnya juga agak banyak, memang puas makan.
Di sini juga terdapat kolam renang yang boleh digunakan pengunjung secara percuma sahaja.
Selain itu ada juga tapak perkhemahan untuk disewa. Aku rasa memang best jika dapat menikmati pemandangan waktu malam di tepi tasik sambil menikmati star gazing, sambil menikmati makan malam atau bbq.
Semua kemudahan lain lengkap juga seperti surau dan tandas, serta plug point.
Bagi korang yang ingin melihat pemandangan cantik tasik, flora dan fauna lebih dekat boleh mencuba menaiki bot dengan harga bermula RM65 hingga RM135 mengikut saiz bot.

Lagi besar bot, lagi ramailah boleh menaikinya. Mengikut pemandu bot, tempoh mengelilingi tasik ini memakan masa lebih kurang 1 jam sahaja.
Tempat Makan Terapung
Korang yang bawa anak kecil atau tengah melasak, aku tak sarankan sangat makan di atas air tu. Lebih baik korang pilih di daratan.

Selesai makan, boleh korang berjalan-jalan sekitar kawasan terapung tu sambil memberi makan ikan. Korang boleh beli jer dengan harga RM2 sebungkus.
Seronok giler tengok ikan terkodek-kodek merebut makanan apabila, dedak dilempar ke dalam sangkar ikan tilapia merah di situ.
Restoran ini buka dari jam 11 pagi hingga 7 malam sahaja.
Jangan Lupa Buah Tangan Dari Orang Kampung
Sebelum pulang semula ke destinasi, korang jangan lupa beli buah tangan buatan orang kampung yang dijual kiri dan kanan jalan di sekitar Kampung Bukit Batu, Sik.
Ada kraftangan dari rotan – tudung saji, dulang, bubu dan sebagainya.
Selain itu, pelbagai jenis jeruk buah-buahan – memang padu rasanya masam, masin dan manis sesuai dengan citarasa aku.
Susah sekarang nak cari jeruk yang rasanya begini, kebanyakannya manis dan sampai terbatuk-batuk.
Jeruk yang dijual di kawasan ini, tidak begitu – memang sedap.
Bagi korang yang nak merasa nikmatnya tidur atas bantal kekabu, di kawasan ini juga banyak dijual.
Disamping itu, jangan lupa beli juga kuih tradisional yang banyak dijual dan semestinya buatan orang kampung tempatan.
Kadang Kita Cuma Perlu Jalan-Jalan Macam Ni Je

Trip aku kali ni mungkin nampak biasa—jalan-jalan ke resort kampung, makan ikan baung, tengok bintang, naik bot.
Tapi entah kenapa, rasa puas. Rasa macam balik semula ke realiti yang kita selalu rindu, tapi kita sendiri tak sedar.
Suasana kampung, senyuman orang lama, jalan sempit tapi penuh makna, semua tu macam ‘pause’ sekejap dari hidup yang laju sangat.
Lagi best bila trip ni tak perlukan bajet besar pun — cukup sekadar kita hadir dan hargai apa yang ada depan mata.
Kalau korang tengah penat, serabut, atau sekadar nak rasa “hidup” balik — cubalah lalu jalan yang sama.
Mungkin tak jumpa pengalaman yang sama, tapi siapa tahu, korang akan jumpa rasa yang korang cari.
Sampai sini dulu cerita aku. Jumpa lagi di entri akan datang — kalau sempat aku tulis. Kah!

Leave a comment