Biar Mereka Kawal Perasaan Sendiri

4–6 minutes

Kita Berhak Untuk Bahagia Walaupun Pendosa

“Pernah tak korang rasa macam nak menghilang? Bukan sebab putus asa, tapi sebab penat sangat nak ‘jadi okay’ depan orang? Post kali ni, aku tulis bukan nak tunjuk pandai. Tapi aku tulis sebagai satu bentuk rawatan. Untuk aku. Mungkin juga untuk korang yang tengah rasa macam aku.

Halo semua! Entry kali ini aku macam go deeper sikit. Sebenarnya sudah lama juga aku nak menulis mengenai topik ini tapi belum berani. Kah!

Disebabkan semalam pun aku sudah menulis mengenai keberanian seorang penulis untuk berkarya walaupun tidak diterima, atau tidak difahami jadi aku teruskan je lah yer.

Kita sebagai manusia yang aku faham dan betul-betul nak faham memang tidak maksum, dan memang akan ada kesalahan serta dosa. Sama ada kecil atau besar sahaja.

Kesalahan ini adalah liku-liku perjalanan di atas bumi ini. Well, ini cara aku mengawal emosi aku ok. Orang lain aku tidak tahu.

Aku sendiri pun sentiasa refleksi diri, dan memang bila kita refleksi akan rasa down, rasa tak mahu jumpa dengan sesiapa, rasa nak masuk gua hidup sendiri jadi bigfoot dan tiba-tiba rasa nak jadi cacing dalam tanah.

Dan kadang-kadang kita dapat feedback dalam sekeliling, ya sama ada manusia, atau pun Tuhan yang mahu tunjukkan yang kita sudah buat silap dan perlu betulkannya.

Hidup ini kan macam roda, atau kita juga panggil sebagai kifarah. Ya, beginilah aku berfikir untuk aku kembali menjadi manusia yang bersemangat untuk hidup mengikut aturan dan reda. Walaupun… sukar gilaaa.

Tapi benda ni, aku mula pandai ketika berada dalam midlife. Banyak sangat krisis yang berlaku dalam usia 35 ke atas ini. Ya, kadang-kadang rasa mahu duduk gua dan jadi cacing tanah saja.

Bukan sebab aku rasa keadaan sekeliling atau makhluk lain yang salah, tapi aku rasa diri aku yang akan beri masalah. Tapi itulah, aku kan manusia, ada perangai, ada ego, ada perjuangan, ada nafsu dan akal pula 1.

Bila semua itu menguasai dalam satu-satu masa, ya kita cuma mahu hidup menjadi diri sendiri – i dont care what others want to think. Gitu bongkak.

Tapi selepas itu, kita akan duduk merenung sama ada betulkah tindakan itu atau terlalu emosional.

Arghhh, kenapa sukarnya menghadapi krisis ni kan? Ditambah pula racun media sosial yang terlalu awareness.

Aku tidak salah awareness orang semakin meningkat dan cubaan pelbagai pihak berkongsi perkara ini, namun ia tidak dikupas dengan lengkap sehingga menyebabkan kekeliruan ummah.

Ilmu jika dicedok-cedok dan sudah mula dipercayai serta membentuk persepsi, sukar untuk kita betulkan.

Contoh kesedaran terhadap NPD – narsisistik, ramai sudah mula mempunyai kesedaran terhadap perkara ini.

Jika kita fahami betul-betul NPD adalah satu masalah kesihatan mental yang dihadapi seseorang individu akibat trauma, didikan, atau sejarah peribadi yang kompleks. Dan ia bukan semata-mata sikap sombong individu tersebut.

Mereka tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya, namun mereka tidak boleh menggunakan term ini untuk melakukan sewenang-wenangnya pula.

Dalam keadaan ini, emosi siapa yang perlu dijaga? Dia atau diri sendiri?

“NPD bukan satu lesen untuk menyakiti. Tapi kita pun bukan pengadil untuk menjatuhkan hukuman. Apa yang kita boleh buat? Lindungi diri. Dan kalau mampu, tegur dengan hikmah. Kalau tak, jarakkan diri dengan reda. Kita bukan penyelamat semua orang.”

Okaylah ini mungkin pendapat tak popular aku, jika kau rasa kau pun tidak tenang, baik angkat kaki dan rawat diri sendiri.

Dan tidak salah aku rasa, kau juga memberi teguran kepada individu tersebut kerana orang yang mempunyai NPD ini tidak sedar akan tingkahlaku mereka. Ini cara kita membantu bukan terus menghukum semata-mata.

Terus Menghukum

Pernahkah korang berkongsi sesuatu kata nasihat, motivasi, atau healing quotation di media sosial?

Kadang-kadang korang kongsi bukan untuk sesiapa pun tetapi untuk diri sendiri dan mengingatkan diri sendiri.

Dan kemudian tiba-tiba, ada yang memberi komen seperti tidak berpuas hati dan menganggap korang play victim?

Sedangkan sebenarnya, korang sedang mencari cara untuk sembuh sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan tidak mahu terus berada dalam rasa bersalah berpanjang dan mahu jadi cacing tanah.

Itu salah faham, dan toksiknya media sosial yang boleh merosakkan jiwa. Kasihanilah mereka yang belum sembuh dan terus menghukum. Tapi ini juga adalah kesan atau mungkin aturan yang telah ditetapkan daripada tindakan sendiri.

Jadi, jika pernah melakukan kesalahan kita mesti perlu bersedia jika tidak pun perlu reda untuk menerima akibatnya. Bersedia untuk memohon keampunan dan taubat.

Dalam mahu reda dan terima inilah adalah satu-satunya cara untuk kita sedar diri dan sembuh. Sembuhlah. Hidup mesti diteruskan.

Buku Menarik Yang Boleh Menyembuhkan Hati Pendosa

Ya, kita bukannya hebat sangat untuk mengakui diri baik, sebab kita manusia. Cukup untuk kita sedar diri, apabila kita sudah berbuat jahat dan menyakiti sesiapa sahaja lalu bertaubat dan memohon maaf.

Namun dalam untuk merawat diri kita perlukan kekuatan, bukan hanya mental tapi fizikal. Ya, kita akan terima akibat dan tidak boleh dielakkan.

Kini masanya untuk kita kembali pulih dan sembuh serta melepaskan.

Jadi antara buku yang seronok korang boleh baca, dan islamik :

Berjalan Dalam Luka Masing-Masing

Sebenarnya, mungkin kita semua sedang berjalan dalam luka masing-masing.

Tapi jangan berhenti sebab malu dengan masa silam. Allah tak tengok masa silam kita. Dia tengok usaha kita untuk pulih hari ini.

Kau layak untuk sembuh. Kau layak untuk bahagia, walaupun pernah salah. Bangkit perlahan pun tak apa, asalkan jangan tinggal Tuhan.

Leave a comment