Penulis mungkin dikecam, dikritik, dipuji, dipuja dan memusnahkan dunia!

Halo, halo entry kali ini aku kembali dengan niche penulisan atau penulis upahan.

Semalam aku terfikir-fikir selepas teringat kembali buku-buku tokoh penulis yang pernah aku baca.

Memang best bila dapat ‘baca’ pemikiran orang-orang bijak pandai ini terutama tokoh-tokoh dalam bidang yang sangat ada kaitannya dengan pekerjaan dan passion aku.

Ramai orang tanya macam mana nak jadi penulis? Jawapan tulis sajalah kan. Tapi sejauh mana keberanian kita untuk menulis dan berkongsi untuk dijadikan bacaan umum?

Setiap dari kita, aku percaya ramai yang mempunyai pandangan dan buah fikiran tersendiri termasuk idea-idea baharu muncul sama ada daripada pengalaman atau ilham dari Tuhan.

Namun bagaimana kita mahu terjemahkan ke dalam penulisan dan berani untuk berkongsi kepada umum?

Sebagai seorang ahli akademik semasa menyambung pengajian ke peringkat sarjana, penulisan akademik perlu banyak rujukan dan apabila memberi pendapat ia perlu berhati-hati dan relevan. (ada kayu ukur dan pembuktian) yang dibuat menggunakan metod kajian.

Metod kajian ini seperti servey, temubual, eksperimen di makmal, analisis dan beberapa kaedah lain lagi dan dipendekkan kepada dua kaedah utama iaitu kualititatif dan kuantitatif.

Aku lebih berminat dengan kaedah kualitatif dengan menyediakan soalan dan mengadakan temubual dengan responden.

Semua jawapan responden akan dianalisis mengikut tematik. Amboi panjang pula penjelasan aku kan?

Okay berbalik kepada persoalanan tadi? Tanya diri kita berani tak nak menulis untuk dibaca umum?

Hari ini jika kita lihat, media sosial memainkan peranan yang besar dalam menjadikan seseorang itu sebagai penulis (keyboard warrior) atau penulis yang suka berkongsi benda bermanfaat.

Namun dalam kita berkongsi benda bermanfaat mengikut pandangan sendiri pun, mesti ada juga yang tidak berpuas hati lalu mengecam.

Sedangkan yang profesional dalam bidang seperti ulama pun dikecam apatah lagi kita manusia biasa ini. So sad!

Selari dengan perkembangan teknologi hari ini, penulis hari ini tidak lagi orang yang perlu ada sebuah buku atau sebuah journal tetapi cukup mempunyai akaun media sosial dan platform digital lain seperti blog, serta akaun e-dagang.

Kita harus lebih terbuka, jika pun yang lain tidak mahu mengiktiraf kita sebagai penulis profesional as long as kau sudah berjaya menulis, menyebarkan, memberi manfaat, mendapat manfaat dan dah pun berjaya jana pendapat – who cares?

Ini bab media sosial dan platform digital yang konsepnya mungkin lebih ke arah marketing, branding atau tujuan jualan – namun jika kita lebih suka memilih satu lagi bidang kreatif seperti menulis novel, lirik, skrip rasanya kemahiran sangat penting.

Sebenarnya sama penting sahaja, mana-mana bidang penulisan pun memerlukan kemahiran, ilmu, pengetahuan, dan keberanian.

Keberanian ini diperlukan bagi korang yang soloprenur, yang mahu cari makan dengan bakat dan minat menulis ini.

Kalau sudah bekerja dengan majikan sudah tentu bukan lagi keberanian yang diperlukan tetapi komitmen lebih penting kut.

Macam mana mahu jadi berani?

Sebenarnya keberanian ini macam tak ada formula? Macam aku dulu bermula dengan semangat dan dorongan untuk mendapatkan duit. Kah! Jujur kan… tentulah hidup kenalah jujur walaupun…

Tapi jujur juga aku cakap, bermula keberanian itu kerana pengalaman sebagai wartawan dan aku tidak mahu mensiakan itu. Jadi aku buat keputusan berani mencuba bidang penulis upahan ini.

Wow juga!

Bagi korang belum ada satu habuk pun pengalaman menulis secara profesional, aku cadangkan korang masuk pertandingan menulis atau sukarela menulis untuk siaran mana-mana platform bacaan.

Contohnya di akhbar, di website seperti dewan bahasa ke. Dari sini korang akan mendapat keberanian dan keyakinan.

Kemudian buatlah blog. Menulis di sana tentang niche yang korang suka atau korang target untuk dapatkan klien.

Termasuklah juga, korang aktiflah sikit menulis di media sosial seperti Facebook still relevan kerana pengguna di sini masih suka membaca. Al-maklumlah generasi teras masyarakat, warga tua. Hahaha (termasuklah aku)

Genre Buku Pilihan

Aku suka buku yang realistik seperti kisah masyarakat ke macam tu. Kalaupun novel, ia masih realistik walaupun ada fiksyen.

Contoh novel yang aku suka adalah novel sasterawan A. Said Samad, Azizi Abdullah, Shahnon Ahmad, Abdul Latip Talip dan beberapa orang lagi.

Aku baca novel atau buku satu disebabkan memang jalan cerita dia realistik dan cara pengolahan ayat yang menarik, sebenarnya senang untuk dihadam. Tapi novel memang penulisan dia lebih mudah untuk difahami kan?

Dalam novel yang aku baca ini, aku tertarik dengan mesej yang disampaikan – kritikan, pengakuan dan kejujuran, dan sudah tentu keberanian.

Bagi aku, ya menulis memang menjadi salah satu medium seorang penulis untuk merungkaikan perasaan yang bergolak di dalam hati namun bagaimana ia disampaikan juga menjadi satu cabaran.

Contohnya, kita bimbang dengan kehidupan anak muda hari dan polisi kerajaan, itu adalah idea atau tema utama kita untuk menulis.

Namun cabarannya bagaimana tema itu diangkat dan diterjemahkan ke dalam bacaan supaya sesuai dibaca tanpa disekat (langgar sensitiviti) walaupun benda itu benar-benar berlaku.

Kita kena faham, buku atau bahan bacaan ini lebih mudah membentuk pemikiran orang, persepsi, naratif – ini disebabkan membaca boleh merangsang otak untuk berfikir di luar kotak.

Namun… jika disalah tafsir ia juga boleh memberi kesan negatif juga, tapi ini mungkin tidak banyak sangat kecuali penulisan atau buku yang ditulis dan dikeluarkan adalah untuk tujuan tersebut.

Bagi korang yang suka menulis novel fantasi pula, sejauh mana keberanian anda untuk menterjemahan imaginasi ke dalam penulisan?

Pembebasan Jiwa

Well, penulis mestilah berjiwa bebas kan? Bebas meneroka, bebas berangan, bebas bereksperimentasi dan bebas berkarya.

Lagi kita ‘jahil’ – ignorance lagi sedap sebenarnya kita berkarya. Kita boleh bermain dengan tanda tanya, walaupun soalan itu sebodoh alang.

Apabila kita mula bermain dengan tanda tanya dan mahu mencari tahu, kita akan menemukan jawapan baharu kadang-kadang perghhh! Orang memang tak boleh terima dek akal, tapi kau tahu ini adalah hebat dan realistik.

Okay aku cerita sikit lah fasal bapa bom atom ni, nama J. Robert Oppenheimer. Dia ni sebenarnya bukanlah bijak sangat, sampai pensyarah dia cakap dia taklah bijak sangat dalam matematik dan tak suka buat kerja makmal.

Dia cuma suka teori. Yelah kalau nak jadi ahli sains mestilah kena suka buat kerja makmal dan bereksperimen.

Tapi dia boleh berjaya dalam dunia sains sebagai bapa bom atom, mungkin sebab gifted kot. Dia boleh baling gelas di dinding, dan bila bekercai dia boleh terjemahkan dalam formula kimia – atom dll.

Dan dia boleh meramal apa akan terjadi tanpa eksperimen. So, dengan ramalan inilah dia dan ahli sains lain akan terjemahkan ke melalui ilmu hisab dan sains lain dengan membuat eksperimen.

Kalau orang tanya apa jangkaan dia, Oppie ni senang jer cakap :

Apa yang kamu mahu jawapan hanya daripada teori?

Lebih kurang macam itulah jawapan dia, nak tak nak mereka kenalah uji betul atau tidak.

So ada kaitan tak dengan berani, ignorance ni dengan menjadi penulis? Hahaha.

Sebenarnya, sebagai penulis kita sentiasa kena rendahkan ego, walaupun aku tahu kau lebih banyak pengetahuan dari orang lain kerana hobi membaca kau.

Tapi bila kau sentiasa turunkan ego, kau akan sentiasa dan ketagih untuk terus mencari tahu dan belajar. Apa lebih penting lebuh terbuka menerima idea baharu dan pelbagai pandangan walaupun… bagi kau itu sangatlah cliche.

Namun, kau tahu tak kadang-kadang pelbagai pandangan walaupun kau rasa kacang jer, ia sebenarnya boleh menambah rencah dalam karya atau kerja menulis korang satu hari nanti.

Just keep it, jika perlu buang, buang jer lah.

Seperti yang selalu aku jelaskan juga sebelum ini, sentiasalah menambah ilmu bukan sahaja dalam bidnang penulisan tetapi teknologi multimedia, interactive media, immersive media atau apa sahaja berkenaan teknologi.

Kerana bidang penulisan sangat berkait rapat dengan teknologi dan berjalan seiring.

Leave a comment