Mana Satu Pilihan Hati?

Fuhhh! Entry kali ini aku sebenarnya kembali ‘hidup’ setelah beberapa tahun berjuang selepas terpaksa melepaskan karier kesayangan ku sebagai wartawan.

Seriusly, memang sangat struggle untuk aku hidup dalam dunia lain dari media – wartawan. Di luar nampak enjoy, tapi dalam hati masih mod survival.

Tapi, satu sahaja aku pegang, setiap yang Allah berikan itu mesti ada sebab dan hikmahnya. So, aku reda dan sebenarnya apabila trigger aku akan kembalikan ingatkan diri dengan perkara ini.

Dalam kehidupan beberapa tahun selepas 2018 itu, aku tak pernah berhenti mencari diri ku untuk terus ‘hidup’ bukan hanya sekadar hidup.

Arghhh, jiwa aku ini sentiasa memberontak weyh rasanya aku ni orang yang suka berekspresi.

Tapi semenjak umur semakin matang ni, aku dah semakin pandai mengawal ekspresi yang tidak perlu walaupun di dalam meronta-ronta untuk dilepaskan tapi sabar je lah, malu dekat budak-budak gen z. Kah!

Jadi aku salurkan jiwa berekspresi aku kepada benda lain lah, menulis, melukis, melalak, menghayati kepelbagaian makanan, sertai kempen selamatkan penyu dan sebagainya.

Dan opkos, pelengkap hidup aku di rumah tu sentiasa melayani karenah aku yang kadang gila-gila dan hampir tak gila. Thank you Tuhan!

Okay kembali kepada tajuk asal mengenai gajet terbaru yang aku idam-idamkan DJI Osmos Pocket 3 vs Sony ZV , yang mana satu pilihan hati.

Sebenarnya, bila aku mula buat perangai yang aku tinggal sebab ‘frust’, aku macam dapat kembali hidup aku.

Walaupun, tak tahu boleh buat duit ke tak tapi sofar ada lah masuk sikit-sikit dengan tabiat ini (hobi) aku sudah mula bernafsu untuk tambah peranti baru.

Jadi aku buat perbandingan antara kamera Sony ZV dengan DJI Osmo Pocket 3, meratalah video-video review aku tonton.

Sebenarnya ramai vlogger dan content creator menyatakan kedua-dua gajet ini berbaloi untuk dimilikki.

Namun bagi aku yang jenis malas nak bawa benda besar-besar ini, dan praktikal lebih suka DJI Osmo Posket 3 yang sennag di bawa dan lengkap dengan instrumen tambahan lain yang bersaiz kecil. Alaaa senang kerja, sekali jalan.

Harganyanya juga bolehlah berbaloi jika betul-betul korang memang seorang kaki vlog dan content creator.

Aku senaraikan kelebihan dan kekurangan ke-2 gajet ini supaya korang mudah buat pilihan. Thanks me later okay?

Kelebihan DJI Osmo Pocket 3

  1. Sensor 1‑inci & video 4K/120fps
    Memberikan kualiti video profesional dengan penggambaran slow-mo lancar dan prestasi rendah cahaya yang dipertingkatkan
  2. Gimbal 3‑aksis + ActiveTrack 6.0
    Video stabil tanpa gegaran dan kemampuan auto-follow subjek yang sangat baik — ideal untuk vlog dan penggambaran bergerak
  3. Skrin OLED boleh putar 2 inci
    Memudahkan tembakan horizontal dan vertical tanpa perlu top-up sticky notes. Kawalan mudah melalui sentuhan
  4. Antaramuka mesra pengguna & kompak
    Mudah dibawa ke mana saja, dengan navigasi pantas dan ergonomik — sempurna untuk penggambaran spontan .
  5. Audio berkualiti tinggi
    Rakaman stereo yang jelas, plus Creator Combo datang dengan DJI Mic 2 untuk audio lanjut — sesuai untuk temubual dan rakaman luar
  6. Pengecasan pantas & jangka hayat bateri
    Pengecasan 80% dalam 16 minit, rakaman ~116 minit pada 4K/60fps (166 min untuk 1080p/24fps)
  7. Sambungan mudah & suntingan pantas
    Wi‑Fi/Bluetooth untuk pindah fail, DJI Mimo app untuk suntingan ringkas dan live‑stream terus dari peranti

Kekurangan

  1. Tiada ciri cuaca kalis air/hujan/debu
    Perlu berhati‑hati ketika penggunaan luar dalam keadaan ekstrim .
  2. Tiada zoom optikal & panjang fokus tetap
    Hanya 20 mm, dan bila zoom digital digunakan, kualiti imej agak merosot .
  3. Kamera boleh menjadi panas
    Rakaman panjang dalam mod 4K 120fps boleh menyebabkan overheat selepas 18–22 minit
  4. Ketiadaan penutup hardware & mekanisme kunci gimbal
    Gimbal dianggap rapuh dan mudah rosak jika tidak dikunci/hanya terdedah ketika dibawa .
  5. Tiada kalis cuaca & perlindungan fizikal
    Rugi untuk gunakan sebagai kamera aksi lasak — tak sesuai untuk air atau habuk tanpa housing tambahan .
  6. Bataan bateri untuk rakaman lama & tiada storan dalaman
    Walaupun bateri kuat, sesi rakaman panjang memerlukan powerbank, dan perlu beli microSD secara berasingan .
  7. Harga tinggi
    Harga bermula sekitar USD 799 (model asas) hingga USD 979 untuk Creator Combo. Harga naik akibat tarif beberapa pasaran
  8. Kurang kawalan manual penuh
    Fitur manual agak terbatas berbanding DSLR/mirrorless; fokus manual dan fungsi profesional lain ada had .

Kesimpulan

DJI Osmo Pocket 3 adalah alat vlogging pocket yang power, sesuai untuk pencipta konten yang inginkan kestabilan profesional, kualiti visual dan audio tinggi, dalam format mudah dibawa. Namun, ia bukan kamera lasak untuk outdoor ekstrem dan kurang fleksibel untuk pengguna pro yang mahukan kawalan maksimum.

Kalau anda cari gimbal mini dengan prestasi kelas atas untuk perjalanan, lifestyle vlog, dan storytelling… ini memang antara pilihan terbaik sekarang.

Kelebihan Sony ZV

  1. Sesuai untuk vlogging & streaming
    Fungsi plug‑and‑play sebagai webcam melalui USB, serta mikrofon arah 3-kapsul yang disertakan dengan windshield – sesuai untuk live streaming dan rakaman DIY
  2. Skrin flip-out vari‑angle & kawalan mesra video
    Skrin sentuh 3″ lutut (921k dot) memudahkan rakaman selfie dan sudut kreatif
  3. Autofokus pantas & Eye AF
    24.2 MP APS‑C sensor dengan Real‑Time Eye AF & tracking – sesuai untuk vlog dinamik
  4. Video 4K & 120 fps HD
    Sokong 4K hingga 30fps, Full HD hingga 120fps; sensor 6K oversampling bagi video 4K berkualiti
  5. Ringan & mudah dibawa (~343 g)
    Tubuh kompak sesuai untuk perjalanan dan vlog jalanan
  6. Sokongan lensa boleh diganti
    Dapat digunakan dengan semua lensa Sony E‑mount APS‑C/FE – menambah fleksibiliti kreatif
  7. Stabilisasi elektronik + OSS
    Auto Active SteadyShot + sokongan OSS pada lensa membantu kurangkan gegaran

Kekurangan

  1. Tiada IBIS & rolling shutter ketara
    Tiada stabilisasi dalam badan, bergantung sepenuhnya pada elektronik atau lensa. Rolling shutter (efek ‘jello’) ketara semasa panning cepat “I sold my ZV‑E10 because the rolling shutter is absolutely disgusting.”
  2. Had 4K 30fps & kualiti 1080p sederhana
    4K dihadkan kepada 30fps (8-bit 4:2:0), dan video 1080p dilaporkan soft dan tajam terlalu banyak
  3. Baterai cepat habis & tiada EVF
    Pakai bateri NP-FW50 – rakaman ~80–125 min 4K, ~440 gambar. Tiada electronic viewfinder, lemah untuk komposisi luar
  4. Pembinaan plastik & tiada kalis cuaca
    Tubuh ringan tetapi terasa kurang premium, tidak kalis cuaca .
  5. Menu lama & kekurangan kawalan manual
    Sistem menu tidak menyokong sentuhan pada tetapan, tiada dial mod fizikal – lambat untuk skrol tetapan

Kesimpulan

Sony ZV adalah kamera vlogging & streaming yang hebat untuk pengguna entry‑level: kompak, autofokus pantas, audio bawaan yang baik, dan video 4K. Sesuai untuk content creator gaya santai & indoor.

Namun jika anda perlukan stabilisasi mantap (IBIS), kualiti video 4K/60fps, viewfinder, atau gunakan untuk action luar – mungkin kamera lain seperti ZV, A6700, atau A7C II lebih sesuai.

Mengimbau Zaman Belajar

Lahhh, tiber!

Bukan apa aku seorang budak media (masscomm) memang ‘wajib’ ada atleast seorang dalam kumpulan satu kamera DSLR.

Waktu itu, memang rasa perghhh best gila kalau dapat. Mujur juga waktu itu abah aku baru dapat KWSP, jadi dapatlah. Ermmm.

Kebanyakan yang lain beli kamera kompak, yang harganya boleh tahan juga. Kamera DSLR pertama aku Nikon D24. Tak boleh rakam video hanya tangkap gambar sahaja.

Harga lebih kurang RM2,000 lebih. Banyak berjasa juga kamera tu ketika aku kerja wartawan, dan sekarang aku bagi anak-anak aku pula explore.

Sekarang ini, aku rasa aku patut dapatkan satu DJI Osmo Pocket 3 untuk ‘hidupkan’ kembali hidup aku.

Mana Satu Pilihan Hati?

Akhirnya… ini bukan sekadar tentang gajet.

Ini tentang bagaimana aku perlahan-lahan menghidupkan kembali jiwa yang pernah mati. Jiwa yang dulu penuh cerita, kamera di tangan, dan dunia di sekelilingku yang aku rakam bukan sekadar untuk tontonan — tapi untuk faham, rasa dan hidup.

Setelah semua fasa kehilangan dan pencarian, mungkin aku tak akan jadi wartawan semula, tapi aku boleh jadi pencerita dengan caraku. Mungkin bukan di surat khabar lagi, tapi di TikTok, YouTube, atau di dalam memori anak-anakku.

Dan kalau satu peranti kecil seperti DJI Osmo Pocket 3 boleh bantu aku mulakan langkah kecil ke arah itu semula — maka, inilah pilihan hatiku.

Kerana kadang-kadang, kita tak perlu tunggu ‘peluang besar’ untuk mula hidup semula.

Kita cuma perlu satu langkah. Satu nafas baru. Dan satu rekod ‘REC’ yang ditekan dengan yakin.

Leave a comment