Percutian Bajet ke Pulau Pangkor: Itinerari, Kos & Aktiviti Best!

3–5 minutes
Pulau Pangkor

Naik motosikal pusing Pulau Pangkor lebih thrill

Kali ini aku nak share percutian (team building syarikat) ke Pulau Pangkor. Sebenarnya ini pertama kali aku jejakkan kaki ke sana.

Menarik juga rupanya Pulau Pangkor yang terletak di Perak, dengan panorama indah, pantai yang cantik, makanan laut yang segar dan kosnya menjimatkan, tidaklah terlalu mahal.

Sesuai untuk kita-kita yang selalu hunting percutian bajet!

Harga tiket bermula RM10 bagi dewasa, dan RM5 bagi kanak-kanak, dan foc jer bagi baby bawah 3 tahun.

Perjalanannya pula mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor. Disebabkan aku bertolak dari Kulim, ia memakan masa lebih kurang 2 jam 15 minit ke Jeti Marina.

Selain itu, kemudahan parking di jeti ada valet parking dengan kos RM30 sehari di kawasan berbumbung betul-betul hampir dengan jeti.

Tapi disebabkan aku lambat seminit, parking sudah penuh jadi terpaksa aku parking di kawasan yang sedikit jauh dengan harga RM28 sehari.

Namun, jika mahu jimat lagi boleh parking di Aeon Jusco dan ambil grab untuk ke jeti.

Sampai sahaja di Pulau Pangkor, kita boleh ambil teksi atau terus book kereta atau motosikal untuk ke penginapan masing-masing.

Harga sewa kenderaan ini agak murah antara RM30 hingga RM50 sehari. Lebih syok kalau korang pilih motosikal untuk ronda-ronda sekeliling pulau.

Kebanyakan tourist menggunakan motosikal untuk bergerak ke satu destinasi ke destinasi.

Lokasi Menarik di Pangkor

Jika korang nak rasa vibe-vibe pelancong, Pantai Teluk Nipah adalah lokasi yang happening di Pulau Pangkor.

Nampak hidup sangat dengan gerai-gerai sepanjang jalan dengan jualan baju-baju pantai berwarna warni, kraftangan untuk dijadikan kenangan serta kedai coklat (duty free).

Selain itu, ramai pelancong mengambil peluang melakukan ‘island hopping’ dan aktiviti air seperti ‘banana boat’ serta ‘sofa bergerak’, dan jet ski. Aku tak sure nama sebenar satu jenis lagi tapi nampak macam sofa. Kah!

Harganya antara RM15 seorang dan satu banana boat boleh muat 7 hingga 8 orang. Harga-harga setiap aktiviti air ini, korang boleh google juga yer.

Satu lagi aktiviti darat yang korang boleh cuba adalah menjelajah hutan dengan menaiki ATV. Korang boleh google harga dan pakejnya.

Dalam pada itu, kita boleh menikmati pelbagai hidangan seperti nasi campur dengan variati lauk pauk serta laksa Teluk Nipah yang sedap. Puas hati betul aku makan laksa di sini!

Tempat untuk healing seperti buaian juga disediakan di sepanjang pantai dan boleh digunakan tanpa bayaran.

Bagi korang yang suka sangat makan coklat, ada beberapa point atau kedai coklat yang dijual dengan harga lebih murah dari tempat biasa seperti supermarket.

Tapi mengikut coach team building kami, boleh beli barangan signature Pulau Pangkor di deretan kedai berhampiran jeti.

Ada bilis mata biru, hasil laut, coklat, baju (jangan lupa tawar menawar hahaha walaupun jurujual tarik muka), dan cenderahati.

Jika korang ada anak-anak masih kecil, pastinya Pusat Konservansi Penyu lokasi yang wajib dikunjungi.

Beberapa anak penyu yang aktif boleh dilihat di dalam kolam di situ dan sekiranya mahu mendapatkan maklumat lain boleh panjat tangga di pusat informasi.

Serius comel!

Malah, ada satu lagi lokasi yang boleh dikunjungi adalah kawasan melihat burung enggang di sekitar Hotel Casuarina. Tapi disebabkan aku terlupa, so aku tak pergi. Sedih…

Pusing Pangkor Dengan Motosikal

Jika tak tahu nak buat apa lagi, korang boleh pilih sewa kenderaan seperti motosikal ataupun kereta. Bagi aku paling best naik motosikal lah.

Jauh perjalanan, luas pandangan

Harga sewa motosikal bermula dari RM30 sehingga RM50 sehari bergantung kepada jenis motosikal. Jika korang lebih suka berskuter harga nya mencecah RM40 hingga RM50.

Manakala, kalau korang jenis tidak kisah boleh ambil motosikal biasa – bergear dengan harga lebih murah serendah RM30.

Semasa aku pergi, jalan di Pulau Pangkor tidak boleh dilalui kereta kerana ada kejadian tanah runtuh.

Tapi korang tahu tak, jika korang baru nak cuba bawa motosikal di Pangkor dan mengelilingi pulau ini, berhati-hati.

Jalan Pangkor memang berbukit-bukit dan cerun tinggi. Gayat gilerrr dan seriau weyh!

Macam nak nangis pun ada. Tapi sebab aku ni memang rider kental, boleh kawal emosi dan berjaya mengelilingi Pangkor sebanyak dua kali. Kah!

Sepanjang korang mengelilingi Pulau Pangkor, korang boleh nampak Masjid Cina, Masjid Terapung, Kilang Keropok Ikan atau berasaskan hasil laut, dan pemandangan laut pada sisi yang lebih thrill.

Jika korang tanya selamat tak? InshaAllah selamat dan berhati-hatilah.

Oh sebelum aku terlupa, korang juga boleh membeli pelbagai jenis pekakasan dapur yang berjenama dengan harga lebih murah.

Aku tengok ramai juga yang borong dan bawa balik dengan bagasi kosong yang dibawa untuk tujuan itu.

Sebelum aku akhiri catatan ini, korang juga boleh booking hotel-hotel dengan harga berpatutan. Aku stay di Puteri Bayu Beach Resort, memang cantik. Penginapannya di dalam taman. Ada pool dan pantai berhampiran resort yang tidak begitu crowded seperti Pantai Telok Nipah.

Leave a comment