Drama Spoiler : Straw

5–8 minutes

Kisah mengangkat pelbagai realiti kehidupan dan konflik

Dalam posting kali ni aku ambil keputusan untuk memberi personal opinion view (POV) mengenai drama Straw yang sedang trending dekat Netflix.

Pada mulanya aku tak berkenan sangat nak tonton pun tapi disebabkan banyak naik review, jadinya aku putuskan untuk luangkan masa menikmatinya sendiri.

Kisahnya berkisarkan tentang seorang ibu tunggal berkulit gelap di negara Amerika lah kalau tak silap. Namanya Janiyah. Dia ada seorang anak perempuan kecil lagi, tapi sudah bersekolah.

Setiap hari Janiyah akan hantar anaknya ke sekolah sebelum ke tempat kerjanya sebagai juruwang di sebuah pasar raya.

Dia dengan anak dia ni tinggal dalam rumah apartment yang sangat kecil tak ada bilik pun, aircond pun tak ada hanya bertemankan kipas angin yang hidup tak mahu mati segan di tingkat dua.

Sebelum pergi kerja dia akan jumpa dulu dengan tuan rumah duduk melepak di rumah aras bawah. Pada hari itu, berlaku perbalahan mulut, di mana tuan rumah ni menuntut bayaran sewa dan ugut jika tidak dibayar hari ini, Janiyah akan dihalau.

Janiyah ni berjanji akan bayar hari itu juga pada waktu rehat tengahari sebabnya, hari itu waktu dia dapat pay cheque.

Janiyah ini walaupun awal-awal dah kena hadap tuan rumah puaka, dia tetap positif masih tersenyum sehingga boleh melayan seorang lelaki tua berkerusi roda.

Lelaki tua ini pandai, dia akan duduk di pinggir jalan dekat dengan kereta Janiyah untuk minta simpat – duit.

Mula-mula Janiyah beritahu dia tak ada duit, tapi sebab tengok muka kasihan lelaki tua itu dia tetap hulurkan wang dan sempat berpesan supaya tidak membeli alkohol.

Selesai drama di rumah Janiyah meneruskan rutin menghantar anaknya ke sekolah. Di sekolah dia berjanji dengan cikgu kelas anaknya untuk membawa duit makanan 40 dolar waktu tengah hari nanti.

Sebenarnya, anaknya mengadu kepada Janiyah malam itu tentang guru dan rakan-rakan mengejek kerana tidak bayar yuran makan tengah hari.

Selepas selesai, Janiyah terus ke tempat kerja. Janiyah masa ini macam seret kaki untuk punch card, semasa berjalan ke tempat punch card pun ramai pelanggan marah dia.

Aku memang geram masa ni, eh korang tak reti sabar ke? Bukan sampai masa dia bekerja lagi kut?

Mujurlah ada kawan dia menenangkan dia, dan suruh ignore jer. Tak habis dihina pelanggan, bos Janiyah pun tiba-tiba angin semacam dan marah Janiyah kerana lambat dan berjalan lenggang kangkung.

Janiyah apa lagi segera ke kaunter untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Tapi seorang pelanggan biadap betul tak puas hati sebab tak boleh pakai kad dekat situ, dia marah dan lempar botol kaca, habis pecah jatuh ke lantai.

Jnaiyah terkejut lah juga, belum sempat buat apa-apa boss dia datang marah pula dan minta Janiyah bersihkan segera.

Janiyah berlari mengambil penyodok dan penyapu untuk bersihkan kaca tu, dan membawa ke belakang untuk dibuang.

Janiyah ambil masa untuk tenangkan diri, kebetulan pula dapat panggilan telefon dari sekolah.

Janiyah cakap akan bawa duit makan itu segera. Entah dari mana, bos dia datang pula bila nampak Janiyah tengah on call, boss dia sound lagi.

Tapi Janiyah ni kepala masa tu tengah fikir anak dia ja. Dia beranikan diri minta pay cheque dekat bos dia untuk hantar kepada anak dia.

Walaupun kena maki, Janiyah tebalkan muka minta juga pay cheque tu. Tapi bos dia ni memang tak guna boleh-boleh tak bagi juga.

Jadi Jnaiyah tak ada pilihan lain selain meminta izin bos dia untuk pergi sekolah anak dia tengah hari itu juga, bos dia bagi tapi kena seranah dulu lah.

Janiyah pun kelam kabut pandu kereta dia ke bank. Dalam perjalanan ke bank berlaku pula kemalangan. Kemalangan tu melibatkan kereta Janiyah dengan kereta polis berkulit putih.

Lagilah Janiyah ni resah dan panik. Punya tak puas hati polis ni tuduh Janiyah langgar dia dan ugut-ugut Janiyah.

Mujurlah juga ada seorang pegawai perempuan berkulit putih ini datang leraikan pergaduhan itu walaupun keputusan masih tidak berpihak kepada Janiyah. Kereta Janiyah kena tarik dalam hujan lebat itu.

Janiyah teruskan juga ke bank, untuk keluarkan duit dia. Tapi kad pengenalan tak ada pula sebab polis tadi sudah rampas. Sebab terdesak Janiyah merayu kepada pegawai bank yang kenal dia untuk luluskan pengeluaran tapi tak boleh juga.

Dipendekkan cerita, Janiyah terus ke sekolah dalam keadaan basah kuyup untuk menjelaskan keadaan dirinya yang tidak dapat membayar yuran makanan tengah hari anaknya pada hari itu.

Tak habis dengan itu, berlaku pula scene ada pusat kebajikan yang tiba-tiba nak ambil anak dia sebab kononnya Janiyah tak mampu nak bela. Lagilah bertambah pilu dan sedih hati Janiyah.

Dia merayu-rayu tapi tak lepas juga.

Dipendekkan cerita lagi, Janiyah balik ke rumah dalam hujan tu. Bila sampai di rumah dia nampah semua barang-barang dia telah di campak ke tepi jalan.

Sedih gila time ni, emosi Janiyah pun memang tak terkawal. Dia meraung sepuasnya. Dia kutip ubat anak-anak dia dengan projek sekolah anak dia bubuh dalam satu beg jernih.

Dipendekkan cerita lagi, Janiyah nekad untuk pergi berjumpa dengan bosnya dan minta pay cheque. Berlaku pertengkaran dan bos dia kata memang tak akan bagi dan akan hantar melalui pos.

Dalam mereka bertengkar tu, tiba-tiba ada sekumpulan perompok bersenjata api masuk ke dalam bilik bos dia. Perompak itu arahkan mereka diam dan bos dia serahkan duit sambil memanggil nama Janiyah.

Bos dia memang tak suka si Janiyah ni, tuduh Janiyah kenal perompak dan berpakat. Janiyah nafikan, tapi bos dia ni buat keras tuduh juga sambil call polis.

Bos dia berjaya pukul dan rampas pistol dan tembah perompak. Tapi mulut puaka dia masih tuduh Janiyah berpakat.

Janiyah ni emosi dah tak stabil, terus rampas pistol dan tembak bos dia. Matilah bos dia.

Dalam takut-takut tu dia sempat juga cari pay cheque dia dan bawa ke bank. Ampai bank pula, bank dah nak tutup pula.

Janiyah merayu supaya dibenarkan dia masuk, mujur ada pengurus bank yang memang kenal dia, dia dibenarkan masuk.

Dalam bank, dia bagi pay cheque yang dicemari dengan darah, tapi aku tak tahulah punya husnuzon orang bank ni cakap warna.

Bila nak tunaikan cheque tu, sekali lagi masalah kad pengenalan. Janiyah merayu supaya diluluskan tapi semua bertegas.

Janiyah hilang kawalan, dia terus letak pistol yang dibawa tadi di kaunter. Terkejut kau penjaga kaunter. Rakan pegawai disebelah tu senyap-senyap tekan alarm kecemasan.

Tapi alarm ni tak bunyi, hanya polis dengan manager dalam pejabat sahaja tahu yang ketika itu bank sedang di rompak kononnya.

Manager bank dari bilik keluar nak tengok keadaan, tiba-tiba dia ternampak projek sekolah anak Janiyah berkelip macam bom. Lagilah kaget manager ni.

Aku nak cut to short sebab dah penat, pada masa nilah segala penderitaan dan apa yang terpendam Janiyah ni lepaskan satu persatu.

Dia kata tak ada siapa pun yang faham dengan keadaan dia. Semua dia lalui sendiri. Keluarga dia pun asyik menyalahkan dia.

Sampailah ada rundingan dengan polis supaya Janiyah ni serah diri.

Korang tengoklah sendiri cerita ni, dia banyak sangat konflik. Ada konflik warna kulit yang aku rasa Janiyah ada juga cakap sebab kulit dia hitam sebab tu dapat layanan macam tu semasa dia berunding dengan pegawai polis wanita tu.

Lepas tu sebab dia diam, semua orang lagi ambil kesempatan. Tetapi selepas dia bercakap dan didengari ribuan pengguna media sosial, barulah semua buka mata dan faham keadaan dia.

Malah boleh pula buat piket sokongan buat Janiyah di luar bank di tengah-tengah saat genting tu.

Cerita ni memang sedih, macam dia nak ajak kita supaya ada sedikit empati walaupun dunia ini semakin kejam. Bertanyalah khabar kawan-kawan dan orang sekeliling dan sentiasalah berbuat kebaikan.

Kerana kebaikan Janiyah ini juga, hukumannya dikurangkan.

Leave a comment