Penulis Blog Mempunyai Kelas Yang dan ‘Peminat’ Tersendiri
Jika anda bukan orang yang suka memberi fokus kepada kandungan berbentuk video, dan lebih gemar memilih penulisan blog adalah medium yang boleh bantu anda menjana pendapatan.
Blog adalah tempat yang anda boleh berkarya dan berkongsi apa sahaja yang anda suka disamping menjana pendapatan.
Dalam dunia bisnes, blog adalah lubuk syarikat-syarikat kecil dan besar mencari rakan kolaborasi untuk memasarkan jenama-jenama mereka. Hal ini, kerana blog lebih bersifat ‘long lasting’ atau pemasaran jangka masa panjang yang jimat dan organik.
Malah blog yang ditulis oleh penulis yang tidak mewakili jenama mereka seperti testimoni, perkongsian dalam bentuk story telling sama ada secara sengaja atau tidak turut boleh meningkatkan tahap kepercayaan pengguna.
Walaupun, medium media sosial lain semakin mudah diakses namun blog masih mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Saya yakin masih ramai yang generasi yang suka membaca untuk mendapatkan maklumat berbanding menonton konten video di media sosial yang berorientasikan video.
Di mana saya sendiri kadangkala lebih senang mendapatkan maklumat melalui pembacaan sebelum membeli sesuatu. Tetapi blog dirujuk bukan sekadar untuk barangan sahaja malah pelbagai perkara lain yang memerlukan maklumat lengkap, jelas dan perincian.
Saya fikir pemilihan medium ini bergantung kepada maklumat yang ingin diketahui juga.
Contohnya jika mahu travel ke sesuatu kawasan baru, selain medium media sosial lain saya suka membaca blog-blog untuk mendapatkan real perspective dan mencarai yang sesuai dengan diri sendiri.
Kebiasaannya di blog, penulis dapat menulis dengan terperinci malah tersusun termasuk gambar dan video.
Justeru, bagi anda yang mahu menjana pendapatan melalui blog tanpa mempunyai produk anda boleh memilih niche mengikut minat dengan bersungguh.

10 Niche Blog Yang Boleh Jana Pendapatan
1. Kesihatan & Kecergasan
- Potensi Pendapatan: Affiliate produk kesihatan, kursus, e-book, review produk.
- Kolaborasi: Klinik estetik, suplemen, gym, aplikasi kecergasan.
- Kenapa senang? Ramai orang cari info kesihatan online; jenama perlukan trusted content creator.
2. Kecantikan & Penjagaan Diri
- Potensi Pendapatan: Sponsored post, affiliate produk, review produk.
- Kolaborasi: Jenama skincare, makeup, spa, salun.
- Kenapa senang? Jenama banyak bajet marketing dan selalu cari blogger untuk review.
3. Keibubapaan & Pendidikan Anak
- Potensi Pendapatan: Affiliate, produk bayi, kursus parenting.
- Kolaborasi: Taska, pusat perkembangan kanak-kanak, jenama produk bayi.
- Kenapa senang? Ibu bapa rajin cari info parenting & ramai jenama sasar golongan ini.
4. Resepi & Masakan
- Potensi Pendapatan: YouTube, e-book resepi, iklan, review produk dapur.
- Kolaborasi: Produk makanan, peralatan dapur, platform delivery.
- Kenapa senang? High traffic niche & mudah tarik jenama makanan.
5. Travel & Percutian
- Potensi Pendapatan: Sponsored trip, review hotel, agensi pelancongan.
- Kolaborasi: Resort, homestay, ejen pelancongan, produk travel gear.
- Kenapa senang? Travel content dapat banyak view & senang dijadikan media promosi.
6. Kewangan Peribadi & Pelaburan
- Potensi Pendapatan: Affiliate produk kewangan, e-book, kursus online.
- Kolaborasi: Bank, fintech, e-wallet, insurans, pelaburan.
- Kenapa senang? Banyak syarikat kewangan cari blogger untuk naikkan kesedaran kewangan.
7. Kerjaya & Produktiviti
- Potensi Pendapatan: E-book, kursus, coaching, review alat kerja.
- Kolaborasi: Platform kerjaya, HR tools, syarikat pembangunan diri.
- Kenapa senang? Banyak syarikat sasar golongan bekerja muda dan profesional.
8. Gaya Hidup Islamik / Dakwah Ringan
- Potensi Pendapatan: Produk sunnah, pakaian muslimah, buku Islamik.
- Kolaborasi: NGO Islamik, brand patuh syariah, platform wakaf/infaq.
- Kenapa senang? Ramai jenama dan NGO Islamik cari medium berpengaruh untuk reach audience.
9. Teknologi & Gadget
- Potensi Pendapatan: Review produk, affiliate Shopee/Lazada, iklan.
- Kolaborasi: Brand telefon, aksesori, aplikasi, software.
- Kenapa senang? Brand sentiasa lancar produk baru dan perlukan reviewer.
10. Fashion & Gaya Hidup
- Potensi Pendapatan: Sponsored content, affiliate, styling guide.
- Kolaborasi: Butik online, jenama baju, kasut, aksesori.
- Kenapa senang? Sentiasa ada permintaan untuk fesyen harian & muslimah.
Saya sendiri walaupun menggunakan blog sebagai medium untuk pemasaran produk dan servis penulisan, namun tetap memasukkan penulisan yang saya minati.
Contohnya niche resepi dan masakan yang saya tulis, berjaya menarik Ayam Brand yang menjemput menghadiri aktiviti mereka.
Malah, ada dalam niche percutian, saya juga pernah menerima jemputan ke sebuah pusat peranginan namun terpaksa ditolak kerana kekangan masa.
Walaupun, kadangkala kita tidak mendapat pulangan dalam bentuk wang, namun menghadiri pelbagai program yang dianjurkan juga sangat menyeronokkan.
Namun, ingat dari sini juga kita akan mulai membangun dan mula mampu berfikir bagaimana cara menjana pendapatan dengan medium ini.
Justeru, jadikan minat anda untuk menjana pendapatan dengan menggunakan tool blog ini.
Tahu tak ramai yang telah berjaya hanya menggunakan penulisan yang disiarkan dalam blog mereka.
1. Maria Elena – Blogger Lifestyle & Usahawan Kecil
- Asal: Popular dari blog Maria Elena is Greek Name, cerita kehidupan & perkahwinan.
- Sekarang: Aktif sebagai content creator, penulis dan ada bisnes kecil seperti menjual planner dan produk digital.
- Menarik: Gaya penulisan santai, relatable dan tak berpura-pura. Dikenali walaupun tidak mewah.
2. Che Nom – Blogger & YouTuber Masakan
- Asal: Blog resepi masakan yang simple, dimulakan sendiri tanpa team besar.
- Sekarang: Saluran YouTube dengan jutaan subscribers, menjadi rujukan utama untuk resepi Melayu.
- Menarik: Tidak terlalu tampil mewah, tapi hasil konsisten dan dipercayai ramai suri rumah.
3. Irine Nadia – Blogger Keibubapaan & Lifestyle
- Asal: Blog peribadi tentang kehidupan, perkahwinan muda, keibubapaan.
- Sekarang: Jadi influencer sederhana, ada bisnes kecil-kecilan & content creator aktif.
- Menarik: Audience ibu muda dan wanita Melayu, dapat job review dan paid content dari brand parenting.
4. Hasrul Hassan – Blogger Niche Pelbagai (Lifestyle, Info, Blogging Tips)
- Asal: Konsisten menulis blog sejak tahun 2010+.
- Sekarang: Jana pendapatan dari iklan, affiliate, job review & buat e-book panduan blogging.
- Menarik: Bukan popular macam selebriti tapi berjaya jana pendapatan pasif dan aktif dari blog sahaja.
5. Masayu Ahmad – Blogger Keusahawanan & Wanita Bekerja Dari Rumah
- Asal: Menulis tentang wanita bekerja dari rumah (WAHM), bisnes kecil & gaya hidup Muslimah.
- Sekarang: Menjual e-book, buat coaching & training untuk ibu-ibu yang nak mulakan bisnes kecil.
- Menarik: Niche fokus & kuat dalam komuniti wanita Islamik yang nak berdikari dari rumah.
Ini adalah blogger lokal yang boleh dijadikan inspirasi namun sebenarnya ramai jutawan lain juga menggunakan medium ini dengan berkongsi pengalaman, cerita, testimoni dan sebagainya secara personal touch berjaya menyentuh hati pengikut.
Namun jika anda tahu, blogger ini juga mempunyai mempunyai kelas yang tersendiri dan menarik pelanggan yang lebih besar.
Sudah tentulah, pendapatannya juga boleh menjadi sumber utama jika dilakukan secara konsisten dan bersungungguh-sungguh.
4 Pilihan Hosting Popular dan Praktikal
1. Exabytes Malaysia
- Website: www.exabytes.my
- Kelebihan:
- Salah satu syarikat hosting paling lama dan dipercayai di Malaysia.
- Sokongan 24/7 dalam Bahasa Melayu & English.
- Ada pakej WordPress Hosting khusus untuk blogger.
- Harga: Serendah RM9.99/bulan (promosi tahunan).
- Sesuai Untuk: Blogger serius yang mahu naik taraf blog jadi lebih profesional.
2. ServerFreak
- Website: www.serverfreak.com
- Kelebihan:
- Ramai blogger Malaysia guna hosting ini kerana stabil dan support bagus.
- Pakej khas untuk blog WordPress.
- Ada tutorial setup blog dalam BM.
- Harga: Sekitar RM80–150/tahun untuk shared hosting.
- Sesuai Untuk: Blogger baru yang nak setup blog WordPress dengan bajet rendah.
3. Shinjiru Malaysia
- Website: www.shinjiru.com.my
- Kelebihan:
- Menawarkan WordPress hosting dan email hosting yang stabil.
- Sokongan teknikal dari Malaysia.
- Sesuai untuk pengguna yang nak privasi dan keselamatan lebih.
- Harga: Sekitar RM12.50/bulan ke atas.
- Sesuai Untuk: Blogger atau perniagaan kecil yang nak blog lebih selamat.
4. NetKL
- Website: www.netkl.com
- Kelebihan:
- Sangat mesra pengguna dan murah.
- Support cepat melalui WhatsApp dan emel.
- Pakej “Blog Hosting” khas untuk pengguna WordPress.
- Harga: Serendah RM60/tahun (termasuk domain).
- Sesuai Untuk: Pelajar, blogger baru, atau sesiapa yang nak mula blog secara bajet.
Begitupun saya memilih terus membeli blog hosting dari WordPress dengan mengendalikannya secara sendiri.
Begitupun bagi anda yang baru sahaja mahu bermula, lebih mudah dan jimat memilih hosting lokal yang menawarkan harga lebih murah.
Malah banyak kelebihan lain juga seperti boleh menambah plugin dengan harga lebih murah dan semua isu teknikal boleh diselesaikan oleh service provider ini.

Leave a comment