Kemahiran Penulis Upahan – Analisis Konten

3–4 minutes

Dengan menganalisa penulis boleh kurangkan ‘langgar dinding’

Hello semua. Kali ini saya hendak berkongsi satu lagi kemahiran yang saya rasakan penting dikuasai oleh penulis upahan.

Jika anda memang berminat dalam bidang penulisan konten atau kandungan, kemahiran yang perlu ada adalah menganalisa konten.

Hari ini konten bukan hanya dalam bentuk teks tetapi gambar, audio dan visual — video.

Malah semua kandungan ini pula perlu sesuai dengan platform dan medium mengikut media sosial yang ada.

Seperti feed, reel, story, dan shot.

Bayangkan berapa banyak konten yang perlu dihasilkan mengikut kesesuain medium tersebut?

Setiap medium pula mempunyai peraturan tersendiri dan algorithm tersendiri. Di sinilah penulis dan pencipta kandungan perlu menang dan berjaya apabila berkarya.

Karya yang berjaya adalah apbila sentiasa muncul di medium tersebut dan boleh cross ke merata medium.

Siapa yang boleh menahan senyum apabila karya yang diusahakannya berjaya mencapai objektif dan tular.

Justeru, untuk berjaya sebegini setiap pengkarya khususnya penulis perlu mempunyai strategi dan menguasai kemahiran berkaitan kandungan digital dan media sosial ini.

Kali ini saya nak berkongsi pandangan tentang kemahiran menganalisis kandungan yang diperlukan penulis.

Bagaimana menganalisa kandungan?

Sebelum ini saya seorang wartawan yang pada ketika itu, agensi media berperang dengan sesama mereka untuk memastikan siapa yang pertama menyiarkan berita.

Jadi, analisis konten yang saya lakukan adalah memastikan berita yang dihasilkan mempunyai ‘frame’ yang sama dengan akhbar serta berita terdahulu.

Contohnya jika isu politik, berita tersebut mestilah mengikut ‘frame’ supaya mempunyai lanjutan cerita yang kadangkala boleh menjadi ‘spark’.

Jika ditanya sama ada ia dirancang awal atau tidak, pada pandangan saya bilik berita biasanya sudah tahu hala tuju cerita dan membina ‘frame’ berdasarkan pengalaman terdahulu atau ‘instinct’ serta ‘predictable’ isu.

Hal ini memang memerlukan editor yang berpengalaman luas, berpengetahuan serta mampu mengambil ‘risiko’.

Bagaimana mereka melakukannya, salah satunya dengan menganalisa konten di semua surat khabar serta halaman portal.

Kini, salah satu kerja saya seorang penulis kandungan, saya banyak menghasilkan teks untuk landingpage.

Begitupun, untuk menghasilkan penulisan kandungan yang ‘boleh jual’ atau coversion ini, bukan semudah A,B,C dan copy paste chatGPT sahaja.

Sebaliknya banyak tenaga dan usaha perlu dicurahkan. Banyak perkara yang perlu dirancang dan difikirkan.

Namun, seperti kebiasaan tugas seorang penulis, akan ulang rutin sama iaitu membaca, mengkaji, memerhati dan sebagainya seperti yang saya telah kongsikan sebelum ini.

Bagaimanapun, kali ini saya seronok nak berkongsi tentang kemahiran menganalisa konten.

22 Tips Menganalisa Konten

  1. Pilih beberapa konten di landingpage yang seakan
  2. Lihat header
  3. Lihat gambar
  4. Font – warna, saiz
  5. Jalan cerita
  6. Maklumat – detail
  7. Kalimat sapaan
  8. Kelebihan
  9. Masalah
  10. Penyelesaian – manfaat
  11. Maklumat dikemaskini
  12. Maklumat penyumbang
  13. Caption
  14. CTA
  15. Struktur susunan konten
  16. Penggunaan testimoni atau bukti sosial
  17. Nada bahasa
  18. Konsistensi jenama
  19. SEO dan kata kunci
  20. Responsif dan mesra pengguna
  21. Nilai tambah – hadiah, percuma
  22. Emosi yang digunakan

Yup, banyak yang perlu diperhatikan dalam menganalisis konten.

Kenapa kemahiran analisa konten ini penting?

Kemahiran menganalisis konten bukan sekadar tengok konten orang lain dan tiru. Ia adalah kemahiran strategik yang sangat penting — terutamanya dalam bidang pemasaran digital, copywriting, branding dan content creation.

Berikut beberapa sebab utama kenapa ia sangat penting :

  • Tahu dan faham apa yang berkesan dengan menganalisa konten, kita boleh tingkatkan kefahaman bagi memastikan objektif tercapai
  • Elakkan kesilapan yang samakita belajar dari kelemahan konten orang lain, untuk mengelakkan ulangi kegagalan yang sama
  • Bukan tiru analisis bukan tiru, atau copy paste tetapi teknik untuk menambah baik sesuatu kandungan dan menambah baik sama mengikut audien kita. Ini juga dipanggil modelling, inspirasi dan seumpanya.
  • Bantu bina konten lebih strategik dan berimpak
  • Proses belajar kita boleh try and error sendiri atau langgar dinding berkali-kali, tapi kemahiran analisis konten dapat menyelamatkan kita daripada mengambil masa lebih lama untuk kenalpasti kekurangan atau masalah
  • Perubahan trend dan perubahan pasaran khususnya Melalui analisa, kita boleh nampak perubahan gaya bahasa, visual, atau CTA yang sedang trending. Ini bantu kita kekal relevan.
  • Tingkatkan hasil kempen pemasaran
  • Bina keyakinan dan profesionalBila kita buat keputusan konten berdasarkan analisis, bukan perasaan, kita nampak lebih yakin di mata klien atau team, dan hasil kerja lebih solid.

Haaa, disebabkan itu penulis jangan terlepas pandang dengan kerja ini sebelum menghasilkan konten.

Dan jika tiada idea, melakukan analisis konten dapat memberi idea-idea baharu yang boleh diinovasikan daripada hasil analisa tersebut.

Leave a comment