Jangan biarkan AI mengambil alih perumahnya!

Beberapa detik kebelakangan ini, umum semakin terbuka dengan kemunculan teknologi baru dengan mengadaptasinya dalam kehidupan terutamanya kerjaya.

Begitu juga penulis-penulis moden atau digital hari ini. Salah satunya teknologi AI yang masuk ke dalam dunia penulisan seperti wabak yang begitu cepat merebak dan memusnahkan sistem rumahnya.

Namun sebenarnya, AI tidaklah seperti wabak ia boleh menjadi ‘booster’ untuk perumah sekiranya digunakan dengan kebijaksanaan.

Bagaimanapun kebijaksanaan kalah dengan kemudahan yang disediakan oleh AI dalam keadaan mudah diakses dan hampir percuma.

Justeru, sebagai penulis yang memang diberi anugerah dengan bakat, kemahiran, pengalaman dan idea kreatif jangan sesekali biarkan AI mengambil sepenuhnya sistem perumah iaitu otak kita.

Sedar atau tidak, atau kita sendiri malu untuk mengaku apabila kita selesa ‘menggunakan AI contohnya ChatGPT, daya pemikiran kreatif kita semakin kendur dan sentiasa ragu-ragu untuk berfikir luar kotak.

Jalan mudah, percayakan saja ChatGPT dan serahkan sepenuhnya kepada mesin bijak ini.

Namun adakah kita berpuas hati dan gembira apa yang dihasilkan mesin bijak ini? Tepuk dada tanyalah hati sendiri!

Walaupun kita sebagai penulis belum pun habis beperang dengan perasaan sendiri dalam menggunakan AI ini, ditambah pula tekanan dari orang sekeliling, jika di tempat kerja pastinya dengan majikan yang sentiasa meletakkan harapan tinggi dalam ketangkasan melaksanakan kerja kreatif ini dengan alasan AI ada sebagai pembantu.

Huh! Stress kan?

Namun, kita tetap perlu selesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan ini, dan tiada siapa yang mahu faham ini.

Justeru, sebagai penulis yang profesional, malar hijau dan relevan kita perlu bersedia dan sentiasa berstrategi dalam menghadapi perubahan teknologi.

Kenapa penulis perlu mempunyai minda yang berstrategi?

Saya terbaca satu posting di satu laman media sosial, di mana kata penulisnya penulisan memerlukan strategi, jika tiada strategi ia hanya

Satu pelan tanpa strategi hanyalah kerja yang sibuk.
Satu strategi tanpa pelan kekal sebagai idea semata-mata.

Pelan memastikan anda konsisten.
Strategi memastikan anda konsisten memberi nilai.

Bagaimana menjadi penulis berstrategi dalam dunia AI?

Sebagai seorang penulis, walaupun tanpa AI sebenarnya mereka adalah seorang yang penuh dengan strategi.

Setuju tak?

Begitupun, apa yang dibimbangkan apabila munculnya AI, penulis menjadi terlalu bergantung kepada kemudahan ini akhirnya kelebihan dalam merangka strategi semakin pudar dan hilang begitu sahaja.

  1. Mempunyai pengetahuan asas dalam sesuatu perkara
  2. Mengusai kemahiran asas menulis
  3. Sentiasa menambah pengetahuan
  4. Sentiasa berfikir
  5. Sentiasa membaca
  6. Sentiasa menulis
  7. Sentiasa tertanya-tanya
  8. Objektif penulisan
  9. Target audien
  10. Identiti/ karektor

Ini antara perkara-perkara yang wajib penulis lakukan. Ya, ia hanyalah point berulang-ulang namun inilah yang semakin hilang dalam karektor seorang penulis.

Tidak kisah jika, kita seorang penulis mahu anggap diri kita berbeza dengan yang lain, ini bukan sebab kita mahu berlagak tetapi untuk memastikan pemikiran kita sentiasa ke hadapan dalam mencipta sesuatu yang baharu.

Inilah dunia penulis! Kita sahaja yang tahu. Maksudnya apa anggapan orang lain itu hanya dari perspektif mereka, kita terima dengan terbuka. Kita hanya lakukan untuk kita menjadi penulis yang versatile dan berjaya.

Penulis kan seorang pencipta, bukan sekadar pengikut arus. Di mana penulis juga boleh menjadi pencetus dan trendsetter dalam masyarakat.

Malah sejak dari dahulu lagi penulis juga boleh membentuk minda masyarakat dan menjadi alat yang boleh membangun dan memusnahkan sesebuah tamadun juga.

Oleh itu, jika kita terpilih menjadi seorang penulis berbanggalah, dan passionlah!

Saya sendiri suka membaca semula sejarah penulisan untuk meningkatkan motivasi dan memastikan menjadi penulis yang memberi manfaat.

Besar tanggungjawab sebagai seorang penulis ini.

Jika anda pernah membaca karya-karya penulis agung Islam, dalam penulisan, mereka bukan sahaja memberi idea dan pengetahuan baharu, tetapi banyak mencurahkan rasa sedih, geram mengkritik dan mengekspresi emosi mereka namun masih untuk memberi impak positif.

Supaya masyarakat boleh berfikir dan melihat lebih ke dalam.

Saya amat tertarik dengan penulisan-penulisan begini, walaupun mereka menyampaikannya melalui novel fiksyen sama ada diinspirasikan dari kisah masyarakat atau kebijaksanaan mereka sendiri.

Begitu juga jika kita seorang penulis kandungan atau iklan yang bersifat lebih kreatif untuk tujuan komersial atau jualan.

Walaupun matlamat untuk mendapatkan keuntungan, namun sebagai penulis kita bertanggungjawab dalam penyampaian mesej dalam penulisan kita.

Di sinilah kita perlu gunakan etika, dan intergiriti untuk pastikan setiap mesej yang kita sampaikan adalah tepat bukan sekadar mainan emosi sahaja. Atau memberi harapan palsu sahaja.

Berbalik kepada strategi, sebenarnya saya percaya sekiranya penulis mempunyai asas, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman boleh menjadikan AI sebagai alat penulisan yang sangat membantu dalam mempercepatkan kerja.

Malah dapat meningkatkan lagi idea kreatif seseorang penulis, namun ingat penulis jangan jadi semakin malas, cuai, lepas tangan dan bergantung sepenuhnya kepada AI.

Penulis yang mempunyai karektor dan personaliti mampu menjadikan mereka lebih unik – keunikan ini adalah salah satu cara untuk menarik klien dan tidak nampak begitu klise.

Bayangkan saja jika semua menggunakan AI atau ChatGPT pastinya anda juga boleh perasan, gaya penulisan menjadi semakin sama, susunan ayat juga tidak mempunyai ‘suara’ tersendiri.

Namun iyalah, siapa kisah?!

Jika ayat-ayat tersebut dapat diterima dan memang ‘terkena’ kepada pembaca atau audiens.

Kita sebagai penulis, kena ingat audien tidak kisah apa kerja penulis yang perlu laksanakan atau yang mesej yang ingin cuba disampaikan, asalkan yang diterima mereka ada kena mengena atau mampu mewakili suara mereka dengan :

  • situasi
  • kehidupan
  • mampu memberi semangat
  • mampu memujuk
  • mampu menghiburkan
  • mampu memberi info, pengetahuan
  • mampu menyelesaikan masalah
  • memberi idea atau pemikiran baharu
  • mampu menggerakkan tindakan

Selain itu, saya juga mengenang zaman-zaman sebelum adanya ChatGPT dan internet yang belum stabil, di mana apabila mahu menulis ia ditulis dengan menginspirasikan kisah kehidupan seharian atau pengalaman-pengalaman yang dilalui.

Malah bait-bait lagu yang sentiasa didengar melalui corong radio juga boleh menjadi ilham untuk menghasilkan karya atau cerita.

Ditambah dengan idea-idea sendiri sama ada melalui ilham, pemerhatian atau pembacaan. Proses ini adalah sebuah proses menyeronokkan.

Rasa diri bebas untuk mengekspresi dan mencurahkan emosi ke dalam penulisan tersebut.

Dalam pada itu, saya setuju penulis juga adalah sebenarnya seorang yang ekspresif, jika marah dia akan marah, jika sedih dia akan sedih, jika kecewa dia akan kecewa dan mengekspresikan rasanya itu ke dalam penulisan.

Di sinilah penulis perlu bijak menyusun kata supaya amarahnya bukan menambah api dan menyalakan semula bara, jika sedihnya pula bukan sehingga mahu terus dihukum tetapi kembali bersemangat.

Bukan bermakna tidak melepas emosi tetapi ini adalah caranya untuk melepaskan dan kembali kepada nyata. Itulah seronoknya menjadi penulis terutama bekerja sebagai penulis. Hahaha

Bayangkanlah penyanyi Talor Swift sendiri seperti sengaja bercinta dan patah hati untuk membolehkan dia menulis lagu. Ini masyarakatlah yang bercakap, dia tidak pernah pula mengiyakan.

Saya sendiri jika menulis iklan contohnya, bukan sahaja perlu tahu objektif penulisan seperti menetapkan sasaran audien, tujuan dan sebagainya, tetapi menyelami emosi pengguna untuk menghasilkan ayat iklan yang benar-benar ‘sampai’ bukan sekadar menyentuh emosi, tetapi membuatkan mereka dapat merasainya walaupun tidak menyentuh melihat atau mendengar.

Malah, boleh memberi idea kepada mereka – dari tidak perlu kepada apa salahnya jika ada.

Macam kisah seorang calon yang diminta menjual pen biru kepada seorang pengguna pen hitam dan tidak pernah menggunakan pen biru.

Jika sebelum ini, calon tersebut membalas dengan tiada guna untuk menjual pen biru kepada orang yang tidak perlukannya, namun sebenarnya ia juga boleh terus menjual dengan memberi idea baharu supaya pen biru itu dibeli.

Pada pendapat saya, kedua-duanya tidak salah tapi disebabkan dunia yang semakin moden pen itu juga adalah satu alatan yang memang tidak rugi jika dibeli dan dipunyai, rasanya ia boleh memberi nilai tambah kepada pen biru tersebut namun bukan mengada-adakan yang tiada.

Inilah peranan penulis di alam moden dan AI ini. Terus berfikir diluar kotak dan mencipta dimensi baharu tentang kebiasaan.

Leave a comment