Resepi Cream Puff & Tips Tak Kecut

2–3 minutes
resepi cream puff dan tips

Boleh pelbagaikan inti mengikut citarasa sendiri

Selepas hari raya biasalah, di tempat kerja selalu akan buat makan-makan atau jamuan hari raya.

Setelah beberapa tahun saya asyik bawa buah-buahan saja, jadi kali ini saya teringin juga nak tunjuk bakat memasak. Hehehe

Belek punya belek resepi, tapi sebelum itu saya terfikir mahu buat puding roti caramel entah macam mana terasa teringin pula nak makan cream puff.

Anak-anak pun suka sangat makan cream puff selepas saya perkenalkan mereka dengan membeli di kedai vendor.

“Mommy sedaplah mommy, nanti mommy beli lagi tau!” kata anak dara sulong aku apabila pertama kali mencuba.

Semenjak hari itu, jika aku lapang aku akan bekalkan buah tangan cream puff pada hari Jumaat untuk di bawa pulang ke rumah.

Kadang-kadang ada juga anak dara aku tu, minta aku buatkan tapi selepas belek-belek cara pembuatannya aku teragak-agak. Hahaha

Tapi kali ini, aku cuba buat.

Alhamdulillah sedap.

Walaupun banyak kali juga aku cuba try and error, sehingga dua kali adunan kecil jugalah baru menjadi kut.

Cream puff ini jika tersalah langkah, memang dari ‘bam-bam’ kejadiannya di dalam oven akan mengecut apabila dikeluarkan dari oven. Sedih!

Disebabkan aku pelik dengan kejadian itu, aku godek lagi dan lagi tentang bagaimana menyediakan cream puff termasuk membaca komen-komen untuk mendapatkan tips.

Akhirnya aku berjumpa satu blog yang berkongsi bagaimana mahu memastikan choux pastry cream puff tidak kecut dan kekal bam-bam.

Cream puff ini sejenis pastry yang wajib ada rongga di dalam, kalau tak ada itu maknanya tak jadi weyh.

Namun, sebelum itu aku akan kongsikan dahulu bahan-bahan dan seterusnya.

Bahan-bahan Choux Pastry Creampuff :

  • 125 g butter
  • 250 ml air
  • 250 g tepung
  • 3 biji telur (Gred B)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdb gula
  • secubit garam

Cara pembuatan :

  • Didihkan air di dalam periuk atau pan anti lekat, kemudian masukkan butter yang dipotong dadu. Kacau sehingga semua sekata.
  • Masukkan pula gula dan garam, kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung gandum, kacau laju-laju. Boleh tutup api dan angkat. Jika rasa tepung belum cukup masak boleh letak semula di atas api yang kecil dan kacau lagi.
  • Seterusnya masukkan esen vanilla dan sebatikan.
  • Biarkan doh sejuk sehingga menjadi suam-suam kuku
  • Selepas doh suam-suam kuku, masukkan telur sebiji demi sebiji dan sebatikan sehingga doh menjadi kilat dan tidak melekat.
  • Paipkan doh menggunakan nozzle kesukaan anda.
  • Bakar atas api atas bawah, 200′ selama 20-30 minit mengikut kepanasan oven anda.

Tips : Sebelum membakar, renjiskan air kepada choux pastry untuk menghasilkan wap air, supaya pastry berongga. Boleh laraskan suhu dan waktu memasak juga, di mana 15 minit pertama menggunakan suhu 220′, dan 15 minit lagi menggunakan suhu 190′.

Atau boleh juga menggunakan api atas sahaja pada 7-10 minit terakhir.

Dan jangan-jangan sesekali, pantang buka oven sebelum pastry betul-betul masak tau!

Bahan-bahan filling creamy custard :

  • 80 g tepung custard
  • 400 ml air
  • 200 ml susu segar
  • 150 ml whipping cream
  • 1 sdb gula
  • 1 sdk esen vanilla
  • secubit garam

Cara pembuatan :

  • Masukkan semua bahan kecuali whipping cream. Kacau dan sebatikan dulu sebelum dimasak di atas api.
  • Pastikan filling ini sentiasa dikacau di atas api kecil.
  • Apabila adunan semakin likat masukkan whipping cream dan kacau sehingga sekata.
  • Biarkan sejuk sebelum paipkan ke dalam choux pastry.

Cara mengisi filling itu terpulang kepada kreativiti masing-masing. Saya drizzle di atasnya dengan coklat spread untuk menambah seri.

Jika ada snow powder boleh taburkan juga.

Boleh juga cuba pelbagai filling lain seperti jem strawberry, coklat hazelnut dan sebagainya terpulang kepada selera masing-masing.

Lebih sedap dimakan selepas disejukkan yer!

Selamat mencuba

Leave a comment