Resepi Mudah Untuk Memori Menjelang Hari Raya Bersama Anak-Anak
Resepi ini saya dapat dari Facebook. Mula-mula baca terkejut juga, “eh biskut ni biar betul tak guna telur, betul ke resepi ni,”.
Lama juga saya fikir dan berkira-kira mahu menggunakan resepi ini. Tapi disebabkan kebanyakan resepi menggunakan agen baking seperti emplex, dan saya pun malas hendak pergi bakery, jadi saya teruskan juga dengan tawakal.
Kebetulan pula, saya buat di waktu petang dalam bulan Ramadan, memang tak boleh rasalah hasilnya.
Hanya mengharapkan anak-anak yang mencuba. Sakit hati kita.
Yang nombor dua cakap tak manislah mommy, kemudian yang sulong pula cakap pahit lah mommy.
Memang trigger juga lah sebab ini percubaan pertama kali saya buat biskut cornflake ini.
Lama juga saya fikir dan berkira-kira mahu menggunakan resepi ini. Tapi disebabkan kebanyakan resepi menggunakan agen baking seperti emplex, dan saya pun malas hendak pergi bakery, jadi saya teruskan juga dengan tawakal.
Kebetulan pula, saya buat di waktu petang dalam bulan Ramadan, memang tak boleh rasalah hasilnya.
Hanya mengharapkan anak-anak yang mencuba. Sakit hati kita.
Jom kita enjoy dan lihat bahan-bahan dan cara pembuatan Biskut Cornflakes Tanpa Telur Pasti Ranggup ini :

Bahan-bahan :
- 250 g butter
- 100 g gula perang
- 200 g tepung gandum
- 50 g tepung jagung
- 50 g ceri yang dicincang halus (optional)
- 1 sdt esen vanilla
- 300 g cornflake (diramas kasar)
- Cornflakes secukupnya untuk salutan terakhir
Cara-caranya :
- Satukan gula perang dan butter yang dibiarkan pada suhu bilik, kacau sebati (boleh guna senduk biasa saja)
- Masukkan esen vanilla, kacau sebati
- Masukkan tepung jagung dan gandum yang telah diayak, dan kacau sebati
- Masukkan ceri dan cornflake, dan kacau rata
- Paipkan adunan tadi megikut saiz yang dikehendaki di dalam bekas berisi cornflake yang diramas kasar
- Bakar pada suhu 180-200′, api atas bawah, selama 15 hingga 20 minit mengikut tahap kepanasan oven masing-masing
- Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
Mudah bukan? Seronok kalau boleh buat bersama-sama anak-anak supaya mereka ada memori ketika di hari raya nanti.

Leave a comment