Tekanan emosi boleh dimanfaatkan untuk lebih kreatif
Bagi seorang penulis ‘writer block’ sering menjadi gangguan utama dalam menghasilkan karya.
Writer block ini pasti dirasai oleh semua penulis, tidak kira yang sudah banyak pengalaman, yang banyak idea atau yang baru-baru mahu menjadi penulis.
Ini masalah global penulis. Hahaha.

Disebakan itu, saya sentiasa cari cara bagaimana untuk selesaikannya. Ramai yang memberi pelbagai cadangan dan boleh dikatakan semuanya berkesan seperti :
- membaca buku
- berjalan-jalan
- menonton tv
- bersukan
- makan
Dan banyak lagi, di mana penulis memilih untuk melakukan aktiviti lain supaya idea-idea kembali menjelma untuk terus berkarya sehingga siap.
Malah, ramai juga yang sentiasa tinggal separuh jalan kerana masih tidak mempunyai ‘kekuatan’ untuk menyiapkannya.
Disebabkan itu juga, banyak manuskrip dan karya-karya terbiar tanpa sambungan, termasuklah saya.
Selain itu, penulis juga sering menghadapi masalah untuk fokus dan sukar menghasilkan karya baru.
Ini disebabkan kerana penulis sudah menjadi tepu dengan pengulangan idea kerana kerap kali melakukan rutin yang sama, sehingga beranggapan ia mudah dan tidak perlu membuat ‘homework’ lagi.
Zon Selesa Menghalang Kreativiti Penulis
Apabila penulis berada dalam keadaan ‘zon selesa’ ini, banyak karya tidak menjadi dan kualiti semakin berkurang.
Ini bukan sifat penulis yang baik, apabila sentiasa duduk dalam zon selesa dan tidak mahu lagi membuat homework termasuk studi perkara baharu, mencari maklumat baru, bereksperimen dan berfikir.
Menjadi penulis yang berkebolehan dan profesional bukan sekadar menulis tetapi memerlukan ‘tugasan sampingan’ wajib lain untuk memastikan karya yang dihasilkan sentiasa berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran.
Tugasan Sampingan Penulis yang Wajib
Apakah tugasan sampingan yang wajib itu?
Nama sahaja tugas sampingan tetapi sebenarnya ia adalah tugasan wajib dilakukan penulis untuk memastikan karya berkualiti.
- Membaca
- Menulis
- Berfikir
- Bereksperimen
- Bersoal jawab
- Ingin tahu
- Mendapatkan maklumat
- Berdiskusi
- Mendengar
- Berehat dan mengamati
Sebenarnya ini adalah rutin penulis yang perlu amalkan tanpa tertinggal setiap hari.
Menulis adalah idea, untuk mendapatkan idea kita perlu melakukan semua rutin itu.
Bagaimanapun, satu lagi faktor yang boleh memberi pengaruh kepada karya seseorang penulis adalah mainan emosi atau tekanan emosi.
Penulis yang sentiasa mempunyai emosi lebih cenderung untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti, unik dan mendalam.
Contohnya, saya pernah terfikir bagaimana saya boleh menulis ketika berada dalam pelbagai tekanan emosi.
Malah hasil yang dihasilkan juga berbeza mengikut emosi yang dirasai ketika itu.
Ramai pengkarya tersohor juga memanfaatkan tekanan emosi ini untuk menghasilkan masterpiece yang berjaya.
Jika kita tengok penulis terkenal karya novel fiksyen seperti J.K Rowling banyak menggunakan tekanan emosi yang dihadapinya untuk menulis.
Di mana tekanan emosi yang dihadapinya mampu mencetuskan imaginasi yang kreatif dalam menghasilkan novel Harry Potter.
Antara penulis terkenal lain yang memanfaatkan tekanan emosi ialah :
Ernest Hemingway – Trauma perang dan pengalaman hidup yang penuh cabaran mencetuskan novel seperti A Farewell to Arms dan For Whom the Bell Tolls.
📖 Virginia Woolf – Berdepan dengan tekanan mental yang mendalam, menghasilkan karya berkonsepkan stream of consciousness seperti Mrs. Dalloway.
- Franz Kafka – Perasaan terasing dan tekanan keluarga melahirkan karya seperti The Metamorphosis.
- Sylvia Plath – Pengalaman kemurungan diterjemahkan dalam novel The Bell Jar dan puisi-puisinya yang penuh emosi.
- Fyodor Dostoevsky – Tekanan kewangan dan trauma hampir dihukum mati membentuk karya seperti Crime and Punishment.
Selain itu, jika kita ambil contoh penulis lirik atau skrip di Malaysia juga, mereka mengakui memerlukan emosi untuk menghasilkan karya seni mereka.
Tekanan Emosi Positif atau Negatif?
Justeru, tidak mustahillah kebanyakan daripada penulis mempunyai tekanan emosi tertentu dan sekiranya berjaya dimanfaatkan dengan tepat, ia boleh menghasilkan karya yang baik.
Jika anda pun sering mengalami tekanan emosi, rasanya itu memang sifat semulajadi seorang penulis yang dihadiahkan kepada kita supaya mampu berkarya dengan baik. Hahaha.
Tekanan emosi ini tidak bermaksud negatif sahaja, tetapi ia juga boleh menjadi positif seperti :
- Tekanan Positif (Eustress) – Tekanan yang memotivasikan kita, seperti rasa teruja sebelum menyampaikan ucapan, mendirikan rumah tangga, atau mendapat peluang baru dalam kerjaya. Ini adalah tekanan yang boleh meningkatkan prestasi dan kepuasan.
- Tekanan daripada Kejayaan – Kadang-kadang, walaupun kita berjaya mencapai sesuatu yang besar, ia masih boleh membawa tekanan kerana kita mahu mengekalkan kejayaan itu. Namun, tekanan ini boleh datang bersama perasaan gembira dan puas.
- Tekanan dalam Situasi Emosi yang Kuat – Ada juga situasi di mana seseorang mengalami tekanan emosi yang tinggi, tetapi dalam bentuk kegembiraan yang melimpah, seperti menyambut kelahiran anak atau mencapai impian yang telah lama diusahakan.
Begitupun, tekanan emosi yang negatif juga memberi kelbihan kepada penulis. Senang cakap, semoga tekanan emosi adalah ‘hadiah’ buat penulis untuk berkarya.
Tekanan Emosi adalah “Hadiah” buat Penulis
Jika anda sering mengalami tekanan emosi, jangan anggap ia sebagai sesuatu yang buruk. Sebenarnya, ia adalah satu anugerah yang boleh membantu anda berkarya dengan lebih baik.
Gunakan tekanan itu sebagai bahan bakar untuk menulis sesuatu yang bermakna dan menyentuh jiwa pembaca. Setiap emosi yang dirasai—sama ada gembira, sedih, kecewa, atau teruja—boleh diterjemahkan ke dalam tulisan yang memberi impak kepada dunia.
Semoga tekanan emosi ini adalah “hadiah” yang membantu kita semua menjadi penulis yang lebih baik! Hahaha.

Leave a comment