Ketahui keperluan dan kehendak copywriting anda untuk dapatkan hasil tepat

Di hadapan kita hari ini sebagai penulis, dihidangkan dengan pelbagai kemudahan teknologi dan paling terbaharu adalah AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan sebagainya.

Tekan sahaja papan kekunci pada aplikasi itu, semua persoalan kita terjawab dengan pelbagai gaya yang dikehendaki.

Malah, kecanggihan teknologi mampu membantu dan memandu kita untuk membina serta membentuk sesuatu yang baharu termasuklah copwyriting.

Begitupun, sekiranya kita sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari, apa yang dimahukan, AI secara tidak langsung akan mengawal anda!

Haaa betulkan? Pernah berada dalam situasi itu kan?

Bahaya tak? Hahaha

Justeru sebagai penulis kreatif untuk mendapatkan apa yang dimahukan daripada AI ini kita perlu tahu strategi menggunakannya.

Strategi Prompt Untuk Copywriting Padu

Mungkin anda pernah masuk kelas prompt untuk ‘menjinakkan’ AI seperti chatGPT yang akan selalu digunakan oleh seorang penulis seperti kita.

Saya juga antara yang menggunakan ChatGPT dengan kerap – namun saya tidak mahu menggunakan perkataan bergantung kepada chatGPT kerana masih ada sumber lain yang boleh dirujuk.

Namun sepanjang saya menggunakan ChatGPT, jika kita tidak tahu apa yang diingini – mesin kecerdasan buatan ini akan membantu kita.

Bagaimanapun, saya semakin keliru kerana ‘disumbat’ dengan pelbagai informasi yang ‘diputar belit’ setiap kali soalan diajukan.

Walaupun soalan itu adalah sama.

Justeru bagi mengelakkan kita terus ‘dipermainkan’ AI ini, penulis perlu mempunyai pengetahuan asas tentang copywriting contohnya.

20 idea prompt yang digunakan untuk menghasilkan copywriting :

  1. Minta chatGPT berikan prompt yang sesuai untuk membangunkan copywriting
  2. Minta chatGPT senaraikan elemen penting dalam copywriting
  3. Minta chatGPT hook copwyriting
  4. Minta chatGPT sesuaikan copwriting
  5. Minta ChatGPT memberikan call-to-action (CTA) yang berkesan
  6. Minta ChatGPT menghasilkan copywriting berdasarkan elemen storytelling
  7. Minta ChatGPT menulis copywriting dengan pendekatan psikologi penjualan
  8. Minta ChatGPT untuk mencipta ayat yang mendorong pembelian impulsif
  9. Minta ChatGPT menghasilkan copywriting yang menonjolkan keunikan produk
  10. Minta ChatGPT untuk mencipta copy dengan fokus pada nilai emosi
  11. Minta ChatGPT menghasilkan copy untuk promosi atau tawaran istimewa
  12. Minta ChatGPT mencipta copy untuk email marketing
  13. Minta ChatGPT menulis copy untuk pengumuman produk baru
  14. Minta ChatGPT menghasilkan copy dengan elemen humor
  15. Minta ChatGPT mencipta copy yang mendorong pembaca untuk membuat keputusan cepat
  16. Minta ChatGPT menghasilkan copy dengan pendekatan masalah dan penyelesaian
  17. Minta ChatGPT menulis copy yang sesuai untuk penjenamaan (branding)
  18. Minta ChatGPT menghasilkan copy yang memberi tumpuan kepada hasil (results-driven)
  19. Minta ChatGPT menghasilkan copy dengan penggunaan metafora atau analogi
  20. Minta ChatGPT untuk menulis copy dengan elemen ‘Fear of Missing Out’ (FOMO)

Bagaimanapun, anda boleh sesuaikan dengan objektif copywriting anda dengan menyemak beberapa elemen copywriting berdasarkan tujuannya.

Saya harap kita sebagai penulis menggunakan kemahiran, kelebihan dan idea dengan sebaiknya tanpa bergantung sepenuhnya kepada AI.

Teruslah menjadi penulis yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu yang tepat untuk berkarya melalui :

  • journal
  • buku rujukan
  • sarjana
  • seminar
  • perbincangan
  • kelas
  • eksperimen
  • guru bertauliah

Mungkin ada lagi sumber sahih yang boleh kita rujuk, tanpa bergantung kepada jawapan AI atau ChatGPT sepenuhnya.

Leave a comment