Strategi memerlukan daya pemikiran yang ‘smart’ dan usaha berterusan
Beberapa tahun sudah, saya telah diupah untuk menyertai satu syarikat konsultan pemasaran. Ini juga adalah kerja sambilan yang saya lakukan.
Syarikat ini menyediakan berbagai servis pemasaran dari melaksanakan kempen pemasaran di media sosial, media arus perdana sehingga material kreatif serta rasmi untuk pelbagai latar belakang pelanggan.

Saya bertuah kerana diajak untuk sertai tim tersebut sebagai content strategist dan rasmi.
Di sini saya memainkan peranan menyediakan copywriting berstrategi, skrip iklan untuk sosial media, proposal, emel, dan kenyataan media.
Syarikat ini membayar saya mengikut task yang diberikan dan upahnya agak lumayan – sesuailah dengan pasaran semasa.
Dipendekkan cerita, berada bersama tim konsultan pemasaran ini suasananya sangat bertenaga, dan bergerak sangat pantas.
Setiap hari pastinya perlukan idea baharu yang lebih trendy dan mencapai objektif iaitu meningkatkan engagement.
Di sini kebanyakan klien mereka adalah yang mahukan bantuan memperkukuhkan jenama dengan melaksanakan kempen-kempen brand awareness.
Sesekali ada juga yang mahukan kempen berobjektif jualan atau direct selling.
Bagi kempen brand awareness, saya banyak mengambil masa memikirkan strategi untuk ‘memecah tradisi’ pengguna atau market sedia ada di dalam negara.
Tunggang terbalik jugalah kepala mahu mengerah otak supaya dapat menghasilkan idea yang menarik dan berstrategi.
Walaupun menghasilkan kandungan dalam bentuk video berdurasi 30 saat hingga 120 saat paling maksima untuk iklan komersial.
Namun untuk melaksanakannya sangat mencabar kerana memerlukan masa untuk menyusun strategi.
Apakah strategi yang saya gunakan untuk menghasilkan kandungan kreatif ini?
Bagaimanakah caranya mendapat idea?
Soalan-soalan ini akan saya jawab dan terangkan pada posting kali ini. Ini semua hanya dari pengalaman saya melaksanakannya sahaja.
Mungkin cara antara penulis kandungan atau content strategist adalah berbeza mengikut pengalaman, kebijaksanaan dan situasi kerja mereka.
Strategi menghasilkan kandungan kreatif yang berimpak
Menulis ini bukan sahaja memikirkan nahu bahasa tetapi juga strategi memastikan penulisan tersebut memberi hasil paling maksima dengan kehendak dan objektif pelanggan.
Oleh itu, ini adalah 10 tips penting untuk membangynjan kandungan kreatif supaya lebih berstrategi:
- Membuat kajian, carian dan studi
- Membuat eksperimen
- Mengolah dan mengedit
- Menganalisis data
- Menentukan persona audien
- Membina naratif yang baik
- Menggunakan visual dan multimedia
- Mengoptimakan kandungan SEO
- Dapatkan lebih engagement
- Ukur keberkesanan dan sesuaikan strategi
1. Membuat kajian, carian dan studi
Sebelum memulakan penulisan, saya akan melakukan kajian mendalam untuk memahami audiens dan industri yang disasarkan.
Ini termasuk meneliti trend semasa, kandungan yang sedang popular, dan keperluan spesifik pelanggan.
Dengan pemahaman ini, barulah saya dapat menulis dengan lebih tepat dan relevan.
2. Membuat eksperimen
Mungkin penulis lain jimatkan masa dengan tidak melakukan eksperimen kendiri kerana pengalaman, tetapi saya mahukan hasil yang berimpak jadi akan menguji dengan melakukan eksperimen.
Misalnya, saya akan hantar emel kepada beberapa sahabat secara diam-diam dan meminta maklum balas mereka.
Dari maklum balas mereka, saya tahu bagaimana dan sejauhmana emel marketing itu berkesan.
Bahagian mana yang perlu ditambah baik terutama bahagian hook atau lead akan diberi penekanan.
3. Mengolah dan mengedit
Proses pengolahan adalah penting untuk memastikan kandungan tersebut jelas, padat, dan mudah difahami.
Saya akan mengedit teks supaya ia lebih tajam dan berfokus kepada matlamat.
Dalam proses ini, setiap perkataan dan ayat akan dipertimbangkan semula supaya tiada elemen yang mengganggu atau menyimpang dari objektif utama.
4. Menganalisis data
Setelah kandungan diterbitkan, saya akan menganalisis prestasi melalui data seperti kadar klik, penglibatan, dan maklum balas audiens – engagement.
Data ini memberi petunjuk tentang apa yang berjaya dan apa yang perlu saya tambah baik.
Analisis berterusan membantu saya menyempurnakan strategi dan memastikan hasil yang lebih berkesan pada masa hadapan.
5. Tentukan persona audiens
Seperti bahan utama dalam copywriting iaitu menentukan target audien atau persona audien.
Justeru saya mesti perlu memahami siapa audiens sasaran kerana ini adalah kunci utama dalam mencipta kandungan yang relevan dan berkesan.
Saya akan membangunkan persona audiens yang terperinci untuk membantu dalam menyesuaikan nada, gaya bahasa, dan topik yang dibincangkan agar lebih sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.
6. Bangunkan naratif menarik
Kandungan yang berimpak bukan sekadar memberikan maklumat, tetapi juga mempunyai cerita atau naratif yang menarik.
Saya akan membina cerita yang memberi nilai tambah dan mudah diingati, sambil tetap memastikan bahawa mesej utama tetap jelas. Storytelling adalah kaedah terbaik.
Ini membantu mewujudkan hubungan yang lebih kuat dengan audiens.
7. Menggunakan visual dan multimedia
Mahu kandungan berimpak, inilah dia gabungan multimedia dan visual. Saya pernah belajar tentang multimedia ketika menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana atau orang kita panggil master.
Justeru, mahu tulisan berimpak mestilah memastikan ada elemen ini sebagai sokongan iaitu elemen visual seperti gambar, grafik, dan video.
Sudah tentulah setiap kandungan yang saya hasilkan akan saya sertakan bahan multimedia yang relevan untuk meningkatkan daya penarik kandungan, memudahkan pemahaman, dan memberi pengalaman yang lebih interaktif kepada audiens.
8. Mengoptimakan kandungan SEO
Dalam era digital, pengoptimuman enjin carian (SEO) adalah penting untuk memastikan kandungan dapat ditemukan oleh audiens yang lebih luas.
Saya akan meneliti kata kunci yang tepat dan menggunakan strategi SEO yang berkesan untuk meningkatkan kebolehlihatan (visibiliti) kandungan di platform dalam talian.
9. Galakkan engagement
Kandungan yang berimpak bukan sahaja memberi maklumat tetapi juga menggalakkan interaksi daripada audiens.
Saya akan menambah elemen yang mendorong audiens untuk memberi maklum balas, bertanya soalan, atau berkongsi pendapat mereka.
Ini meningkatkan penglibatan dan memperluas jangkauan kandungan. Namun hasil untuk mendapatkan engagement ini bergantung kepada kekerapan posting juga.
Malah hari ini, engagement di media sosial tida lagi boleh diukur melalui tanda suka, komen dan kongsi sahaja sebaliknya perlu juga melihat jangkauan posting tersebut.
Penulis atau orang baharu dalam bidang ini jangan banyak komen jika anda sendiri tidak tahu membaca dan menganalisis data.
Semak! syuhhh.
10. Ukur keberkesanan dan sesuaikan strategi
Setelah kandungan dilancarkan, saya akan sentiasa memantau hasilnya dan menilai apakah ia mencapai tujuan yang ditetapkan dan dikehendaki pelanggan.
Berdasarkan data yang diperoleh, saya akan menyesuaikan strategi penulisan untuk meningkatkan prestasi masa depan, sama ada dari segi gaya, struktur, atau platform yang digunakan.
Malah saya juga akan membantu tim grafik untuk menyusun atur bahan sokongan iaitu elemen visual dan multimedia seperti poster mereka.
Perghhh, banyak juga kan kerja saya walaupun sekadar penulis kandungan. Tetapi sebenarnya penulis kandungan seperti saya perlu berfikiran luas dan jauh kehadapan atau berstrategi.
Penulis Berstrategi Menerima Anugerah Bukan Bergantung Kepada Teknologi
Setiap penulisan berstrategi memerlukan sedikit masa, sungguhpun dibantu dengan teknologi terkini seperti AI.
Namun, anda tahu tak jika anda tiada pengalaman dan pengetahuan serta idea, sudah tentu AI juga tidak berguna.
Saya percaya idea yang terhasil adalah ilham dan wisdom yang diberikan Tuhan kepada seseorang khususnya penulis dan orang-orang kreatif seperti kita. Seharusnya kita tidak boleh memperlekehkan idea yang dilontarkan oleh individu yang berada dalam dunia kreatif seperti kita, penulis.
Sungguhpun kita merasakan idea tersebut tidak sesuai atau tidak kena dengan pemikiran kita ketika itu, percayalah jika ada seseorang sedang memberikan idea ia adalah satu pandangan jauh yang boleh digunakan suatu masa kelak ditambah ilham yang datang dari Tuhan.
Sedih, jika idea itu hanya dipandang sepi malah ada yang tidak boleh menerimanya, namun beberapa ketika mereka pula menggunakannya tanpa acknowledge pemberi idea sebelumnya.
Sebagai penulis kandungan, kita sentiasa mempunyai idea yang berfikiran jauh kadangkala sukar diterima orang sekeliling.
Namun sebenarnya, ia adalah idea menarik jika orang sekeliling berani memecahkan tradisi dan style mereka bukan dengan hanya mengikut trend.
Dengan idea baharu boleh menjadikan kempen marketing contohnya sebagai tren setter bukan lagi follower.
Dalam menulis dan menghasilkan kandungan kreatif saya sentiasa berfikir berbagai hala supaya, kandungan itu mampu disampaikan dengan menarik. Malah mesej yang disampaikan dengan cara lebih kreatif.
Kini, masanya untuk kita sebagai penulis terus menambahkan skil bagi memenuhi kehendak industri sebagai seorang penulis kandungan kreatif yang diburu pelanggan.
Bagi saya, penulis kandungan kreatif ini perlu cakna dengan kemudahan teknologi multimedia iaitu melibatkan penggunaan kamera, penyuntingan, pengambaran bukan hanya sekadar menekan papan kekunci.
Begitupun, semua skil ini sebenarnya sudah saya kuasai ketika bekerja sebagai seorang journalist hampir 10 tahun. Namun, disebabkan kepesatan teknologi, saya juga perlu tingkatkan kemahiran dengan keadaan semasa.
Teknologi dalam industri ini tidak membuat saya kekok, malah teruja untuk menambah pengetahuan dan juga kemahiran.
Justeru, anda yang ingin mendapatkan bantuan penulis kandungan pilihlah mereka yang sentiasa mahu melengkapkan diri dengan keperluan teknologi semasa iaitu multimedia – multi tasking dan talented.
Dapatkan Khidmat Content Strategist Anda Sekarang di Sini


Leave a comment