Kelebihan Minimakan UX di Landing Page

3–5 minutes

Jangan biarkan pengguna bekerja keras di landing page anda

Kenapa UX atau pengalaman pengguna yang minima di langding page dapat membantu meningkatkan jualan?

Bagaimana cara melaksanakan dan apakah strateginya?

Mesti anda pernah tertanya-tanya soalan-soalan begini kan?

Sebenarnya seperti yang saya kongsikan baru-baru ini terdapat 9 sebab landing page di bina klik sini untuk baca.

Antaranya adalah untuk memastikan pengguna membuat tindakan dengan segera tanpa ada gangguan lain seperti membuat perbandingan harga, mempunyai banyak masa untuk berfikir dan sebagainya.

Justeru, landing page yang dibangunkan haruslah mempunyai strategi tertentu supaya UX dapat diminimakan.

Hari ini, landing page banyak menggunakan info grafik kerana maklumat dapat disampaikan dalam bentuk visual yang lebih berwarna warni.

Visual ini juga pendorong untuk menarik perhatian pengguna membuat keputusan dan mempengaruhi tindakan mereka.

Terdapat 7 elemen utama pembangunan landing page yang menghapuskan gangguan pengguna untuk membuat tindakan cepat :

  1. Tajuk yang jelas dan menarik – pastikan tajuk ringkas, terus kepada manfaat utama, dan menyentuh emosi pengguna.
  2. CTA yang menonjol – CTA mestilah jelas, singkat, dan berkontras tinggi (butang warna terang, mudah dilihat)
  3. Maklumat yang ringkas dan padat – kurangkan teks panjang—fokus kepada point form atau ayat pendek, gunakan ikon atau gambar untuk menerangkan mesej dengan lebih cepat. Hanya sertakan info yang betul-betul penting (masalah, solusi, CTA).
  4. Bukti sosial (testimoni) dan keyakinantestimoni pengguna atau jumlah penyumbang yang telah membantu. Logo, sijil, atau endorsement dari pihak berautoriti. Jaminan keselamatan transaksi jika ada pembayaran online.
  5. Urgency dan FOMO (fear of missing out)letakkan elemen “terhad” atau “segera” untuk mendesak pengguna bertindak.
  6. Reka bentuk bersih dan mudah – hindari elemen mengganggu (terlalu banyak warna, teks, pop-up). Gunakan ruang kosong (white space) untuk fokuskan mata ke CTA. Susun elemen dalam bentuk hierarki supaya pengguna mudah ikut aliran.
  7. Penggunaan klip video pendek atau gambar beremosi, info grafik – video pendek (30-60 saat) yang menjelaskan impak sumbangan. Gambar real-life yang menunjukkan keperluan sebenar

Justeru, dalam penghasilan landing page kita tidak boleh sebenarnya membuatkan pengguna berkerja kuat sehingga boleh menghilangkan minat mereka, dan diganggu.

Disebabkan itu juga, landing page yang dibina disarankan hanya melibatkan 3 kali scroll sahaja iaitu bersamaan (~600 – 1200px per scroll) supaya pengguna tak perlu scroll terlalu jauh untuk sampai ke CTA.

Susun atur scroll (permukaan halaman) terbaik :

1. 1st scroll (Above the fold – tanpa perlu scroll)

  • Tajuk utama yang kuat
  • Subheadline ringkas
  • CTA butang utama
  • Gambar/video impak

2. 2nd scroll

  • Testimoni / bukti sosial
  • Penerangan ringkas (Mengapa? Kenapa?)

3. 3rd scroll

  • Urgency & FOMO (Countdown, jumlah belian terkini, sasaran yang hampir dicapai)
  • CTA terakhir (ulang butang pembelian dll)

Selain itu, teks yang digunakan juga tidak boleh terlalu panjang, hanya antara 300 hingga 500 patah perkataan sahaja.

Namun, ia sebenarnya bergantung kepada jenis landing page yang ingin dibangunkan juga.

Terdapat 7 fungsi landing page yang boleh disesuaikan dengan objektif kita :

1. Lead Generation Page bertujuan untuk mengumpul data, maklumat emel, nombor telefon dan sebagainya.

Ciri-cirinya adalah seperti :

  • Borang pendaftaran (nama, e-mel, nombor telefon).
  • Teks ringkas, jelas, dan fokus pada tawaran (contoh: e-book, webinar, kupon).
  • CTA yang menonjol seperti “Daftar Sekarang” atau “Dapatkan Percuma”.

Format page ini sesuai untuk pendaftaran webinar atau kursus.

2. Click-Through Landing Page (Pandu Ke Halaman Lanjutan) bertujuan memandu pengguna ke halaman lain sebelum membeli atau mendaftar.

Ciri-ciri :

  • Fokus pada kelebihan produk/servis.
  • Gambar/video demo yang menarik.
  • CTA yang jelas seperti “Teruskan ke Checkout” atau “Lihat Tawaran”.

Format page ini sesuai untuk laman pre-order sebelum ke e-commerce

3. Sales Landing Page (Jualan Terus) bertujuan menggalakkan pembelian secara langsung.

Ciri-ciri :

  • Headline kuat dan penekanan pada manfaat produk.
  • Bukti sosial (testimoni, rating, logo jenama).
  • CTA seperti “Beli Sekarang” atau “Dapatkan Dengan Harga Promosi”.
  • Countdown timer atau tawaran terhad untuk tingkatkan urgency.

Format page ini sesuai untuk jualan produk digital atau fizikal secara one-page checkout. Atau boleh juga untuk tawaran khas untuk waktu terhad (limited-time offer).

4. Squeeze Page (Memaksa Keputusan Cepat) bertujuan memaksa pengguna memilih antara opt-in atau keluar tanpa gangguan lain.

Ciri-ciri :

  • Tiada navigasi atau butang lain kecuali CTA utama.
  • CTA jelas seperti “Ya, Saya Mahu” atau “Tidak, Saya Lepaskan Tawaran Ini”.

Format page ini sesuai untuk pop-up dengan diskaun khas jika pengguna hampir meninggalkan laman. Atau boleh dijadikan halaman opt-in untuk pendaftaran dengan hanya satu pilihan utama.

5. Event Landing Page (Pendaftaran Acara) bertujuan menarik peserta ke acara tertentu.

Ciri – ciri :

  • Butiran acara (tarikh, lokasi, penceramah, jadual).
  • Borang pendaftaran mudah.
  • CTA seperti “Daftar Sekarang” atau “Sertai Acara Ini”.

Format page ini sesuai untuk laman pendaftaran seminar, bengkel, atau persidangan. Boleh juga untuk halaman RSVP untuk acara tertutup.

6. Donation Landing Page (Sumbangan) bertujuan menggalakkan orang ramai menyumbang dengan mudah.

Ciri – ciri :

  • Headline yang menyentuh emosi.
  • Gambar/video yang menggambarkan keperluan sebenar.
  • CTA jelas seperti “Infaq Sekarang” atau “Sumbang Untuk Pahala Berterusan”.
  • Kaedah pembayaran mudah (QR code, online banking, e-wallet).

Format page ini sesuai untuk crowdfunding untuk bantuan bencana atau komuniti.

Oleh itu, sebagai penulis kandungan atau penulis upahan, kita perlu memastikan objektif pelanggan sebelum membangunkan landing page mengikut fungsinya dengan berkesan.

Leave a comment