Pelbagai pilihan format dan strategi untuk menulis bagaimanapun 5W1H tetap menjadi kunci utama

Landing page adalah satu medium untuk mengarahkan pelanggan mengambil tindakan sama ada membeli, memuat turun, dan sebagainya.
Selain itu, terdapat 9 sebab mengapa landing page dibina?
- Tingkatkan conversation atau tindakan pelanggan
- Kumpulkan data pengguna
- Promosi produk atau servis
- Brand awareness
- Tingkatkan engagement
- Sokongan kempen pemasaran dari media sosial
- Meningkat seo dan trafik organik
- Uji strategi pemasaran yang dilaksanakan
- Minimakan pengalaman pelanggan sebaliknya mempercepatkan tindakan
Seperti yang kita tahu, landing page ini memerlukan pembangunan copywriting yang berstrategi mengikut keperluan.
Malah, pelbagai format telah dikongsi untuk memudahkan proses menghasilkan copywriting untuk landing page tersebut.
Antaranya :
- A.I.D.A – Attention, Interest, Desire, Action
- P.A.S – Problem, Agitate, Solution
- Before-After-Bridge
- 4U – Useful, Urgent, Unique, Ultra-Specific
1. A.I.D.A
- Attention (Perhatian) – Menarik perhatian dengan tajuk yang kuat.
- Interest (Minat) – Membangkitkan minat dengan fakta, masalah, atau keunikan produk.
- Desire (Keinginan) – Menunjukkan manfaat produk atau perkhidmatan untuk mencipta keinginan.
- Action (Tindakan) – Menggalakkan tindakan seperti membeli, mendaftar, atau menghubungi.
Contoh :
A – “Nak jana pendapatan pasif dari rumah? “
I – Hanya guna telefon & internet
D – Tak perlu pengalaman
A – Klik sini untuk mula sekarang!
2. P.A.S
- Problem (Masalah) – Kenal pasti masalah yang dihadapi audiens.
- Agitate (Menggoncang) – Perincikan kesan negatif masalah tersebut.
- Solution (Penyelesaian) – Tawarkan penyelesaian dengan produk atau perkhidmatan.
Contoh:
P – Penat buat iklan tapi tak ada sales?
A – Duit habis tapi pelanggan tak beli?
S – Dengan strategi Alg Agency, iklan anda lebih efektif dan sales meningkat!
3. Before-After-Bridge
- Before (Sebelum) – Gambarkan keadaan sebelum guna produk/servis.
- After (Selepas) – Bayangkan perubahan positif selepas guna produk.
- Bridge (Jambatan) – Terangkan bagaimana produk boleh mencapai perubahan ini.
Contoh:
Sebelum: Susah nak cari pelanggan online?
Selepas: Pelanggan mula mencari anda tanpa perlu iklan mahal!
Caranya? Gunakan teknik SEO Alg Agency!
Format ini sangat membantu dan memberi arah panduan kepada penulis untuk memastikan karya mereka mencapai objektif.
Namun yang menjadi cabaran kepada penulis adalah bagaimana memilih format yang sesuai dengan keperluan penulisan mereka ketika itu.
Tips Memilih Format Tepat Untuk Copywriting Anda
Saya jarang sekali menggunakan format-format ini, sebaliknya dalam penulis copywriting landing page lebih memastikan beberapa elemen 5w1h digunakan dengan tepat.
Elemen ini sebenarnya digunakan dalam penulisan berita, kerana mampu menjawab segala persoalanan dan merungkai segala kekeliruan.
Di mana setiap copywriting landing page menjadi sangat berinfomatif dan mencapai objektif corong jualan tersebut.
Apakah yang perlu ada dalam copywriting landing page?
Sebenarnya saya sudah lama juga studi apa sebenarnya yang perlu ada dalam copywriting landingpage ini jika tidak menggunakan format universal tersebut.
- Masa, waktu
- Tempat
- Produk/servis/siapa
- Target audien
- Kelebihan/manfaat
- CTA
Contoh :
Krim tangan Bodyshop bervariasi oren semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang sentiasa menghadapi masalah kulit cepat kering terutama di bahagian tangan dan celahan pelipat.
Setakat ini sebanyak 30, 000 tiub telah terjual dalam tempoh dua hari sahaja selepas peluncurannya.
Hal ini disebabkan, manfaat daripada ramuan utama iaitu oren telah terbukti keberkesanannya sejak berkurun lamanya, dan wanita Asia telah menggunakannya sebagai cara menjaga kecantikan yang bercuaca panas sepanjang tahun.
Produk ini telah dijual di semua drugstore seluruh Malaysia, dengan harga promosi RM35 setiap satu.
Dapatkan sekarang!
Menarik tak copywriting ini? Semua maklumat yang diperlukan lengkap kan? Tidak perlu berteka teki.
Inilah tujuannya landingpage dibuat. Selain dijadikan corong jualan atau kedai digital, tetapi ia juga sebenarnya adalah tempat di mana pelanggan boleh mendapatkan segala maklumat dan menjawab teka teki mereka di sini.
Gaya penulisan copy landingpage ini boleh disesuaikan mengikut :
- produk
- objektif/kempen
- target audien
- 9 tujuan pembangunan landing page seperti di atas
Ada juga yang mahukan penulisan copy lebih ringkas dan padat, di mana ia boleh dijadikan info grafik yang lebih ringkas dan berwarna warni dengan grafiknya.
Dalam hal ini, penulis akan memilih perkataan paling minima namun landing page tersebut masih difahami pembaca.
Di mana, penulis haruslah tahu ‘flow’, kisah penceritaan atau storytelling yang disokong dengan grafik.
Namun ada sesetengah copywriting masih memerlukan penulisan yang ‘storytelling’ dan disokong dengan beberapa imej yang sesuai seperti :
- testimonial
- peluncuran produk
Gaya penulisannya banyak menggunakan fakta namun masih mempunyai storytelling bagi memastikan audien merasa dekat dan terkesan.
Bagi saya, apabila menerima tugasan klien yang mahukan pembinaan landing page dengan pakej copywriting, saya akan meneliti objektif mereka.

Selain itu, saya juga menggunakan formula copywriting untuk memastikan keberkesanannya seperti :
- Storytelling → Mencipta hubungan emosi.
- Testimoni & Social Proof → Menambah kepercayaan pelanggan.
- Before-After & Video Review → Menunjukkan bukti keberkesanan.
- Urgency & CTA yang Kuat → Memaksa tindakan segera.
- USP & Keunikan Produk → Membezakan dari pesaing.
- Jaminan & Polisi Pemulangan → Menghilangkan kebimbangan pelanggan.
Hal ini kerana, kebanyakan landing page digunakan sebagai corong jualan. Disebabkan itu saya akan membuat sedikit kajian dan studi untuk menyesuaikan jenis dan gaya copywriting yang sesuai.
Ada yang saya menggunakan gaya peluncuran produk, kerana produk mereka adalah yang terbaru dalam pasaran.
Penerangan produk tersebut perlu diceritakan dengan lanjut. Saya suntikkan juga dengan strategi copywriting menggunakan elemen urgency, unik, emosi, dan perbandingan.
Saya rasa elemen ini sudah cukup untuk menjawab persoalanan 5w1h yang saya perjuangkan itu.
Biarlah sebanyak mana pun format menulis ini datang, paling penting 5w1h yang saya pegang ini.
Akan dikemaskini kemudian… hahaha

Leave a comment