Resepi Kek Keledek Mudah

1–2 minutes

Inovasi kek berasaskan keledek untuk hidangan minum petang

Baru-baru ini saya ke Cameron Highlands seperti dalam posting sebelum ini. Pastinya ubi keledek manis tanah tinggi itu menjadi antara item wajib bawa pulang.

Saya membeli keledek bewarna kuning itu berharga, RM10 dan saya tidak ingat berapa kilogram sebenarnya.

Selepas bebepa hari tidak disentuh, saya nekad untuk hasilkan sesuatu dari keledek itu.

Macam buat inovasi baharu lah dalam masakan atau resepi memasak keledek.

Pada mulanya saya mahu menjadikan cucur cek mek molek, seperti kuih terkenal di negeri Kelantan dan sangat popular dijadikan juadah pencuci mulut pada bulan Ramadan.

Namun, disebabkan beberapa faktor dan mood membakar masih berkobar – saya terus mencari resepi di merata-merata di dalam internet.

Akhirnya saya mendapat idea untuk menginovasikan resepi kek pisang kepada kek keledek.

Sedap juga apabila dimakan bersama teh o panas dan disaluti coklat.

Bahan-bahan Inovasi Kek Keledek Mudah :

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sdt soda bikarbonat

Bahan B

  • 2 biji telur (gred A/B)
  • 1 1/2 cawan gula pasir (saya guna gula perang)
  • 1 cawan minyak masak

Bahan C

Bahan D (sos coklat)

Cara penyediaan :

  1. Kisar (guna blender) bahan A sehingga halus.
  2. Masukkan bahan A ke dalam bahan B kacau rata guna spatula sahaja
  3. Masukkan bahan C dan kacau rata
  4. Sediakan loyang saiz 6 inci
  5. Bakar pada suhu 200′ selama 50 minit (bergantung kepada kepanasan oven masing-masing)
  6. Cairkan coklat coin dengan kaedah double boil
  7. Tuangkan ke atas kek
  8. Hidang bersama teh o panas

Adunan tepung mungkin sedikit melekit, namun sangat mengejutkan kejadian akhir kek sangat lembut dan lembap.

Pada mulanya, saya juga risau tidak menjadi dan macam-macam saya berfikir disebabkan tekstur keledek lebih ‘gebu’ berbanding pisang.

Leave a comment