Bekal yang mengenyangkan dan menyihatkan untuk ahli keluarga

Baru-baru ini saya sekeluarga mempunyai trip jalan-jalan ke Cameron Highlands dan Ipoh.
Disebabkan mahu menjimatkan masa dan juga bajet, saya bercadang untuk memasak sebagai bekal sepanjang perjalanan.
Jadi, saya putuskan untuk membuat wanpaku yang terkenal dengan makanan berkhasiat, berbagai rasa dan berwarna-warni.
Kali ini, saya mencuba membuat wanpaku ayam bakar bawang putih.
Bahan-bahan ayam panggang air-fryer Wanpaku:
- 2-3 ketul ayam bahagian dada
- 2-4 sdb kicap manis
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 ketul kiub ayam
- 2sdk lada hitam (lada hitam original Sarawak di sini)
Cara penyediaan ayam panggang air fryer – Wanpaku :
- Lumurkan ayam yang sudah dibersihkan dan ditoskan dengan kicap manis, lada hitam dan kiub ayam.
- Bawang putih ditumbuk terlebih dahulu dan dilumur pada ayam
- Perap ayam di dalam peti ais selama 30 minit (lagi lama lagi sedap)
- Bakar dalam air fryer pada suhu 120-140′ selama 30 minit. Boleh pusingkan ayam untuk pastika kedua-dua bahagian masak sekata.
Bahan-bahan utama lapisan Wanpaku :
- Roti gardenia
- Salad
- Tomato
- Sos cili
- Mayonis (klik sini untuk beli)
- Sos keju (nak guna boleh, tak nak pun boleh, nak ganti pun boleh) (klik di sini untuk beli) (klik sini untuk beli)
- Kepingan keju
- Telur (didadarkan)
Cara susunan Wanpaku di setiap lapisan.
- Ambil sekerping roti, lapiskan dengan beberapa helai daun salad, 3 keping tomato dan lapiskan dengan sos cili dan mayonis, kemudian telur dadar.
- Kemudian, lapiskan lagi dengan satu keping roti, lapiskan dengan sekeping keju dan beberapa hirisan ayam panggang.
- Lapiskan dengan sos cili, mayonis dan sos keju.
- Lapiskan dengan sekeping roti lagi. Kemudian balut dengan kertas pembakar yang cantik-cantik.
- Saya guna juga clingy wrap untuk lebih kejapkan wanpaku.
- Potong kepada dua bahagian… tadaaa meleleh air liur
*Petua : Lagi lama ia diperap atau dibiarkan, lagi sedap dimakan kerana semua bahan-bahan menjadi sebati dan meresap.
Kos untuk menyediakan bahan-bahan tidaklah terlalu mahal, malah boleh digunakan berkali-kali seperti mayonis, sos cili dan sos keju.
Jika anda pernah menikmati sandwich di Bask Bear – Wanpaku ini seakan sandwich di situ.
Namun, sekiranya anda suka garing-garing rotinya, boleh saja grill di atas pan atau guna pemanggang roti.
Semuanya sedap. Jika tidak habis, boleh disimpan di dalam peti ais dan dimakan pada keesokan harinya – lebih sedap!
P/S : Maaf gambar Wanpaku original dari saya tiada, sebab teralpa. Tapi janji sedap!

Leave a comment