Resepi Burn Cheese Cake Mudah

2–3 minutes

Beberapa minggu ini, mood saya rajin pula untuk membuat kuih atau kerja-kerja membakar (baking).

Puas saya scroll aplikasi Lemon8 untuk mencari resepi baking yang mudah-mudah sajalah resepinya.

Kali ini disebabkan agak lama tidak menikmati sepotong kek keju, saya tertarik dengan resepi New York Cheese Cake.

Agak lain seperti yang saya selalu bakar suatu ketika dahulu – ketika saya tiada kerja tetap, selepas mengambil keputusan berhenti dari kerja wartawan kerana diarahkan berpindah ke HQ, Shah Alam.

Ketika itu, puas juga saya hunting ketulan krim cheese. Di mana sahaja dengar ada murah, saya akan pergi membelinya.

Tetapi, geram sungguh! Hari ini saya beli dengan harga ini, 2-3 hari akan datang harga sudah naik. Minggu depan, dan kedepan harga turun pula.

Aish ikut suka betul main letak harga taukeh kedai ini. Tapi saya reda sajalah, apa boleh buat.

Okay berbalik resepi New York Cheese Cake ini, dalam kepala saya sudah bayangkan pasti anak-anak suka.

Bila saja saya beritahu kepada anak-anak yang dua orang itu, seorang anak dara umur 8 tahun dan seorang anak teruna berumur 5 tahun, ternyata mereka sangat teruja.

Teruja hendak menolong. Pewww. Saya sudah tahu akan gamatnya jugalah dapur jika ada dua pembantu itu.

Namun mengenangkan perkara-perkara ini akan menjadi momen istimewa yang akan mengingatkan mereka kepada saya suatu hari nanti, saya lapangkan dada tentang apa yang bakal berlaku kelak.

Kalau termarah, saya janji akan cepat-cepat istighfar.

Bahan-bahan Burn Cheese Cake Mudah (kisar)

  • 250 g cream cheese (saya pakai tartura itu jer yang ada di kedai runcit dekat rumah)
  • 120 ml whipping cream (saya pakain Anchor, itu juga yang ada)
  • 2 biji telur (Gred A/B)
  • 90 g gula pasir (boleh kurangkan ke 60g kalau tak nah manis sangat)
  • 2 sdb tepung (gandum atau jagung, belasah saja)
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1 sdk jus lemon

Bahan-bahan base

  • 70 g biskut marrie (dikisar halur)
  • 25 g butter (dicairkan)
  • Hiasan jem strawberry, coklat spread dan mengikut selera

Cara penyediaan

  • Satukan biskut marrie yang telah dikisarkan dengan butter yang telah dicairkan. Gaul sebati sehingga melekat.
  • Sediakan loyang 6′ dan dilapik dengan baking paper
  • Masukkan bahan base dan ratakan
  • Masukkan semua bahan yang dikisar halus ke dalam loyang yang telah diasaskan dengan biskut marrie
  • Panaskan oven, atas bawa, suhu 180′
  • Masak api atas dan bawa, suhu 180′ selama 60 minit
  • Jika nak nampakkan sikit warna gelap, ubah suhu 200′, api atas sahaja dalam 10 minit
  • Simpan di dalam peti ais selama 3-5 jam (saya tak sabar letak dalam freezer sekejap, jangan terlupa nanti jadi aiskrim pula)

Leave a comment