Rawat dan pelihara kulit wajah dengan menggunakan sunscreen dengan kerap setiap hari

Hari ini, ramai wanita malah sejak seawal kanak-kanak sudah terdedah dengan rutin penjagaan kecantikan terutama kulit wajah.
Salah satunya adalah pelindung cahaya matahari, atau sunscreen untuk memelihara kulit wajah daripada terdedah terus dari pancaran ultra violet yang boleh merosakkan kulit.
Jika terlebih terdedah terutama di Malaysia dan keadaan cuaca dunia hari ini semakin panas, akan menyebabkan pelbagai masalah kulit dan kanser kulit.
Malah cuaca yang tidak menentu ini juga akan menjadikan kulit muka akan cepat ternoda dan merosakkan kulit.
Saya sendiri mula mempunyai kesedaran untuk menggunakan sunscreen dalam rejim penjagaan kulit wajah, ketika berusia pertengahan 20an.
Sangat terlambat, saya tidak tahu berapa banyak protin di bawah kulit wajah telah rosak kerana kealpaan saya itu.
Tapi, ketika itu ilmu ini tidak tersebar luas malah harga sunscreen di pasaran juga agak mahal tidak begitu banyak pilihan.
Begitupun, saya bersyukur kerana tersedar daripada terus tidak sedar-sedar.
Saya masih ingat, saya mula menggunakan sunscreen adalah berjenama Biore yang dibeli daripada drugstore terkenal Watsons.
Itu pun selepas dihasut oleh Juru Kecantikan di premis tersebut, supaya menggunakan sunscreen untuk menjaga kulit wajah.
Jenama ini mengeluarkan pelbagai variasi sunscreen atau sunblock dan kini dikenali juga uv protector atau uv tinted.
Biore’ mempunyai rangkaian produk sunscreen dalam bentuk cecair krim dan gel.
Paling seronok, sunscreen dari jenama yang sudah berada dipasaran sejak bertahun lamanya ini, menggunakan bahan utamanya iaitu susu.
Disebabkan itu juga, apabila saya menggunakannya terasa kulit lembut, lebih cerah, dan boleh juga menjadi asas make-up.
Kebanyakan orang juga mesti tertanya mengenai kesan ‘white cast’ sekiranya berjemur lama di bawah sinaran matahari atau berpeluh.
Jangan terkejut, sunscreen dari jenama ini tidak memberi kesan tidak selesa itu.
Malah jika anda memilih cc milk uv protector (klik sini untuk beli) dari Biore’ ini, ia mampu membetulkan tona kulit supaya lebih sekata.
Saya sendiri, seorang yang simple dalam merias wajah, tidak lagi menggunakan foundation untuk menutup cela.
Eh, tapi jika anda mahu ke program atau acara tertentu, apa salahnya untuk merias wajah dengan betul dan menggunakan foundation. Sekali sekala untuk mencantikkan diri apa salahnya.
Jangan tiru saya! Hahahaha
Selain itu, anda boleh pilih koleksi Biore’ UV Perfect Protect Milk mengikut kesesuaian kulit muka anda.
Jika anda memiliki kulit wajah yang berminyak, boleh mencuba sunscreen jenis gel. (Klik sini untuk beli)

Manakala, jika anda mahu kulit wajah kekal segar dan cerah sepanjang hari, boleh cuba dalam botol berwarna merah jambu dan ungu.
Saya juga pernah guna variasi sunscreen ini, memang glowing dan berseri tapi disebabkan tidak boleh membetulkan tona wajah saya hanya gunakannya di malam hari.
Jangan tak tahu, sejak saya menggunakan kolekso sunscreen dari Biore’ banyak mata mula memandang, dan bertanyakan rahsian kejelitaan wajah saya. Hahaha.
Maksudnya memang glowing dan memberi kesan yang diidamkan wanita lah kan.
Paling best! Sunscreen dari Biore’ ini sangat cepat meresap dan tidak berminyak.
Malah memiliki SPF 50 dan sangat berkuasa menghalang sinaran UV (UVA dan UVB) hari ini.
Bagaimana menggunakan pelindung cahaya matahari ini?
Saya rasa ramai yang risau betul jika terlebih sapu, muka akan menjadi kelabu, tompokan putih dan tidak sekata. Macam tepung gomak pula! Hahaha
Sebenarnya, penggunaan sunscreen ini sebenarnya disarankan digunakan setiap masa walaupun bekerja di dalam pejabat, di bawah cahaya matahari.
Pancaran UV sebenarnya bukan hanya datang dari cahaya matahari tetapi sebaliknya ia juga boleh terhasil daripada cahaya lampu.
5 tips guna pelindung cahaya matahari dengan berkesan tahun 2025
- Pilih pelindung cahaya matahari yang mempunyai SPF30 ke atas
- Gunakan dalam amaun mencukupi
- Sapu beberapa kali dalam sehari (agak rasa lama sangat, sila sapu semula)
- Gunakan pelindung cahaya matahari 15-30 minit sebelum membuat aktiviti luar terutama yang terdedah terus kepada cahaya matahari
- Gunakan pelembap, dan penjagaan kulit wajah lain sebelum menggunakan pelindung cahaya matahari
- Pilih jenis pelindung cahaya matahari yang sesuai dengan keadaan kulit anda (gel sesuai yang muka berminyak)
Justeru, bagi anda yang mahukan kulit wajah sentiasa cantik, berseri dan tidak mahu cepat menua, amalkanlah penggunaan sunscreen setiap masa.
Walaupun ketika mahu tidur. Masyarakat Korea juga antara yang tidak pernah meninggalkan penggunaan sunscreen bagi memastikan kulit mereka tidak mudah ternoda dan awet muda.
Bagaimana, amalan penggunaan regim penjagaan kulit wajah yang lain juga perlu digunakan secara konsisten dan betul bagi mendapatkan hasil yang diingini.
Dan, jangan lupa amalkan juga diet seimbang di mana pastikan setiap hari anda dapat membuang dengan lancar. (Klik sini untuk beli)

Leave a comment