Ramai yang memilih penulis upahan untuk merealisasikan impian memiliki buku

Tak sangka betul!
Rupa-rupanya, penulis juga memilih penulis upahan untuk membantu menghasilkan dan menyiapkan buku-buku mereka.
Hal ini, sebenarnya adalah perkara biasa dalam dunia penulisan ‘disebalik tabir’ atau ghostwriter.
Siapa penulis yang mengupah penulis upahan?
Jika anda tertanya-tanya siapa pula penulis yang mengupah penulis upahan menulis bukunya, di sini ada jawapannya.
Penulis ini adalah pemilik buku, dan namanya tertancap di atas kulit buku. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, malah boleh jadi mereka bukan seorang penulis.
Dengan bahasa lebih mudah, mereka hanya mahu mengeluarkan buku dan tidak menulis buku.
Di sini mereka adalah individu yang mahukan idea mereka dibukukan namun kekurangan :
- kemahiran
- masa
- perlu bantuan dan sebagainya
Ya, semua ini boleh berlaku dan direalisasikan jika ada yang mahu menerbitkan buku dengan tertancapnya nama di atas buku tersebut tanpa mendedahkan siapa penulisnya. Rahsiaaa!
Inilah kerja-kerja yang akan dijalankan kepada penulis upahan untuk menjayakan impian mereka yang mahu ‘menjadi’ penulis dan pemilik buku.
Namun, bagi memastikan penulis atau anda yang mahu memiliki buku dengan memilih khidmat penulis upahan perlu melakukan beberapa persediaan seperti :
- mempunyai idea utama
- mengetahui konsep (boleh berbincang dengan penulis upahan)
- tahu genre yang dimahukan
- mampu bekerjasama (proses menulis kadangkala perlukan komunikasi yang kerap dengan pemilik buku)
- sediakan bayaran yang secukupnya
Genre buku yang boleh menggunakan penulis upahan :
- Memoir
- Fiksyen
- Semi fiksyen
- Sejarah
- Biografi
- Autobiografi
Kebanyakan buku-buku motivasi figura umum memilih penulis upahan untuk menghasilkan buku mereka.
Buku-buku ini diterbitkan untuk memberi inspirasi malah dijadikan penjenamaan kepada mereka.
Hari ini, melalui platform media sosial ramai memilih menerbitkan ebook secara bersiri dalam format atau rekabentuk lebih cantik dengan pelbagai ilustrasi, siap dengan video.
Malah, di dalam video tersebut juga figura tersebut ditampilkan dalam ‘mood’ genre buku yang diterbitkan.
Di mana penulis upahan juga akan membantu menghasilkan skrip dengan mengambil kata kunci yang utama untuk diketengahkan.
Dengan ebook bersama audio atau video ini, akan menjadi lebih menarik dan menepati citarasa audien sasaran.
Selain itu, penulis upahan juga boleh membantu penulis atau pemilik buku dari proses menulis, mengembangkan idea dan mencetak buku.
Justeru, jika anda ingin memiliki dan menulis buku, mengupah penulis upahan adalah langkah alternatif yang paling bijak serta tepat.
Bagaimana memilih penulis upahan yang tepat?
- Ketahui keperluan anda – jenis penulisan, gaya penulisan, bahasa
- Potfolio – pastikan potfolio penulis sesuai dengan keperluan anda
- Pengalaman dan kepakaran – semak semula bidang kepakaran penulis upahan
- Boleh lihat ulasan dan perkembangan penulis – penulis boleh semak kebolehan, dan maklumat maklum balas di media sosial, blog dan lain-lain platform
- Kesesuaian dan komunikasi – anda boleh lakukan temuduga sebelum berkerjasama dengan penulis upahan
- Kos dan bajet – boleh tawarkan bajet secara terbuka kepada penulis upahan, dan bertanya mengenai upah mereka
- Surat perjanjian – pastikan ada surat perjanjian bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari
- Laporan – anda boleh meminta laporan dan kemaskini daripada proses atau projek penulisan
Begitupun, anda tidak perlu bimbang sekiranya tidak mempunyai pengalaman berurusan dengan penulis upahan atau melaksanakan projek menghasilkan buku ini.
Anda boleh menghubungi atau mendapatkan maklumat serta bantuan daripada penulis upahan.
Penulis upahan akan sentiasa membantu anda dengan sebaiknya.


Leave a comment