Pisang banyak khasiat dan boleh dijadikan pelbagai juadah yang menyelerakan

Pisang adalah salah satu buah penuh keberkataan atau dikenali juga sebagai buah syurga.
Pisang mengandungi pelbagai khasiat termasuk vitamin yang diperlukan badan kita, seperti kalsium, karbohidrat dan kalium.
Ramai yang mula memilih pisang bagi menggantikan nasi dalam diet seharian yang diambil bersama oat.
Malah pelbagai versi juadah dan resepi dicipta dengan bahan utamanya pisang yang digabungkan bersama bahan lain.
Selain itu, di Malaysia pisang sering dijadikan pelbagai juadah yang menyelerakan seperti cucur, cekodok, pisang goreng, serawa, dan kek pisang tanpa mengurangi rasa asli buah syurga ini.
Kek pisang hari ini juga tampil dengan pelbagai versi, ada yang ditambah dengan coklat, keju, dan sebagainya.
Kali ini jom kita belajar buat kek pisang mudah. Jika ada pisang yang masih berbaki boleh cuba jangan biarkan ia terus membusuk okay?!
Bahan-bahan Kek Pisang Mudah :
- 250 gram tepung gandum – klik sini untuk beli
- 2 sudu besar serbuk koko – klik sini untuk beli
- 1/2 sudu baking powder – klik sini untuk beli
- 1/2 sodium bikarbonat
- 4 biji telur (gred A/B)
- 1 cawan minyak masak
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 100 gram gula (gula kastor atau gula perang)
- 180 gram pisang (boleh guna apa-apa pisang anggaran 8-10 biji)
- 1 cawan cip coklat – klik sini untuk beli
- Hirisan pisang, cip coklat, keju
Cara memasak :
- Lenyek pisang dan masukkan gula, telur, esen vanilla dan minyak lalu dikisar halus
- Tepung, serbuk koko, baking powder dan sodium bikarbonat diayak
- Satukan bahan kisar dan ke dalam mangkuk yang berisi tepung serta bahan lain yang telah diayak.
- Kacau sebati dan masukkan cip coklat
- Sediakan loyang bersaiz 7 inci
- Griskan dan lapik baking paper
- Tuang semua adunan ke dalam loyang, dan hias dengan hirisan pisang, potongan keju serta cip coklat
- Bakar pada suhu 200′ selama 40 hingga 50 minit, api atas bawah (bergantung kepanasan oven – boleh periksa dengan mencucuk lidi, jika lidi bersih bermakna kek pisang mudah sudah masak)
Resepi kek ini kurang manis, jika anda mahu kelainan boleh makan bersama coklat ganache, sangat sedap!
Boleh dijadikan hidangan minum petang dan dinikmati bersama keluarga, sudah tentu anak-anak kecil juga menyukainya kerana dipenuhi dengan limpahan cip coklat.

Leave a comment