Perut buncit selepas bersalin, perlukan penjagaan yang betul untuk kembali langsing
Masalah perut buncit atau dipanggil sebagai ‘mommy pooch’ memang masalah biasa yang terjadi kepada wanita selepas bersalin.

Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan beberapa amalan untuk mengembalikan bentuk badan ibu-ibu kembali cantik dan langsing.
Siapa saja yang tidak mahu bentuk badan kembali langsing selepas naik berkilo-kilo ketika berada di fasa mengandung, seperti dipam-pam di seluruh bahagian badan.
Proses mengembalikan bentuk badan kepada asal atau langsing boleh dilakukan dengan senaman, penjagaan makanan dan menggunakan produk-produk seperti krim panas untuk mengempiskan bahagian yang semakin besar terutama perut.
Dalam adat orang Melayu, proses berpantang juga adalah sebenarnya satu tempoh yang boleh mengembalikan kelangsingan tubuh badan.
Namun, bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak jangan terlalu tertekan memikirkan cara untuk langsing sebaliknya hargai masa yang ada untuk merehatkan diri dan nikmati masa bersama si kecil anda.
Begitupun, ibu juga boleh melakukan beberapa rutin yang ringkas, santai dan ringan untuk memastikan badan semakin kuat, sihat dan mendapatkan semula bentuk badan yang diingini.
Apakah rutin yang boleh dilakukan ibu untuk kembali langsing?
Makanan
Kita mulakan dengan pola pemakanan sihat dengan pengambilan bahan-bahan yang lebih berkhasiat.
- Sayur
- Buah
- Rempah ratus
- Nasi
- Ikan, udang, ayam dll
- Oat
- Barli
Senaman ringkas
Walaupun masih berada dalam tempoh berpantang, namun ibu boleh melakukan senaman ringan seperti meregangkan badan.
Malah, berbekung juga adalah satu teknik senaman yang boleh memastikan ibu kekal segar, sihat dan langsing.
Selain menggunakan sauna boleh alih yang kini boleh dibeli di shoppee (klik di sini untuk beli) dan laman edagang lain.
Selepas berpeluh badan akan berasa lebih segar dan kembali bertenaga, malah mengembalikan keserian wajah.
Saya juga mengamalkan sauna, memang seronok apabila badan kembali segar!
Krim panas
Percaya atau tidak, krim panas adalah satu produk yang ‘wajib’ saya guna untuk pastikan bahagian-bahagian tertentu kembali mengecil.
Krim panas boleh didapati di pasaran dengan pelbagai jenama. Namun saya memilih dua krim panas yang saya rasa memang ada kesan ‘mengecil’.
Tidaklah, selepas guna sahaja krim ini akan terus kecil seperti yang saya mahukan tetapi ada juga perubahan daripada tak ada kan?
Dua pilihan krim panas untuk ibu selepas bersalin :
- Dunia Herb – banyak variasi yang boleh dipilih mengikut kesesuain dan tujuan. Saya guna extra panas halia. Baunya menyegarkan dan kepanasannya tidak menyakitkan malah selesa kerana berangin dan sejuk.
- Clinelle Hot Body Shaper – krim ini sangat seronok digunakan. Tahap panasnya, sejuk dan pedas (seperti terkena cili – tapi masih boleh bertahan). Botol krimnya ada bebuli aluminium seperti alat urut.
Selepas menggunakan dua krim panas untuk langsing ini, saya berfikir kenapa tidak pernah gunakan sebelum ini?
Agak menyesal hahaha.
Sejak dari itu, saya telah memasukkan krim atau losyen ini ke dalam rejim kecantikan setiap hari.
Saya menggunakannya pada waktu malam sebelum tidur bersama bengkung tulang berkancing.
Perlu diingat, badan yang lebih langsing dan berat ideal bukan sahaja untuk kecantikan tetapi adalah satu cara memastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan baik.
Mana tidaknya, untuk kembali langsing ibu-ibu pastinya terpaksa mengamalkan amalan diet sihat – menjaga pemakanan, serta melakukan senaman walaupun ringkas.
Selamat datang baju saiz S, boleh kembali sarungkan dalam beberapa bulan sahaja dengan amalan penggunaan krim panas!

Leave a comment