Skrip yang baik boleh merancakkan jualan anda

Reels adalah satu platform untuk menyiarkan video pendek dalam format menegak yang bersifat multimedia.
Di mana, Reels boleh dilakukan menggunakan imej statik, video, audio, teks iaitu kapsyen.
Malah Reels juga mempunyai kemudahan filter untuk menambahkan lagi kecantikan atau kualiti visual yang disiarkan.
Hari ini, Reels menjadi satu saluran penting untuk perniagaan seperti corong jualan (funnel sale) yang lebih menarik.
Malah, banyak iklan berbayar juga telah banyak menggunakan reel untuk memasarkan dan mengiklan produk serta perniagaan mereka.
Mengikut statistik, pandangan (view) visual di Reels lebih tinggi berbanding visual di saluran lain.
Begitupun penggunaan Reels yang berimpak perlu mempunyai skrip yang bersesuaian dengan memastikan kapsyen tidak membosankan dalam tempoh 30 saat, 60 saat atau pun selama 90 saat visual tersebut.
3 bahagian penting dalam skrip reel :
- Idea (apa yang ingin diceritakan dalam Reels tersebut, apa sudut estetika visual tersebut)
- Suara atau voice over (yang menjelaskan kandungan visual yang lebih santai atau mengikut target audien)
- Teks paparan (ada hook untuk tarik perhatian, penggunaan font, warna dll)
- Kapsyen (kapsyen yang menarik dan tidak bosan)
Konten reel adalah kesukaan algorithm
Kenapa konten di Reels lebih disukaai algorithm?
Algorithm media sosial adalah kaedah yang dilakukan media sosial untuk mengumpul pelbagai jenis hantaran pengguna, lalu menyaring dan memaparkan semula kepada pengguna dengan menggunakan formula tertentu.
Di mana, mengutamakan Reels untuk mempromosikan ciri dan mengekalkan pengguna dalam ekosistem Instagram.
Algorithm ini mengutamakan penyiaran yang kerap, yang ditafsirkan sebagai tanda pencipta kandungan yang aktif dan konsisten.
Algorithm ini juga memberi fokus kepada kandungan asal, bukannya kandungan yang disiarkan semula.
Ini bermaksuk, sekiranya ada yang menyiarkan semula Reels yang diambil daripada pencipata atau pengguna lain tidak akan diberi keutamaan.
Namun jika, anda pernah melihat video yang dinaikkan semula tetapi ada pencipta kandungan mengedit sedikit dengan meletakkan muka mereka untuk memasti algorithm tetap dikira. Mungkin berkesan.
Tetapi jika konten di Reels itu digunakan untuk menaikkan jenama, tidak wajar kita menggunakan video orang lain.

6 tips untuk menaikkan algorithm di Reels Instagram :
- Cipta kandungan menyeronokkan dan menarik
- Ikut peraturan Instragram (boleh baca di privasi dan polisi)
- Kandungan beradab, beretika dan autentik
- Kandungan panache (original, unik, cantik, menarik, dll)
- Pilih tag yang berkaitan kandungan konten dan menarik
Bagaimanapun sebelum memastikan algorithm menyukai konten kita, persiapan dalam menghasilkan konten lebih penting.
Apakah langkah penting untuk mencipta kandungan di Reels?
- Skrip yang bagus (sesuai dengan target audien bagi iklan, marketing, branding)
- Kapsyen yang unik dan sesuai
- Audio trending
- Latar belakang menarik
- Peralatan (lampu, kamera, tripod)
Membina skrip yang bagus adalah langkap pertama dalam penghasilan konten di Reels. Sekiranya skrip tidak dibuat terlebih dahulu akan memberi pelbagai kesan seperti melambatkan proses membina konten, konten tidak sesuai dengan objektif, konten tidak sesuai dengan target audien dan sebagainya.
Justeru, ini cara untuk menulis skrip untuk konten di Reels :
- Mulakan dengan hook – boleh guna format dialog, the cover, kapsyen/headline)
- Body – kata kunci, emosi yang ingin ditunjukkan
- Panjang skrip – 50 hingga 100 perkataan maksimum
- Target audien
- CTA – kongsi video ini dll
Sungguhpun Reels digunakan untuk menaikkan kesedaran jenama, iklan atau marketing bisnes anda, namun saluran ini lebih bersifat kreatif dan santai.
Di mana, pemilihan perkataan penting dalam menunjukkan Reels anda tidak begitu serius, dan menjadikannya bosan serta mendapat kurang sambutan.
Justerus, pemilik bisnes boleh menggunakan Reels untuk mengoptimumkan manfaat di saluran ini dengan mengupah atau mendapatkan skrip yang baik dengan mengupah penulis upahan profesional.
Leave a comment