VA kini semakin mendapat tempat dalam kalangan mereka korporat, agensi kerajaan, swasta, ahli perniagaan dan individu memerlukan

Virtual assistant atau dikenali juga pembantu maya ini adalah salah satu cabang kerjaya bagi penulis upahan.
Virtual assistant diperlukan bagi menyokong kerja pentadbiran, kreatif atau pun teknikal kepada pihak yang memerlukan.
Kebiasaannya mereka yang memerlukan virtual assistant ini adalah pemilik bisnes, agensi kerajaan, korporat, swasta dan boleh jadi juga individu.
Tugasan ini dilaksanakan melalui jarak jauh, sehingga tidak perlu berjumpa dan mengenali siapa pun pelanggan mereka.
Bagaimana penulis upahan boleh menjadi virtual assistant ini?
Penulis upahan boleh menawarkan khidmat yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki.
Saya percaya ramai penulis upahan mempunyai pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam bidang virtual assistant ini.
6 tugasan yang mendapat permintaan dan boleh ditawarkan penulis upahan sebagai virtual assistant :
- pengurusan jadual dan emel
- penyelidikan dalam talian
- penyuntingan dokumen
- pengurusan media sosial
- sokongan perkhidmatan pelanggan
- pemprosesan data atau pengurusan pangkalan data
Semua tugasan ini memerlukan kemahiran komunikasi, menulis dan merancang secara efektif.
4 Kenapa virtual asisstant semakin mendapat permintaan?
- Kos lebih efisien
- Fleksibiliti
- Kepakaran khusus
- Jimat masa
Dunia hari ini semua orang mahu cepat dan mudah. Justeru dengan adanya virtual assistant profesional ini, sudah semestinya menjadi pilihan bagi mereka yang memerlukan.
Namun bagi memastikan penulis upahan dapat merebut peluang terbuka luas ini, segeralah menambah ilmu mengikut keperluan dan kehendak sebagai virtual assistant.
5 kemahiran yang boleh ditambah baik
- Alat Pengurusan Projek: Asana, Trello, atau ClickUp.
- Platform Media Sosial: Instagram, Facebook, LinkedIn, dan Twitter.
- Pemasaran E-mel: Mailchimp, Constant Contact, atau Klaviyo.
- Perisian Reka Bentuk Asas: Canva untuk grafik ringkas.
- Alat Pengurusan Data: Microsoft Excel, Google Sheets, atau Airtable.
Begitupun bagi pasaran tempatan, penulis upahan boleh membuat kajian mengenai peralatan yang digunakan semua bakal pelanggan.
Hal ini kerana, kebanyakan syarikat tempatan lebih mudah mengendalikan tool-tool yang dibina syarikat tempatan, serta faktor servis dan sokongan yang mudah diakses atau dihubungi jika berlaku sebarang masalah.
Leave a comment