Aktiviti bersama anak-anak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan

Siapa sahaja yang tidak mahu menjadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Namun dek kerana kesibukan mencari rezeki, masa untuk bersama anak-anak sangat terhad.
Dari bangun pagi anak-anak dihantar ke sekolah, dan taska. Apabila pulang ke rumah masing-maisng juga sudah penat.
Ibu dan ayah hanya ada beberapa jam sahaja untuk luangkan masa pada hari biasa.
Realitinya, kadang-kadang ibu dan ayah tidak mampu melayan karenah anak kerana keletihan.
Pada cuti sekolah pula, ibu ayah yang bekerja masih tidak mampu meluangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak kerana tuntutan kerja.
Namun, apa kata cuti sekolah yang makin tiba ini kita buat perancangan awal supaya kita lebih bersedia.
Tidak perlu setiap hari sekurangnya dua atau tiga kali seminggu sepanjang cuti sekolah anak-anak.
Bagaimana merancang aktiviti bersama anak ketika cuti persekolahan?
Perancangan awal ini perlu bagi ibu dan ayah yang bekerja supaya kita boleh bersedia dari segi fizikal, mental, kewangan dan melakukan persiapan.
Ada yang beranggapan tidak perlu rancang-rancang, buat saja. Terpulanglah bagaimana anda melaksanakannya, namun bagi ibu bapa yang sibuk dan sentiasa keletihan perancangan awal boleh memberi semangat untuk menjayakannya.
Tidak hanya tinggal janji, sehingga anak-anak mula merajuk dan tidak mahu lagi percaya dengan kata-kata kita kan?
5 persediaan yang perlu dilakukan ibu bapa untuk laksanakan aktiviti bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah :
- Pilih dan tetapkan masa – sekurangnya 3 kali seminggu termasuk cuti hujung minggu.
- Pilih dan tetapkan aktiviti – lakukan aktiviti di rumah pun sudah memadai seperti berkhemah di dalam rumah, membuat cookies bersama dan lain-lain.
- Kos – aktiviti tersebut tidak perlulah membeli barangan yang sekali guna sahaja, lebih baik DIY apa yang ada di rumah
- Belian barangan/persediaan barangan – beli lah ketika pulang dari kerja supaya tidak tertangguh
- Pastikan mood anda sentiasa baik – kebiasaannya mahu meningkatkan mood dan semangat ini adalah dengan memastikan tenaga sentiasa cukup seperti makan terlebih dahulu
Oleh ini saya nak share aktiviti yang mudah untuk di isi ketika cuti sekolah anak iaitu membuat soft cookies bersama mereka.
Kanak-kanak mana yang tidak suka menikmati cookies ini, tambahan pula mereka yang sama-sama memasaknya.
Momen membuat cookies ini akan diingati mereka, malah dapat mengisi tangki emosi mereka yang memerlukan perhatian dari ibu dan ayah.
Malah, Soft Cookies ini juga antara makanan yang sedang tular ketika ini. Harga dipasaran boleh mencecah belasan ringgit satu set iaitu sekeping cookies dan air susu kotak bersaiz kecil.
Jom kita lihat resepi dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Soft Cookies ini :
- Seketul butter – 250 gram (nak guna unsalted boleh, salted pun boleh) – Klik sini untuk beli
- Tepung gandum – 300 gram – Klik sini untuk beli
- Serbuk koko – 100 gram – Klik sini untuk beli
- Gula perang – 300 gram (lagi chewy guna soft brown sugar) – Klik sini untuk beli
- Gula putih – 100 gram (boleh guna gula kastor juga)
- Telur Gred A/B – 2 biji
- Badam cincang – 200 gram (ikut suka anda pun boleh) – Klik sini untuk beli
- 1/2 serbuk penaik – Klik sini untuk beli
- 1/2 sodium bikarbonat – Klik sini untuk beli
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan cip coklat (nak guna hirisan coklat pun boleh, kombinasi coklat putih dan gelap pun boleh) – Klik sini untuk beli
- Bahan topping – marshamellow, chip coklat, coklat m&m (semakin warna warni semakin cantik, anak-anak pun teruja)
Cara penyediaan :
- Cairkan butter sehingga keperangan (jangan sampai hangit pula – boleh minta bantuan anak-anak)
- Gaul gula perang dan kastor bersama butter yang sudah cair (masa panas pun dah boleh buat – minta bantuan anak-anak)
- Masukkan telur dan esen vanilla (kacau sebati)
- Masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, dan sodium bikarbonat – (ayak dulu yer – gaul sebati)
- Masukkan cip coklat/potongan coklat/badam cincang
- Wrap mangkuk adunan dan sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam
- Panaskan oven, api atas bawah lebih kurang 10 minit
- Lapik tray dengan baking paper
- Bulatkan adunan, saiz ikut kesukaan anda – sekurangnya 1 genggaman sederhana baru nampak cantik macam jual di kedai
- Minta anak hiaskan topping dengan coklat cip, m&m, marshamellow ikut kesukaan mereka
- Bakat suhu 200 c, api atas bawah dan selama 17 minit (bergantung kepada oven anda)
Siap!
Anak-anak pasti tak sabar menunggu untuk mencubanya. Sementara tunggu soft cookies masak, ajak anak bersama-sama mengemas, dan luangkan sebentar menonton televisyen dan sebagainya.
Soft cookies lebih enak dimakan dengan mencelup di dalam susu sejuk berais. Sedap sangat.
Paling penting boleh melihat wajah anak-anak yang tersenyum lebar, teruja dan memuji-muji soft cookies yang dibuat bersama ibu dan ayah mereka.
Nak bagi lagi rasa seronok dan teruja anak-anak, jangan lupa simpa soft cookies dalam balang kaca yang dilapik dengan wrap paper berwarna warni, boleh tengok sini : Wrap Paper Cantik & Murah
Leave a comment