Peranan dan gaya penulis berfungsi mengikut zaman

Copywriting adalah salinan iklan yang bertujuan untuk menarik perhatian, menyampaikan mesej dengan jelas, dan mempengaruhi audien untuk mengambil tindakan tertentu.
Tindakan tersebut seperti membeli produk, mendaftar perkhidmatan, mengikuti media sosial, atau memahami nilai jenama produk atau servis mereka.
Justeru, penulis iklan atau iklan mula dihasilkan sejak zaman purba kala dahulu lagi di mana ia bermula pada tahun 3,000 sebelum masihi. Penulisan hielogrif Mesir iklan ini didapati pada batu yang mempromosikan perkhidmatan tukang atau perdagangan.
Penulis iklan juga berkembang mengikut keperluan zaman. Sehingga kini penulis iklan atau copywriter menulis dari era digital kepada media sosial.
Perubahan cara kerja penulis iklan mengikut zaman
Dahulu penulis iklan hanya menulis salinan iklan di media utama, majalah dan bahan-bahan bercetak yang lain. Penulisan iklan ini berubah mengikut perkembangan teknologi.
- 1980-an: Komputer peribadi dan teknologi digital mula mempengaruhi cara iklan dihasilkan dan disampaikan.
- 1994: Iklan banner pertama muncul di laman web HotWired, memulakan era pengiklanan dalam talian.
- 2000-an: Fokus pada SEO (Search Engine Optimization) dan pemasaran kandungan di platform seperti Google dan blog.
- 2004: Media sosial seperti Facebook mula menjadi platform pengiklanan.
- 2010-an: Kemunculan iklan video pendek di YouTube dan platform seperti Instagram, dengan fokus pada teks yang padat dan menarik.
Begitupun pada hari ini, cara menulis iklan dan peranan penulis iklan semakin berubah dengan kewujudan media sosial yang semakin pesat.
Penulis hari ini mula menulis ayat iklan untuk :
- Klip video pendek untuk media sosial – reel, story
- Penulisan untuk AI atau prompt untuk chatbot atau pemasaran
Tawaran kerja penulis iklan semakin bertambah
Justeru, kewujudan robot AI bukanlah penyebab penulis hilang pekerjaan atau mengambil alih sepenuhnya tugas seorang penulis, sebaliknya ia menjadi alat penulisan yang efektif dalam kerja ini.
Penulis hanya perlu bersedia dan sentiasa menambah kemahiran untuk menguasai perubahan teknologi iaitu AI dengan pantas.
Kemajuan teknologi yang digabungkan bersama kemahiran, pengetahuan serta bakat seorang penulis masih diperlukan pelanggan serta pemilik bisnes untuk melancarkan perniagaan atau tugasan mereka.
Sebijak atau secanggih manapun teknologi sebenarnya tidak mampu mengambil alih sepenuhnya tugas manusia khususnya penulis.
Saya tidak pasti adakah kecanggihan teknologi atau ayat-ayat yang dihasilkan AI dalam alat penulisan seperti Chat GPT dalam membentuk minda masyarakat supaya menerima struktur tersebut.
Atau masyarakat masih menyukai penulisan yang dihasilkan melalui minda sedar, emosi dan hati penulis itu sendiri dalam menyampaikan maklumat atau copywriting serta konten penulisan kepada audien.
Malah sekiranya, masyarakat mula perasan apabila sesebuah konten menggunakan AI sepenuhnya, semua ayat atau hasil adalah seakan sama sehingga hilang keunikan dan rasa semulajadi seorang manusia.
Oleh itu, saya yakin suatu masa nanti orang ramai akan mula mencari idea autentik daripada manusia yang mempunyai emosi nyata berbanding bergantung sepenuhnya dari janaan AI – Chat GPT.
Saya percaya, penulis yang menghasilkan konten termasuk copywriting menggunakan ilham, mengenalpasti keadaan sekitar, emosi serta trend terkini lebih sampai memberi rasa sebenar kepada audien.
Begitupun, selari dengan kemudahan teknologi AI digunakan untuk membantu mempercepatkan proses menghasilkan penulisan tersebut.
Namun, bagi memastikan kepintaran, kebolehan, bakat serta pengalaman seorang penulis semakin tumpul, marilah kita mengutamakan idea sendiri dan dibantu oleh AI tanpa bergantung sepenuhnya kepada robot kecerdasan buatan ini.
Penulis yang menulis dari hati melalui kebijaksanaan, pengalaman, bakat dan kemahiran masih tidak dapat menandingi kecanggihan teknologi untuk mendekati masyarakat.
Bagaimana AI membantu penulis mempercepatkan kerja-kerja menulis?
Marilah kita hargai dan berdamai dengan teknologi, tanpa menghentam alat-alat ini.
Sungguhpun terdapat kelemahan namun, teknologi masih mampu membantu dan memberi kemudahan kepada penulis.
Jenis teknologi AI yang penulis boleh gunakan :
Alat Penjana Kandungan AI
- ChatGPT (OpenAI) : Menyediakan cadangan dan membantu menulis draf awal.
- Jasper AI : Direka khas untuk penulisan iklan, blog, dan e-mel pemasaran.
- Writesonic : Menyediakan teks pendek dan panjang untuk pelbagai keperluan.
AI untuk Pengeditan dan Pemeriksaan Teks
- Grammarly: Memeriksa tatabahasa, nada, dan gaya penulisan.
- ProWritingAid: Alat analisis tulisan yang memberikan cadangan penambahbaikan.
- Hemingway Editor: Menyederhanakan tulisan dengan cadangan untuk meningkatkan kebolehbacaan.
AI untuk Penyelidikan dan Inspirasi
- Google Bard: Alat AI generatif yang boleh membantu dalam penyelidikan dan penghasilan idea.
- Feedly (AI): Menggunakan teknologi AI untuk mengumpulkan artikel dan trend terkini berdasarkan kata kunci.
- AnswerThePublic: Menganalisis carian popular untuk memahami soalan yang sering ditanya pengguna.
Alat AI untuk SEO (Search Engine Optimization)
- Surfer SEO: Mengoptimumkan kandungan berdasarkan analisis kata kunci dan pesaing.
- SEMRush: Menyediakan kata kunci, idea kandungan, dan analisis pesaing.
- MarketMuse: Memberi cadangan untuk kandungan berdasarkan data SEO.
AI untuk Media Sosial dan Automasi Pemasaran
- Canva Magic Write: Membantu mencipta salinan untuk grafik media sosial.
- Hootsuite AI: Mengurus kandungan dan automasi jadual siaran.
- Lately AI: Menganalisis kandungan untuk mencipta pelbagai versi pendek untuk media sosial.
AI untuk Analisis Data dan Peningkatan Prestasi
- HubSpot: Menganalisis prestasi pemasaran dan memberikan cadangan untuk kandungan yang lebih berkesan.
- Google Analytics: Membantu memahami tingkah laku pengguna untuk menyesuaikan strategi kandungan.
AI untuk Penciptaan Visual dan Multimedia
- DALL·E: Menghasilkan imej berdasarkan deskripsi teks untuk melengkapkan kandungan.
- Runway ML: Alat kreatif AI untuk mengedit video dan imej.
AI Chatbots dan Automasi Komunikasi
- Dialogflow (Google): Membina chatbot untuk perniagaan.
- Tidio AI: Membantu mencipta respons automatik untuk perkhidmatan pelanggan.
Alatan AI ini juga adalah hasil janaan daripada Chat GPT. Namun sebenarnya masih banyak lagi yang ada di pasaran hari ini.
Penulis boleh memilih mengikut kesesuaian untuk kerja-kerja menulis, namun jadilah penulis yang sentiasa bertanggungjawab dan berpengetahuan.

Leave a comment