Manfaat Air Zam-Zam: Penawar Penyakit dan Keberkatan

3–4 minutes

Air penghulu segala air diminum untuk mendapatkan pelbagai manfaat sehingga menjadi penawar penyakit

Air Zam-zam mampu menyembuhkan penyakit, jadikan amalan minuman air Zam-zam salam kehidupan seharian sebagai ikhtiar penawar dan asbab doa dimakbulkan.
Dapatkan Air Zam-zam asli Dari Mekah, Klik Sini.

“Sebaik-baik air yang ada di atas muka bumi ini adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penyembuh terhadap segala penyakit.”-Ibn Hajar al-Asqalani 

Bagi umat Islam air Zam-zam boleh dianggap air suci dan barakah, serta diminum dengan pelbagai tujuan.

Jika dahulu penghulu segala air ini, hanya boleh diperolehi apabila ada saudara mara pergi menunaikan haji dan umrah, namun kini ia boleh dibeli pada bila-bila masa.

Kita pasti pernah meminumnya di waktu kecil dan sehingga sekarang. Jika waktu kecil dahulu air Zam-zam diminum pada hari-hari penting seperti untuk menghadapi peperiksaan, temuduga dan sebagainya.

Setiap kali mahu meminumnya, perlu dimulai dengan bismillah, selawat dan al-fatihah lalu diniatkan atau berdoa kepada Allah.

Bukan tidak boleh diminum selalu, tetapi disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya, ibu bapa kita akan berjimat cermat supaya manfaat serta khasiatnya dapat digunakan tepat pada masaya.

Kisah air Zam-zam penyembuh dan berkat

Nama lain bagi Zam – zam seperti telah diketahui antara lain disebut juga sebagai barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa’ suqim (ubat penyakit), syarab al-abrar (minuman orang-orang baik), dan tayyibah (yang baik).

Keberkatan air Zam-zam tidak boleh dinafikan lagi, apabila para ulama dan salafi turut mengambil manfaatnya.

Para ulama juga sering mengamalkan meminum air zam-zam dan para sahabat sejak dahulu lagi.

Ada kisah ulama Imam Al-Hakim yang meminum air zam-zam dan meminta Allah perkenankan doanya supaya dapat menulis dengan baik dan mendapat kebaikan untuk perkara-perkara lain. Dengan izin Allah, beliau dapat menulis dan berkarya dengan baak pada zamannya.

Manakala terdapat kisah Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang meminum air zam-zam unut meminta kesembuhan daripada penyakit yang dihidapinya. Dengan izin Allah segala penyakitnya itu sembuh.

Justeru, sebaiknya di setiap rumah kita hari ini mempunyai stok atau sebotol air Zam-zam untuk mendapatkan keberkatannya dan digunakan pada waktu sesuai atau bila-bila masa sahaja.

Hal ini kerana, air Zam-zam sudah mudah diperolehi dan dibeli melalui ejen-ejen yang boleh dipercayai. Klik sini untuk beli (Beli Air Zam-zam Asli Mekah Dengan Harga Berpatutan)

Malah, bagi anda yang sedan mencari penawar kesembuhan untuk penyakit yang ditanggung setelah sekian lama, cubalah berikhtiar dari kerbekatan air Zam-zam ini.

Air Zam-zam yang diimport dari Mekah ini kebiasaannya dijual dalam kuantiti atau botol sederhana kecil seperti air minuman dan mineral yang terdapat di pasaran.

Ini kerana, ia bagi memudahkan dan menjimatkan kos penghantaran. Air Zam-zam yang dijual berharga sekitar RM170 sekotak mengandungi 5 liter air Zam-zam original dari Mekah. Klik sini untuk dapatkan air Zam-zam asli/original dari Mekah.

Khasiat air Zam-zam tidak berubah walaupun disimpan lama pada suhu bilik

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh beberapa orang ahli sains, menunjukkan kualiti air Zam-zam tidak berubah walaupun disimpan selama 2 tahun pada suhu bilik.

Selain itu, menurut hasil kajian tersebut, gabungan air zamzam beralkali dengan mineral semula jadi seperti arsenik dengan litium, kalsium dan potasium ialah salah satu elemen dalam penyembuhan sakit dan penyakit.

Kini, banyak kajian saintifik dijalankan antaranya yang bertajuk In Vitro Cytotoxic and Anticancer Effects of Zamzam Water in Human Lung Cancer (A594) Cell Line yang diterbitkan pada tahun 2018 dalam The Malaysian Journal of Medical Sciences.

Dapatan kajian menunjukkan air Zam-zam mengurangkan jumlah sel kanser paru-paru; kombinasi unik mineral dalam air zamzam termasuk arsenik dan kadmium menyebabkan kematian sel kanser.

Kajian saintifik lain Antiproliferative and Apoptotic Effects of the Natural Alkaline Water (Zamzam) in Breast Cancer Cell Line MCF-7 yang diterbitkan pada tahun 2019 dalam Journal of Cancer Research and Therapeutics.

Hasil kajian itu menunjukkan air zamzam mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser payudara.

Semua kajian saintifik di atas membuktikan air Zam-zam sememangnya ajaib dan anugerah ALLAH SWT buat umat manusia.

Oleh itu, tidak salah sekiranya kita berikhtiar dengan anugerah yang telah diberikan Allah melalui kerberkatan air Zam-zam ini. Klik sini untuk mendapatkan air zam-zam original dari Mekah.

Leave a comment