Amalan pemakanan tambahan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan sepanjang usia.

Makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan ini, sebenarnya saya sudah terdedah sejak masih anak dara lagi iaitu ketika 25 tahun.
Umur sebegini adalah masa yang sesuai untuk memulakan rutin penjagaan kesihatan dengan makanan tambahan.
Malah pada lingkungan usia sebegitu juga, gadis cenderung untuk memastikan dirinya sentiasa cantik dan sihat. Ada yang mula berusaha menjaga pemakanan, dan berat badan.
Malah ada juga yang sanggup ke pusat kecantikan untuk mendapatkan rawatan kecantikan yang memberi mudarat kepada diri sendiri.
Selain itu, disebabkan nafsu untuk cantik sedang melonjak-lonjak pada usia ini ada yang sanggpu mempertaruhkan kesihatan dengan mengambil pelbagai pil terlarang seperti kurus yang banyak mengandungi bahan terlarang dan beracun.
Tambahan lagi, produk kecantikan yang melambak dipasaran dan menjanjikan bulan dan bintang dengan tawaran harga murah juga menjadi kegilaan anak gadis ini tanpa mempedulikan kesannya.
Justeru hari ini, ramai yang menerima akibat kerana tersalah percaturan ketika usia belia itu.
Namun, kita tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus, sebaliknya ia penjual dan kerajaan perlu memainkan peranan untuk memastikan produk yang berada di pasaran adalah selamat digunakan secara berpanjangan.
Jika kita perhati, produk-produk kecantikan terutama makanan tambahan ini berlambak dijual di pasaran tempatan sama ada melalui atas talian ataupun kedai fizikal.
Saya pernah begitu ‘ketagih’ dengan produk kecantikan dan kesihatan ini terutama dalam makanan tambahan.
Ketika itu saya terpengaruh dengan kawan tempat kerja yang mengambil makanan tambahan untuk mencerahkan kulit. Ya, benar kulitnya berubah menjadi semakin cerah.
Tetapi tidak pada saya, kekal gelap. Hahaha.
Saya tidak berputus asa setakat itu sahaja, saya mula mencuba produk-produk minuman kesihatan dan kecantikan yang dibeli dari drug store.
Nampak lebih selamatkan? Tapi sampai satu tahap saya rasa pinggang mula sakit. Pelik betul. Mungkin kurang minum air kosong atau tidak mencukupi.
Kebanyakan makanan tambahan yang diamalkan akan lebih cepat mendapat khasiatnya atau berkesan apabila meminum air yang secukupnya seperti 2 liter sehari.
Molekul H20 air ini akan membantu penyerapan zat dan khasiat dalam suplimen ini menjadi lebih cepat.
Tapi, saya akui dengan mengamalkan produk ini terdapat perubahan seperti kulit kelihatan berseri, sihat dan tone kulit lebih cerah berbanding sebelumya.
Kerana takut, perkara ini melarat dan menjejaskan kesihatan saya berhenti mengambil apa-apa makanan atau minuman tambahan dan menggantikannya dengan bahan lebih alami.
Seperti kata orang, barang alami ini memang bagi kesan yang lambat tapi mahu laju-laju untuk apa kan?
Saya tidak lagi fikir untuk putihkan kulit, cerah dan gebu. Saya belajar bersyukur memiliki kulit tan ini.
Namun, selepas berkahwin dan melahirkan anak, dan faktor usia tenaga semakin berkurang. Saya menjadi semakin cepat letih.
Biasalah sebagai manusia, apabila letih cepat trigger dan marah-marah. Emosi marah tidak boleh dikawal mengundang pelbagai masalah termasuk dalam pekerjaan, hubungan suami isteri, anak-anak dan individu lain.
Selepas membuat beberapa carian dan sedikit kajian, saya putuskan untuk mencuba collagen Total Image yang kotak berwarna merah jambu.
Cara mengambil suplimen Total Image

Setiap botol mengandungi 60 kapsul atau 30 kapsul. Setiap hari untuk mendapatkan kesan dan khasiat yang sepatutnya, disarankan mengambil dua biji sehari ketika perut kosong.
Sebaiknya pada waktu pagilah kan sebab perut kita masih kosong. Tapi kalau terlupa, pergi breakfast dulu macam mana?
Boleh ambil sebelum tidur. Pastikan 2 jam ke atas selepas makan. Barulah semua khasiat dalam suplimen tersebut dapat diserap dengan baik.
Sebelum ini saya pernah mencuba Vitamin Blackmores tetapi tidak tahan dengan bau dan rasanya.
Total Image tidak mempunyai bau kuat dan kurang menyenangkan, malah rasanya juga lebih neutral hampir tiada rasa.
Bagaimanapun, jujur saya cakap suplimen ini agak besar dan sukar untuk telan. Tapi jangan risau dengan teknik makan yang betul, akan menjadi mudah.
Teknik yang saya amalkan adalah dengan meminum sedikit air, biarkan di dalam mulut kemudian masukkan dua biji suplimen di bahagian paling hampir dengan kerongkong. Kemudia ngap, telan.
Insha-Allah sekali telan sahaja, suplimen ini terus masuk ke dalam perut dan rasailah kelebihan yang ditawarkannya.
Untuk pengetahuan anda juga, dalam review yang saya baca ada yang telah mengamalkan suplimen sejak muda dan ketika usia mencecah 60 tahun kulitnya masih cantik.
Jangan pula anda jangkakan, cantik itu seperti anak dara sunti tetapi sesuailah dengan usia. Namun dalam versi lebih cantik. Biasalah wanita kecantikan tetap menjadi keutamaan untuk kekal berkeyakinan dan simbol wanita sihat juga.
Kalau sudah sakit-sakit susah juga mahu tampil cantik di usia begitu kan?
Jagalah kesihatan dengan mengawal kuantiti pemakanan dan gula!
Klik sini untuk beli Collagen Total Image lebih murah. Klik sini
Leave a comment