Penulis upahan adalah individu yang sentiasa menggunakan kelebihan dan kemahiran untuk menambah pendapatan dengan mengambil peluang sedia ada

Tahun 2024 sudah melabuhkan tirainya, kini perjalanan dan permulaan baharu telah bermula untuk penulis upahan seperti saya dan kita semua.
Walaupun hakikatnya, bekerja dan mencari pendapatan dengan menjadi penulis upahan tidak semudah menulis tetapi tidak bermakna ia menjadi halangan untuk kita terus melangkah mencapai apa yang diinginkan.
Ingatlah, semua pekerjaan di dunia mempunyai masalah dan rintangannya, ia perlu diselesaikan dengan bijaksana serta penuh strategi.
Sebagai penulis upahan, pastinya telah terdidik dengan pebagai strategi bagi memastikan kemahiran yang ada dapat dijadikan senjata dalam mencari rezeki.
Justeru, satu lagi strategi yang boleh membantu meningkatkan pendapatan penulis upahan adalah dengan menjadi affiliate.
Rugi besar jika penulis upahan tidak mencuba sumber pendapatan yang satu ini. Pelbagai tawaran pekerjaan sebagai affiliate tersedia di pasaran.
Ini masanya untuk kita menyambar peluang keemasan ini. Gunakan kebijaksanaan dan kemahiran menulis untuk menjana pendapatan dengan menjadi affiliate.
Apakah affiliate?
Saya yakin mesti ramai yang sudah tahu mengenai affiliate ini kan? Affiliate adalah salah satu strategi yang digunakan dalam pemasaran untuk memasarkan dan mengiklankan produk di internet sama ada melalui media sosial ataupun blog.
Dimanakah boleh mendapatkan pekerjaan affiliate ini?
Sebagai penulis upahan yang memang faham dan menguasai dalam bidang penulisan, konten dan berkaitan keperluan semasa sebagai penulis, menjadi affiliate adalah perkara paling mudah dilakukan.
Antara platform yang boleh kita daftar sebagai affiliate adalah edagang seperti shoppee, lazada, zalora, temu dan sebagainya. Hari ini pelbagai platform edagang muncul di negara ini.
Saya adalah seorang affiliate shoppee, zalora, involve asia dan beberapa lagi edagang lain.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat di internet untuk mendaftar sebagai affiliate.
Pastikan semak maklumat syarikat tersebut sebelum mendaftar dan memberikan sebarang maklumat peribadi ya.
Bukan apa sekarang begitu banyak scammer, malah mereka lebih bijak daripada kita dalam menipu daya mangsa.
Saya sarankan pilihlah jenama yang sudah dikenali, lebih mudah juga kita membuat pemasaran dan pengiklanan.
Antara platform edagang yang menawarkan peluang affiliate yang wajib penulis upahan sambar tahun 2025 :
- Shoppee
- Lazada
- Zalora
- Temu
- Involve Asia
- TikTok
Bagaimana penulis upahan bekerja sebagai affiliate?
Untuk menjadi affiliate, seharusnya kita perlu mendaftar di syarikat mereka. Kebiasaannya kita akan mendapat komisen apabila berjaya menjual barangan atau servis yang ditawarkan syarikat tersebut.
Jumlah komisyen juga bergantung kepada syarikat tersebut, kebiasaannya lagi besar atau mahal harganya lagi besar komisennya.
Daripada pengalaman saya, barangan elektronik antara bayaran komisen yang tinggi. Selain itu produk kesihatan juga menawarkan jumlah komisen yang tinggi kepada pekerja affiliate.
8 Persediaan penulis upahan menjadi affiliate :
- Mencari informasi tentang syarikat yang menawarkan affiliate seperti edagang
- Bersetuju dengan tawaran komisen diberikan
- Mendaftar
- Menyediakan dan memilih funnel sale affiliate yang sesuai
- Kaji target audien dan pelanggan
- Menghasilkan konten affiliate seperti copywriting, gambar serta video
- Menggunakan alat bantu atau tool yang berkesan sama ada dalam proses menghasilkan bahan konten dan juga pemasaran
- Konsisten, jangan berhenti walaupun tak ada orang like
Platform manakah penulis upahan boleh jalankan affiliate?
Sebagai penulis upahan, kita sudah mempunyai pelbagai saluran berkomunikasi yang boleh dijadikan funnel sale atau corong jualan untuk menjalankan affiliate.
Setelah kita mengenalpasti target audien atau pelanggan, barulah kita boleh tetapkan saluran untuk kita jalankan affiliate.
Saya lebih suka menggunakan Meta atau Facebook, kerana rahsia menjadi affiliate yang berjaya adalah apabila kita berjaya mempengaruhi kenalan.
Disebabkan saya aktif di Facebook, lebih mudah bagi saya menjalankan affiliate di sini dan menjadikan akaun ini sebagai corong jualan.
Namun, bagi mengelakkan kenalan di Facebook jemu kita boleh lakukan dengan lebih santai atau dengan menggunakan sentuhan personal.
Selain itu, sesuai dengan kerjaya penulis upahan, blog adalah salah satu lagi platform boleh dijalankan affiliate.
Pengalaman saya jalankan affiliate di blog memang sangat menyeronokkan. Walaupun artikel atau link affiliate itu telah dikongsi setelah beberapa tahun, namun masih dapat komisen melaluinya.
Di blog, penulis tidak perlu menjalankan affiliate dengan produk, jenama atau klien yang sama begitu kerap, hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
Namun, jika anda telah berkolaborasi dan mempunyai perjanjian untuk menggunakan atau sewa laman blog anda dengan kerap, anda perlulah akur.
Saya juga pernah terjumpa dengan penulis upahan yang menggunakan emel marketing untuk jalankan affiliate. Dari penulisannya, penggunaan platform emel juga langkah bijak untuk penulis menjana pendapatan melalui affilate. Jualannya mencecah empat angka sebulan dan kadangkala mencapai 5 angka. Perghhh! Padu tak padu?
Di sinilah kita memerlukan penggunaan gaya bahasa yang bersesuaian, yang tidak menonjolkan sisi untuk menjual sebaliknya bercerita atau storytelling. Malah bersesuaian juga dengan platform dan target audien.
Platform penulis upahan jalankan affiliate :
- TikTok
- X
- Emel
- Blog
Justeru, sebagai penulis upahan marilah kita bersama-sama kuasai semua platform pemasaran yang bukan sahaja dapat menjadi nilai tambah dalam mencari pendapatan tetapi menjadi nilai tambah kepada senarai tawaran kepada pelanggan dalam bidang ini.
Leave a comment