Akhir-akhir ini isu kenaikan premium perubatan menjadi isu hangat yang diperkatakan netizen.

Rata-rata menyuarakan perasaan tidak puas hati dan bimbang tidak mampu meneruskan langganan.
Malah ada yang turut berkongsi pengalaman dalam isu kenaikan premium ini, sehingga terpaksa menamatkan langganannya.
Namun bagi yang telah mendapatkan manfaat dari langganannya melahirkan perasaan bersyukur, kerana dengan tindakan mereka mempersiapkan diri dalam hal kesihatan terbukti meringankan bebab di saat memerlukan.
Kenaikan premium oleh syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) mencecah 40 hingga 70 peratus dengan alasan mengalami kerugian, sedangkan laporan menunjukkan syarikat insurans dan hospital memperolehi keuntungan yang kukuh dan pertumbuhan konsisten.
Bagi mewajarkan premium yang lebih tinggi, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjelaskan bahawa, industri ini telah mengalami kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini berjumlah 56 peratus sejak 2021 hingga 2023. (sumber : Harian Metro)
Namun, hakikatnya pelanggan yang berusaha mengadakan pelindungan kesihatan ini bukan semuanya yang meraih pendapatan tinggi, sebaliknya sedaya upaya berusaha untuk memastikan kualiti hidup yang lebih baik.
Seperti juga yang diuarkan ejen takaful yang membuat tawaran dan kempen kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya mengambil perlindungan takafaul dan insurans bagi persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk penyakit kritikal, kemalangan dan kematian.
Saya tidak mahu membincangkan isu mencarum takaful dan medical card ini, tapi mahu berkongsi tentang cash value yang diperolehi daripada hasil caruman bertahun-tahun sejak 2017 (jika tak silap).
Sejak polemik premium itu berkicauan di semua media sosial, saya bau terdetik untuk bertanya tentang cash value kepada ejen takaful.
Keberanian ini juga datang selepas terbaca perkongsian pencarum takaful Pridential yang berjaya mengeluarkan cash value yang agak lumayan.
Pada mulanya niat hati mahu batalkan, namun disebabkan ada tawaran yang masih mampu dibayar dengan ‘upgrade’ semula plan, saya membuat pilihan yang terbaik.
Iaitu dengan terus mencarum takaful dengan harga RM245, dan sebenarnya jumlah ini telah meningkat dari sebelumnya iaitu RM219, dan RM164 pada sebelumnya.
Jika saya meneruskan plan yang sebelum ini, kenaikan boleh menaikkan darah tinggi juga iaitu dari RM219 kepada RM290 sebulan.
Selepas ditolak, ditambah dan dicampur dan membelek akaun ke-3 kwsp, saya rasa boleh top-up untuk caruman insurans ini, yang penting masih mendapat manfaat yang sama dan ditambah baik.
Jadi, sebulan caruman takaful adalah sebanyak RM245 bermula Januari 2025.
Cerita mengenai cash value, selepas disemak oleh ejen takaful hampir RM10,000 juga. Banyak juga kan? Mula lah berangan nak beli gelang emas baru. Hahaha. Untuk pelaburan juga kan, sesak-sesak boleh masuk ar-Rahnu.
Kemudian saya minta ejen insuran untuk bantu cara mengeluarkan semua cash value itu. Tetapi, ejen insuran menasihatkan supaya tinggalkan sedikit di dalam akaun supaya boleh growth semula.
Selepas faham dengan penjelasannya, saya bersetuju untuk mengeluarkan cash value yang dicadangkan ejen insurans itu.
Apa yang perlu disediakan untuk keluarkan cash value Prudential BSN Takaful?
- Sediakan gambar MYkad bahagian belakang dan hadapan
- Sediakan tandangan
- Sediakan nombor akaun bank
Haa, tiga benda ini sahaja yang perlu disediakan. Namun pastikannya juga tiada tunggakan bayaran yer!
Selain itu, hasil daripada carian saya juga menemui cara lain yang sekiranya ejen insurans anda sudah tidak dapat dihubungi.
Anda boleh terus ke pejabat Prudential BSN Takaful untuk membuat pengeluaran. Staf di sana akan bantu untuk mengeluarkan cash value anda.
Berapa lama tempoh yang diambil untuk pihak Prudential BSN Takaful kreditkan cash value anda?
Selepas beberapa hari saya memohon untuk keluarkan cash value, namun bayaran masih belum dikreditkan.
Selepas bertanya semula dengan ejen insurans, keadaan ini disebabkan waktu puncak permohonan menjadikan sistem sibuk.
Kebetulan pula saya membuat permohonan dihujung tahun, beberapa hari saja lagi menuju tahun 2025.
Jadi saya berlapang dada dan bersabarlah sekarang ini. Namun mengikut maklumat ejen insurans ini, pengkreditan permohonan pengeluaran cash value ini hanya mengambil masa 2-3 hari sahaja, tetapi boleh juga mengjangkau sehingga seminggu bergantung pada keadaan.
Apa yang penting saya bersyukur, tidak pernah membuat tuntutan sepanjang mencarum di Prudential BSN Takaful ini. Semoga kita terus sihat sejahtera hendaknya.
Leave a comment