
Penulis upahan perlu ada checklist untuk pastikan sentiasa relevan
Sejak penggunaan AI atau kecerdasan buatan sudah mula diperluaskan dalam semua bidang termasuk penulisan, ramai penulis menyuarai kebimbangan.
Namun, hakikatnya AI ini sebenarnya menjadi alat bantuan kapad penulis bagi menghasilkan karya dengan lebi kreatif dengan tidak mengenepikan pengalaman, bakat dan kemahiran sedia ada.
Dengan menambah kemudahan AI seperti chat GPT dan perplexity dalam menulis, karya yang dihasilkan menjadi lebih pantas, unik, dan bertambah menarik.
Kemahiran seseorang penulis masih diperlukan bagi memastikan alat bantuan menulis ini dapat digunakan dengan optimum, disamping mengurangkan kesalahan serta kos wang ringgit serta masa.
Justeru, check list penulis upahan 2025 secara tidak langsung haruslah disertai denga AI bagi mengikut perkembangan semasa.
Sebagai seorang penulis upahan, ini 6 checklist yang boleh dibuat pada tahun 2025 ialah :
Kuasai AI
Sebagai penulis upahan cuba belajar dan kuasai Chat GPT dan Perplexity AI. Dua alat ini membantu penulis dalam menyemak fakta, mencari sumber, memberi idea dan sebagainya.
Namun, diingatkan sungguhpun AI dapat memudahkan kerja menulis, sebaiknya penulis perlu menggalas tanggungjawab untuk menyemak semula fakta sebelum dikongsi kepada umum.
Sepanjang saya menggunakan AI ini, tidak semua maklumat diberikan adalah tepat seperti kerata hadis, berkaitan agama Islam dan sebagainya.
Justeru, saya sentiasa membuat semakan semula di enjin carian google untuk memastikan ianya tepat.
Brand marketing
Brand marketing adalah salah satu alat pemasaran yang boleh membantu penulis upahan terus dikenali pelanggan.
Brand marketing dilakukan di platform media sosial seperti Meta, X, Instagram, Tik Tok serta website atau blog.
Konten yang bersesuaian dengan servis ditawarkan penulis upahan dapat memberi kepercayaan kepada pelanggan.
Kebanyakan penulis akan berkongsi aktiviti menulis dan menawarkan khidmat menulis kepada pelanggan secara konsisten.
Ada penulis menggunakan personal branding dan juga menubuhkan syarikat servis menulis. Sungguhpun begitu bagi penulis upahan kebanyakannya menonjolkan imej individual untuk personal branding.
Kuasai konten
Konten bagi penulis upahan boleh dilakukan dengan bermacam cara seperti bisnes-bisnes lain.
Saya sendiri membina konten berasaskan penulis itu sendiri sungguhpun niche atau tema yang pelbagai.
Contohnya, niche makanan sihat. Saya akan kaitkan penulis dan makanan sihat. Contoh tajuk, minuman untuk memberi kecergasan kepada penulis yang duduk lama tanpa menggemukkan.
Apabila kita menghubungkaitkan segala konten dengan penluis, ia akan memudahkan audien mengenali, sekaligus meningkatkan penjenamaan di semua platform media sosial serta website.
Konten juga perlu dipelbagaikan, bukan hanya sekadar penulisan tetapi sertakan juga video, info grafik dan sebagainya.
Optimumkan penggunaan media sosial
Siapa yang tidak ada media sosial hari ini? Boleh dikatakan semua yang memiliki telefon pintar jaima kanak-kanak pun sudah pandai mengakses lama media sosial.
Inikan pula, pelanggan yang mahukan khidmat penulis upahan atau pun tidak.
Bagi pelanggan yang mahukan khidmat penulis upahan pastinya mereka mahukan yang mudah dicapai, dan sentiasa muncul apabila membuat carian. Tawaran harga yang menarik boleh hatch di nombor dua.
Selain itu, dengan mengoptimumkan penggunaan media sosial ia secara tidak langsung boleh mengubah persepsi audien serta menimbulkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat penulis upahan.
Hal ini, telah dibuktikan dalam konsep framing salam Teori Kognitif.
Bina blog atau website
Jangan terkejut menulis website tau blog ini antara rahsia penulis upahan boleh menjana pendapatan lumayan sepanjang karier mereka.
Ramai penulis upahan secara sambilan atau sepenuh masa menggunakan blog untuk mendekati audien serta pelanggan mereka.
Kajian membuktikan juga, website dan blog boleh meningkatkan credibility dan visibiliti seorang penulis. Pelanggan juga takut mereka discam, oleh salah satu cara adalah dengan mencari penulis melalui blog.
Begitupun, blog haruslah sentiasa dikemaskini dan menggunakan bahasa manusia (humanize) kerana robot yang dicta scammer tidak dapat meniru bahasa manusia yang lebih beremosi.
Tambah dan tingkatkan kemahiran
Kerja menulis juga bergerak seiring kecanggihan teknologi. Terutama bagi kita yang banyak bergantung tawaran menulis dalam bidang pemasaran.
Lagi pula, hari ini ramai yang mampu menjadi penulis walaupun mereka tidak begitu meminati bidang ini kerana desakan hidup serta kepesatan teknologi seperti AI.
Justeru, kita sebagai penulis perlulah pastikan lebih berpengetahuan, unik dan memenuhi kehendak serta keperluan pelanggan dalam bidang ini.
Anda boleh mengambil kursus-kursus online di coursera, udemy dan sebagainya untuk tingkatkan kemahiran serta mengetahui trend penulisan semasa.
Malah, anda juga boleh mula daripada asas tentang semua jenis penulisan termasuk platform media sosial, ketahui garis panduan dan kehendaknya.
Semua ini boleh baca di laman web media sosial itu sendiri.
Baca buku
Ini adalah rutin harian yang penulis upahan lakukan. Membaca dapat memperbanyakkan kosa kata dan menjana idea-idea kreatif bagi seorang penulis.
Malah, dengan membaca setiap hari penulis dapat berkarya dengan lebih lancar dan menjadi lebih kreatif, malah ia juga boleh mengurangkan writer blocking!
Ini antara kaedah yang saya lakukan untuk menjana idea-idea serta perspektif baru falam penulisan. Malah terbukti idea yang lahir lebih kreatif dan bertambah baik selepas melakukan pembacaan.
Tidak perlu tetapkan apa-apa genre buku, ikut saja kesukaan anda!
Bagi anda yang baru mahu mencuba bidang penulis upahan ini, jangan bimbang.
Mulakan saja dan terus brandingkan serta tawarkan servis anda okay!
Leave a comment