Cara Memulakan Pekerjaan Dengan Menulis Tahun 2024

3–4 minutes
ghostwriter malaysia

Menulis adalah satu aktiviti yang tidak pernah hilang ditelan arus kemodenan.

Tahun 2024 kini, masih ramai yang menggunakan kesempatan dengan kemudahan teknologi serta transformasi digital untuk menjana pendapatan dengan hanya menulis.

Tahun 2024 menjadi satu lagi tahun yang membuka pintu-pintu rezeki untuk menjana pendapatan dengan bakat serta kemahiran menulis.

Bagaimana untuk memulakan pekerjaan atau menjana pendapatan dengan menulis?

Masih relevankah menulis dijadikan sumber pendatapan setiap bulan?

1. Menawarkan servis menulis di media sosial dan website

2. Meneruskan promosi, pemasaran dan pengiklanan

3. Mencuba pelbagai platform baharu yang muncul

4. Sentiasa mencari kerja-kerja menulis di laman web yang boleh dipercayai

5. Cuba menawarkan kolaborasi

6. Mengikuti grup media sosial yang berkaitan penulis

Tips ini akan membantu penulis pemula atau yang masih memastikan kerjaya ini menjadi satu cara menjana pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

1. Menawarkan servis menulis di media sosial dan website

Sebagai penulis kita juga melatih diri untuk menjadi seorang usahawan. Di mana penulis perlu mengetahui cara untuk berbisnes.

Bagaimana?

Caranya adalah dengan melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu bisnes terutamanya pemasaran.

Ilmu pemasaran sangat penting kepada penulis masa kini, untuk memastikan kita mampu menjadikan minat, bakat dan kemahiran ini sebagai satu kerjaya yang profesional serta menjana pendapatan setiap bulan.

Kebanyakan penulis menggunakan media sosial untuk mempromosi servis yang ditawarkan sama ada melalui pengiklanan berbayar ataupun penjenamaan secara percuma.

Penulis boleh membina akaun media sosial berbentu umum, grup atau pun ‘page’. Namun jika kita memiliki ketiga-tiga akaun ini lebih baik dan membantu untuk promosi, pemasaran dan penjenamaan ‘perniagaan’.

Selain itu, membina blog atau website juga adalah sesuatu yang tidak boleh lagi penulis elak. Saluran ini sangat membantu banyak penulis dalam mendapatkan pelanggan.

Saya sendiri mendapat pelanggan melalui laman web yang dibina. Namun pastikan laman web kita sentiasa aktif ya!

2. Meneruskan promosi, pemasaran dan pengiklanan

Ya, ini adalah salah satu rutin yang tidak boleh penulis tinggalkan. Ramai juga penulis yang gagal mendapatkan pelanggan dan berputus asa disebabkan mereka tidak mementingkan promosi, pemasaran dan pengiklanan.

Bagaimana penulis melakukan promosi, pemasaran dan pengiklanan?

Sebagai penulis, ayuh gunakan kemahiran, bakat dan kelebihan menulis untuk menarik perhatian audien di media sosial dan digital.

Tidak semestinya kita perlu menulis iklan sahaja setiap hantaran atau di dalam artikel, tetapi buatlah perkongsian.

Saya suka menetapkan ‘target audien’ setiap hantaran yang dibuat sama ada di media sosial atau pun digital.

Apabila kita tahu target audien, lebih mudah untuk membina kandungan atau menghasilkan kandungan yang bersesuaian, bernilai dan menarik perhatian.

Semua ini kita boleh belajar dari ilmu pemasaran serta perniagaan.

3. Mencuba pelbagai platform baharu yang muncul

Jangan hadkan platform media sosial dan digital untuk kita sebarkan servis dan pemasaran.

Cubalah setiap platform atau aplikasi baharu yang muncul untuk memastikan kita mendapat dan menarik pelanggan.

4. Sentiasa mencari kerja-kerja menulis di laman web yang boleh dipercayai

Sebagai usahawan menulis, ini adalah perkara asas yang perlu dilakukan. Penulis perlu berusaha dan sentiasa kreatif untuk mencari pelanggan.

Salah satunya adalah dengan melakukan ‘job hunting’ di laman-laman web yang memerlukan khidmat menulis.

Namun, awas jangan tertipu dengan tawaran menarik sehinggakan kerja yang dilakukan tidak menerima bayaran.

5. Cuba menawarkan kolaborasi

Ramai sifu bisnes cakap, zaman ini adalah zaman kolaborasi. Tidak semestinya kita berkolaborasi dengan penulis sahaja tetapi boleh juga mencuba idea ini dengan pembangun laman web yang memerlukan sevis menulis artikel sebagai satu nilai tambah kepada bisnes mereka.

Selain itu, syarikat konsultan pemasaran yang sentiasa memerlukan ‘outsource’ untuk penulis kandungan atau iklan yang memenuhi kehendak pelanggan mereka.

Saya pernah bekerjasama dengan pembangun laman web yang memerlukan penulis artikel seo dan artikel untuk laman web pelanggan mereka.

Selain itu, saya juga pernah bekerjasama dengan syarikat konsultan pemasaran untuk menghasilkan copywriting dan skrip video untuk pelanggan mereka.

6. Mengikuti grup media sosial yang berkaitan penulis

Akhir sekali, saya kongsikan jangan lupa untuk rajinkan diri mengikuti grup-grup penulis di media sosial.

Banyak juga kelebihan dan manfaat daripada grup ini termasuk mendapatkan pelanggan, menambah ilmu dan sebagainya.

Saya juga sentiasa mengambil manfaat daripada grup ini untuk ‘pitching’ pelanggan. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak.

Namun jangan berputus asa, teruskan usaha ya!

Leave a comment