Raih pengikut dan ‘view’ dengan konten yang tepat

Dalam dunia era marketing digital ini, peranan konten sangat penting sama ada dalam bentuk teks, video, imej, audio, info grafik atau pun gabungan semua sekali bentuk konten ini.
Setiap penulis konten atau kandungan, pengurus konten, serta pengarah kreatif perlu peka terhadap ciri-ciri konten yang perlu dihasilkan mengikut kesesuaian dan keperluan sesuatu jenama dan produk.
10 Ciri Konten Engagement Untuk Tarik Perhatian dan Pengikut
Konten ‘engagement’ adalah konten yang mempunyai ciri-ciri untuk mempengaruhi orang ramai atau audien menonton, membaca, memberi reaksi dan berkongsi.
Hari ini, ramai menggunakan teknik ‘storytelling’ untuk mencipta konten ‘engagement’ sama ada melalui rakaman video dan teks.
Namun apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalam sesebuah konten atau kandungan yang boleh menarik audien sebenarnya?

- Pemilihan tajuk atau headline yang berimpak
- Pastikan kandungan seperti artikel, imej dan video menarik dan relevan dengan perbincangan serta tajuk
- Memastikan konten yang dihasilkan sesuai dengan sasaran audien termasuklah gaya bahasa dan sebagainya
- Pastikan dalam setiap artikel menggunakan imej yang sesuai, tepat dan menarik
- Boleh cuba menggunakan infografik bagi meningkatkan fungsi ‘pengalaman pengguna’
- Gunakan video
- Memahami kehendak audien
- Pastikan kandungan sentiasa mengikut ‘trend’
- Muat naik atau kemaskini hantaran di media sosial selalu
- Pastikan semua saluran media disesuaikan seperti media sosial, website dan sebagainya
- Berkongsi kepakaran dan idea kepada audien
Konten yang menarik adalah salah satu cara mengukur kejayaan sesebuah strategi pemasaran yang dilaksanakan di dalam sesebuah perniagaan.
Pembangunan konten di saluran-saluran media termasuk media sosial mestilah mempunyai matlamat untuk menarik audien membaca, berkongsi, memberi reaksi dan dijadikan panduan untuk mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.
Setiap penulis diharap dapat memastikan penulisan mereka mempunyai informasi berguna dan bukan sahaja sebagai hiburan untuk mendapatkan ‘engagement’ daripada audien sahaja.
Inilah antara salah satu tanggungjawab besar kepada penulis untuk masyarakat yang perlu digalas.
Leave a comment