Bagaimana strategi menyusun kalendar konten marketing?

1–2 minutes

Sedar atau tidak, semakin hari ramai pemilik bisnes semakin tepu untuk menjalankan marketing.

Hari-hari ulang perkara yang sama.

Tahu tak penyusunan konten yang tepat, sebenarnya memainkan peranan membantu setiap kempen atau pun aktiviti marketing sesebuah perniagaan mencapai objektif.

Menyusun konten-konten untuk marketing online bukan perkara yang mudah, ia memerlukan banyak analisis, kajian dan mengambil kira semua faktor.

Penyususnan konten yang tepat akan meningkatkan reputasi, pelanggan organik, engagement dan ROAS/ROI.

Terdapa tiga (3) platform yang perlu penyusunan konten secara berstrategi :

  • media sosial posting
  • newsletter/emel
  • media sosial ads

Keberkesanan marketing di platform ini bermula daripada aktiviti mengenalpasti, menyesuaikan dan menyusun konten-konten yang tepat dan berimpak.

Hal ini adalah berdasarkan beberapa faktor atau keadaan yang perlu diambil kira seperti masa, sebab, kesan, manfaat, tawaran, lokasi, dan situasi sekeliling.

Malah, konten ini juga perlu disesuaikan dengan target audien yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa konten yang boleh digunakan dalam penyusunan jadual konten ini seperti :

  • hard selling
  • storytelling
  • tawaran
  • promosi
  • informasi
  • engagement
  • humor
  • cabaran

Bagaimanapun pemilik bisnes atau penulis perlu mengetahui apakah yang perlu diutamakan mengikut segmen pelanggan atau target audien yang ditetapkan.

Penyusunan konten di dalam kalendar ini juga memberi manfaat seperti memastikan fokus setiap satu kempen setiap minggu atau bulanan.

Malah memudahkan gerak kerja tim pemasaran termasuk grafik, penulis konten, videografer dan tim ads serta marketing menjalankan tugas.

Penyusunan konten kalendar atau kalendar konten juga membantu meningkatkan kualiti, menjimatkan masa, dan susunan kerja lebih sistematik.

Malah, penyusunan konten yang tepat dan berstrategi akan memastikan kejayaan anda dalam permainan ‘game marketing’.

p/s : Anda tiada masa untuk berfikir menyusun konten?

Leave a comment