Pengurusan Konten Yang Menarik

1–2 minutes

Tentukan Objektif Konten Bisnes Untuk Peningkatan Jualan

Hari ini, setiap pemilik bisnes berusaha keras untuk memastikan media sosial mereka mempunyai konten setiap hari.

Dalam keghairahan memastikan media-media sosial, aplikasi sosial dan website bisnes dipenuhi konten, namun mereka terlupa untuk memastikan matlamat konten tersebut dihasilkan.

Konten bukan sahaja perlu menarik tetapi penting mempunyai nilai yang bersesuaian dengan produk, bisnes atau servis.

Dalam membina konten, seorang pemilik bisnes perlu mengetahui matlamat atau objektif mereka.

Antara objektif pembinaan konten:

  • Promosi
  • Jualan
  • Khidmat masyarakat (PSA)
  • Pendidikan/Informatif
  • Hiburan
  • Branding
  • Pelancaran
  • Pengumuman

Kebanyakan pemilik bisnes semenangnya membina konten adalah tujuan untuk menjual produk mereka, di samping membina imej atau branding.

Begitupuan, strategi atau konsep pembinaan konten perlu disesuaikan dengan objektif sebenar.

Selain itu, konten akan menjadi lebih menarik dan memberi kesan positif apabila disesuaikan dengan avatar atau target audien.

Saya sendiri, sebagai penulis upahan atau ghostwriter membina avatar untuk memudahkan penghasilan konten.

Setiap konten akan disesuaikan dengan avatar yang ditetapkan. Avatar ini akan lebih mudah tertarik dengan konten yang ditujukan khas untuk mereka.

Strategi konten ini juga sangat berkesan untuk mendapatkan pelanggan organik.

Contohnya, apabila menetapkan objektif untuk melakukan promosi, avatar yang digunakan mungkin audien yang mempunyai pekerjaan, bergaji bulanan, suka make-up, menjaga kesihatan, dan sebagainya. Avatar ini sesuai untuk bisnes berkaitan barangan kecantikan, kesihatan, fesyen dan sebagainya. Bergantung kepada VP atau jenis perniagaan yang dijalankan.

Bolehkah tetapkan pelbagai avatar untuk satu produk atau bisnes?

Tiada masalah sebenarnya, namun perlu dilakukan dalam kempen dan konten yang berbeza.

Contohnya jika objektif adalah untuk promosi barangan jualan, tentukan siapa avatar pertama. Elakkan konten yang mencampur adukkan avatar.

Ya, sudah semestinya banyak konten yang perlu dihasilkan. Namun inilah sebenarnya antara rahsia dan kini menjadi tips untuk menghasilkan pelbagai konten menarik yang relevan, dan untuk meningkatkan keuntungan jualan.

Begitupun, sebagai pemilik bisnes jangan lupa untuk mewujudkan kalendar konten untuk memudahkan pengurusan konten secara konsisten di media sosial dan website perniagaan.

Baca juga ini : https://cikmilah.com/2023/03/13/framing-dalam-penulisan-konten-iklan-media-sosial-dan-marketing/

Baca juga ini : https://cikmilah.com/2023/03/28/digital-marketing-8-tips-membina-konten-copywriting-memukau/

Leave a comment