5 Tips Bina Konten Bisnes Di Media Sosial

3–5 minutes

Zaman digital ini pemilik bisnes dan peniaga tidak boleh lari daripada menyediakan konten setiap hari untuk memasarkan produk kepada pelanggan.

Konten dalam terjemahan Bahasa Melayu adalah kandungan. Kandungan digital ini boleh muncul dalam bentuk :

  • Teks
  • Audio
  • Imej
  • Grafik
  • Visual

Kebiasaannya elemen dalam konten ini digabungkan menjadi satu bentuk bahan untuk diterbitkan sama ada di media sosial, website atau pun internet.

Bagi pemilik bisnes tidak kira sama ada kecil atau pun besar, mikro atau pun makro, konten diperlukan dalam usaha memastikan servis atau produk yang ditawarkan mereka dapat dijual kepada pelanggan.

Inilah tujuan konten sebenar konten dicipta atau dibina walaupun ia dihasilkan bagi tujuan perkongsian bukan bersifat untuk menjual.

Konten juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

  • konten menjual – copywriting, video copy, web copy dan sebagainya
  • konten informasi – tips, rahsia, kaedah, penyelesaian, saranan, cadangan dan sebagainya

Perbezaan paling utama dalam dua jenis konten ini adalah, setiap konten menjual perlu mempunyai CTA. Ini matlamat utama dalam konten menjual.

Konten menjual digunakan dalam pengiklanan untuk menarik pelanggan atau audien bertindak sama ada membeli, download, share, dan sebagainya.

Manakala, konten informasi ini lebih bersifat untuk berkongsi dan menarik perhatian audien untuk kekal setia dengan jenama (brand). Atau dalam bahasa marketingnya adalah untuk tujuan awareness, engagement dan trust.

Begitupun penghasilan konten sebegini sebenarnya membantu sesebuah jenama, bisnes, tokoh, dan pempengaruh ini dapat membentuk komuniti sendiri.

Komuniti ini akan ejen penting dalam marketing. Pernah dengar mouth to mouth? Tapi entri kali ini saya tidak mahu bercerita mengenai ejen marketing tapi akan fokuskan tentang konten.

Penentuan konten untuk bisnes

Bagi yang baru berjinak untuk memberi fokus kepada konten di media sosial, pastinya maish keliru bagaimana mahu menentuka konten yang bersesuaian dengan bisnes.

Saya juga pernah mengalami perkara sebegini pada permulaan ketika menghasilkan konten untuk servis menulis.

Saya masih keliru walaupun telah mengikuti kelas-kelas penulisan konten, kerana kebanyakan kelas tersebut tidak memberi penjelasan yang menyeluruh. Maklumlah kelas konten itu hanya dibuat dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Mana mungkin semua ilmu dalam pembinaan dan penulisan konten ini dapat disampaikan semua.

Dalam fasa itu, saya seolah mengalami krisis kecelaruan identiti. Begitupun, saya teruskan dengan membina konten untuk media sosial. Saya mencari di mana potensi untuk ditonjolkan melalui konten.

Akhirnya saya menemui cara yang boleh membantu bisnes menulis saya dan juga mungkin pemilik bisnes lain.

Dalam membina konten, kita sebenarnya perlu mengetahui target audien sendiri. Target audien ini penting dalam menentukan pembinaan konten yang tepat.

Bagaimana mahu membina target audien?

Bina avatar. Avatar boleh dibina berpandukan demografi, hobi, minat, penggunaan teknologi, pemilihan platform media sosial, dan sebagainya.

Bagi saya yang menyediakan servis menulis mensasarkan untuk semua pemilik bisnes, tokoh seperti ahli politik, mentor, akademik, dan sesiapa yang memerlukan khidmat menulis untuk konten digital, korporat dan akademik.

Nampak macam saya tak ada fokus kan? Tetapi saya ada USP tersendiri. Orang yang mengikuti page dan konten saya sahaja mengetahuinya, apa yang saya cuba sampaikan.

Maksudnya, jika ada orang memerlukan khidmat menulis konten saya adalah antara penulis pilihan di Malaysia.

Selepas membina target audien, pilihlah niche atau tema yang bersesuaian dengan bisnes. Sekiranya anda mempunyai perniagaan tudung, niche konten anda adalah muslimah.

Muslimah adalah satu niche yang besar. Muslimah terdiri daripada wanita, remaja perempuan, anak-anak perempuan, bayi perempuan, keluarga, wanita bekerjaya, wanita aktif dan banyak lagi.

Dari niche yang besar keluarkan subtopik. Dari subtopik keluarkan lagi subtopik. Ya, anda tidak akan habis idea untuk membina konten.

Jangan lupa juga dalam membina konten, ambil kira juga isu semasa, trend, viral, musim, cuaca dan faktor sekeliling.

Mahu atau tidak mahu, faktor sekeliling juga dapat membantu anda dalam menghasilkan konten yang tepat dan engagement.

Maksud engagement ini bagi saya penulis upahan, saya tidak memerlukan konten menjadi viral dan diketahui semua audien media sosial.

Namun jika bagi anda yang terlibat dalam bidang fesyen, makanan dan yang menjadi keperluan dan kehendak orang ramai, konten yang menjadi viral sangat membantu bisnes anda.

Begitupun pembinaan konten masih memerlukan target audien yang tepat untuk memastikan konten anda menjadi viral dan dikongsi.

Selain itu, yang ke-5 pemilihan platform untuk diterbitkan. Setiap platform media sosial ini, penerimaan audien terhadap konten adalah berbeza. Walaupun hakikatnya mereka adalah individu yang sama di alam nyata.

Oleh sebab itu, pembinaan konten juga ditentukan oleh platform yang dipilih. Ada sesetengah platform seperti Facebook audien masih gemar membaca dan menjadi reader.

Manakala Instagram audien suka melihat gambar dan video athestic dan cantik, beserta kapsyen yang padat, tepat dan menarik.

Manakala di TikTok audien tertarik dengan video klip berserta diskripsi di dalam video tersebut.

Kesimpulannya, pembinaan konten untuk bisnes ini seharusnya mempunyai fokus terhadap niche bisnes namun diolahkan konten mengikut teknik yang lebih menarik untuk engage target audien anda.

Konten yang dibina adalah satu proses untuk membina identiti dan branding anda. Jadi konsisten dan fokuslah…

CM

Leave a comment