Membina Konten, Copywriting Memukau

2–3 minutes

Konten dan copywriting antara senjata utama dalam marketing digital hari ini.

Dengan dua kaedah marketing ini, pemilik bisnes dan pengusaha boleh memukau audien dan pelanggan untuk membuat keputusan.

Konten penulisan khususnya diunakan sebagai salah strategi di media sosial untuk :

-membina branding (jenama)

-mewujudkan engagement

-meningkatkan follower

-menjual

-memberi informasi, hiburan dan sebagainya

Selain itu, copywriting juga sebenarnya salah satu elemen dalam konten marketing digital, namun mempunyai teknik dan strateginya yang tersendiri.

Bagi membina konten yang memukau termasuk copywriting, penulis boleh mempertimbangkan 8 teknik ini :

  • tidak menjadi hero dalam menghasilkan konten
  • menjadi tool untuk audien
  • berkongsi cara, informasi untuk menyelesaikan masalah audien
  • tulis dalam bentuk storytelling
  • hasilkan dalam bentuk info grafik
  • hasilkan dalam bentuk point menggunakan keypoint
  • menggunakan perkataan dan ayat yang tepat
  • menggunakan elemen emosi yang tepat

Konten yang memukau juga kebiasaannya dilengkapi dengan penggunaan gambar, poster, klip video, audio, headline, dan kapsyen yang menarik serta tepat.

Dalam pada itu, ketika menulis konten juga perlu mempertimbangkan beberapa faktor iaitu :

  • tujuan konten
  • target audien
  • platform untuk diterbitkan

1. Tujuan konten ini terbahagi kepada dua iaitu konten untuk membina crowd iaitu perkongsian, tips, manual menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Bagi konten bertujuan pengiklanan pula adalah berbentuk copywriting sama ada membuat penawaran harga, promosi, memperkenalkan produk (launching) dan sebagainya bagi menarik minat audien untuk membuat tindakan atau membeli.

2. Menetapkan target audien juga penting dalam menentukan objektif konten tercapai dan memudahkan penulisan dihasilkan dengan tepat.

Penentuan target audien boleh dibuat berdasarkan demografi, minat, hobi, penggunaan internet, penggunaan media sosial dan sebagainya.

Selain itu, target juga boleh ditentukan dan ditetapkan melalui unique selling product (USP) dan juga variety product (VP).

3. Menentukan platform untuk menerbitkan konten juga mempengaruhi cara penghasilan dan penyampaikan.

Contohnya di media sosial seperti Facebook mempunyai audien yang tersendiri dan cara mereka menerima konten adalah berbeza di TikTok dan juga Instagram.

Oleh itu, pemilihan platform media sosial akan mempengaruhi cara konten dihasilkan sama ada dalam bentuk artikel panjang, point, kapsyen, dan sebagainya.

Kesimpulannya dalam menghasilkan konten dan copywriting memukau banyak faktor dan strategi yang perlu diambil kira serta dirangka untuk memastikan ia tepat kepada sasaran (target audien).

“Jangan takut untuk mencuba menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan baharu, di media sosial audien sentiasa mencari sesutau yang ‘rare’ dan unik. Begitupun jangan lupa untuk memastikan konten sentiasa mempunyai nilai kepada audien,”.

CM

Leave a comment