Framing dalam penulisan konten, iklan, media sosial dan marketing

2–3 minutes

Dalam dunia konten marketing, sebagai penulis kita perlu membentuk tanggapan dan view masyarakat terhadap konten yang diterbitkan atau mempengaruhi mereka untuk menukar pandangan serta keputusan.

Disebabkan ini, penulis perlu pastikan konten yang ditulis dan dihasilkan dibingkaikan (frame) dengan kesan yang hebat.

Apakah pembingkaian penulisan?

Pembingkaian dibuat untuk membentuk pandangan serta persepsi masyarakat, merangsang emosi dan pengaruhi keputusan audien dengan konten yang dibina.

Saya juga pernah menggunakan kaedah framing ini untuk menulis berita ketika masih bekerja sebagai wartawan. Dan ahli politik juga menggunakan framing untuk “manipulasi” pemikiran rakyat atau lebih kepada mengalih tumpuan rakyat kepada isu lain.

Photo by nappy on Pexels.com

Justeru dalam penulisan konten terutama copywriting, kaedah framing mampu membantu menjadikan penulisan tersebut berkesan kepada sasaran audien.

Kaedah ini juga dianggap bias, namun ia masih berkesan kepada copywriting untuk menutup kelemahan sesuatu produk atau bisnes. Namun kelemahan ini sebenarnya juga boleh diketahui oleh pelanggan, namun disebabkan sifat otak manusia yang lebih suka memproses yang lebih jelas dan menarik perhatian maklumat yang satu lagi tidak difahami dengan baik.

Secara logiknya sebenarnya, penulis tidaklah berselindung fakta tetapi memilih yang lebih memberi kebaikan kepada produk dan bisnes sendiri. Malah untuk membolehkan audien lebih fokus kepada kelebihan utama produk.

Sebagai penulis, ini juga dipanggil taktik penulisan yang memberi fokus kepada sesuatu isu untuk mempengaruhi tindakan pelanggan atau audien.

Bagaimana menggunakan framing secara positif dan negatif?

Dalam marketing framing ini boleh digunakan dalam dua cara iaitu positif dan negatif. Pastinya kedua-dua cara ini mempunyai kesannya kepada audien.

Penggunaan framing dengan cara positif :

Kaedah ini dapat mempengaruhi audien fokus terhadap sesuatu dan mengubah persepsi untuk mengambil tindakan selanjutnya sama ada membeli, memuat turun, subscribe, share dan sebagainya.

Antara perkataan yang boleh digunakan di dalam copywriting adalah :

  • sekarang
  • beli
  • muat turun
  • dapatkan
  • jimat

Begitupun apabila penulis menggunakannya framing dengan cara negatif ia adalah untuk cuba mewujudkan ketakutan, kebimbangan dan emosi yang kurang menyenangkan kepada audien apabila terlepas pelaung atau tidak mencubanya.

Antara perkataan yang digunakan untuk framing secara negatif adalah :

  • tinggalkan
  • jangan lepaskan
  • kawal
  • jangan membazir
  • hentikan

Dalam menentukan penggunaan framing secara positif atau negatif ia bergantung kepada objektif penulis untuk menarik perhatian audien. Sebagai penulis perlu bijak menggunakan perkataan yang tepat walaupun ia disampaikan dalam bentuk negatif.

Contohnya :

Positif – Kekal beridentiti dengan konten produk dari CMCM, walaupun begitu banyak persaingan.

Negatif – Jangan hilang identiti, kekal fokus dengan pembinaan konten berstrategi dari CMCM.

Selain itu, penggunaan framing juga lebih berkesan dengan memberi visual kepada audien.

Contohnya :

Positif – Semua orang akan mula percayai anda, apabila mula menjadikan konten lebih berinformasi dan menghiburkan.

Negatif – Jangan menyesal, rakan anda semakin dikenali ramai – servis konten CMCM mampu jadikan anda seperti mereka.

Justeru teknik atau taktik framing di dalam copywriting sebenarnya membantu penulis untuk memberi fokus dan mempengaruhi persepsi serta tingkah laku audien tehadap sesuatu produk atau bisnes.

Malah membantu audien memberi tumpuan kepada isu utama untuk menyelesaikan masalah mereka.

Begitupun sebagai penulis, saya selalu berpesan kepada diri sendiri supaya tidak melakukan penipuan, atau tidak terlibat dengan bisnes atau produk yang benar-benar memberi kesan buruk kepada pelanggan seperti ternyata menjadi larangan, haram, dan terbukti memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Sebagai penulis, kita sentiasa ada pilihan. Pilihlah untuk jujur dan menjadi lebih autentik dengan menggunakan ‘senjata’ seorang penulis iaitu perkataan dan ayat.

CM

Leave a comment