Tips Membina Konten dan Copywriting Media Sosial

1–2 minutes

Konten digital dalam perniagaan hari ini bukan sesuatu yang asing lagi. Begitupun apabila ia melibatkan digital, pastinya trend konten juga berubah dengan cepat.

Trend ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti audien, algorithm media sosial, dan cara pengguna mengkosumi iklan digital ini.

Dalam penghasilan konten dan pengiklanan di media sosial ini, bentuk bahan perlu disesuaikan pula mengikut platform dan medium.

Contohnya di Facebook dan Instagram terdapat beberapa medium yang disediakan untuk pengguna, seperti reel, story, dan feed.

Medium-medium ini memerlukan penyampaian konten yang berbeza mengikut ‘feature’ dan cara audien menggunakannya.

Ada yang sesuai dan tepat menggunakan klip video, ada yang sesuai menggunakan imej berserta caption (headline) dan ada juga menggabungkan semua elemen dalam konten.

Bagi saya yang berada dalam bidang yang melibatkan marketing digital ini, banyak perkara perlu difikirkan untuk menghasilkan satu copywriting sependek 30 perkataan dan sepanjang 100-300 perkataan.

.

Nak hasilkan 1 copywriting yang betul-betul tepat kepada sasaran memerlukan banyak faktor yang perlu diambil kira…

.

Kebiasaannya saya akan lakukan :

1.Fahami, kenali, cintai produk atau bisnes yang sedang dijalankan…kena bagi jiwa dekat produk tu

2.Cari kelebihan produk yang boleh menyelesaikan masalah pembeli

3.Mengambil kira faktor semasa – contohnya menghampiri puasa, cuti sekolah, ekonomi, hari gaji dll.

4.Membina avatar – semak umur, jantina, minat dll

5.Mencari USP – create satu fenomena atau kempen khusus dalam satu-satu masa, proven membantu untuk retargeting audien.

Ini antara yang saya buat…untuk bantu team marketing dan ads memastikan RoAS dan conversion meningkat.

.

Kemudian barulah boleh memilih perkataan yang bersesuaian dan membina ayat yang compelling!

Paling penting beri penekanan kepada HEADLINE…untuk hook audien…

.

Haaa banyak tak kerja untuk hasilkan sebuah copywriting pendek di media sosial?

“Tepuk dada tanyalah selera”

Leave a comment