
Selalu saya terdengar masalah penulis upahan pemula atau ghostwriter yang masih tercari-cari cara untuk brandingkan servis.
Kebanyakan, keliru sama ada mahu menggunakan personal sebagai branding atau membina jenama. Pemilihan kaedah branding yang tepat juga dapat membantu penulis upahan pemula menerima ‘tugasan’ berbayar pertama dari pelanggan.
Malah kaedah branding yang tepat juga akan terus memastikan penulis upahan semakin mendapat permintaan dan menjadi pilihan pelanggan.
Begitupun, bagi saya kedua-dua kaedah branding ini mempunyai kelebihan dan kelemahan, namun ia tidak menjadi kesalahan sekiranya ada yang memilih antara salah satu atau kedua-duanya.
Sebagai penulis upahan, mengetahui matlamat sendiri dan sasaran audien akan membantu dalam pemilihan cara melakukan branding.
Mengikut satu kajian daripada cerdik pandai US, branding untuk bisnes yang menawarkan servis perlu menggunakan jenama berbanding imej personal seseorang individu iaitu pemilik, atau pencipta.
Contohnya, sekiranya Aini menjalankan perniagaan dobi layan diri yang menawarkan servis mencuci dan mengeringkan pakaian, Aini perlu menjenamakan syarikatnya bukan personalnya.
Lagi banyak branding dilakukan terhadap jenama syarikatnya, lagi mudah orang mengingatinya dan memilih jenama kedai dobinya. Aini tidak perlu menunjukkan kepayahan dirinya membina jenama, ia tidak memberi kesan atau value kepada pelanggan.
Begitu juga bagi penulis upahan atau ghostwriter. Tetapkan matlamat dalam bisnes penulisan ini?

Bagaimana cara menetapkan matlamat personal?
- Apakah yang anda mahu tawarkan kepada pelanggan?
- Apakah kerja-kerja yang anda mahu lakukan sebagai penulis upahan?
- Adakah anda mahu menambah pendapatan melalui identiti personal? Contohnya paid review?
Ini antara persoalanan yang perlu dijawab dengan jujur untuk memastikan cara branding sebagai seoang penulis upahan tepat.
Selain itu, saya lebih gemar menggunakan jenama CMCM untuk branding dan mempromosikan servis.
Pada pendapat saya selepas membuat beberapa ‘study’, penulis upahan bukanlah seseorang yang perlu dikenali oleh semua orang seperti seorang public figure.
Penulis upahan mempunyai sasaran audien atau pelanggannya tersendiri. Antaranya pemilik bisnes yang memerlukan khidmat penulis konten digital, tokoh yang memerlukan khidmat ghostwriter untuk menulis buku dan berkaitan servis ini.
Saya mempunyai semua akaun di media sosial yang disesuaikan mengikut target audien di setiap platform.
Contohnya, di Facebook saya mempunyai page dengan jenama Cik Milah Creative Media. Saya menggunakan platform ini untuk branding.
Sebelum saya pernah membuat satu eksperimen dengan menggunakan akaun Facebook peribadai untuk membuat posting, namun ia tidak cukup membantu untuk meningkatkan awareness.
Disebabkan itu, saya mula konsisten dan mengoptimumkan penggunaan page untuk melakukan branding dan marketing tentang perniagaan servis penulis upahan ini.
Ya, memang berkesan.
Ini antara cara membina branding melalui page iaitu jenama penulis upahan bukan personal :
- Membuat posting secara konsisten
- Membuat iklan – copywriting
- Berkongsi ‘value’ mengenai bidang penulisan seperti content writing, copy writing, content creator, digital marketing dan yang berkaitan
- Berkongsi pengalaman – do and don’t untuk audien, kelebihan dan kekurangan, penyelesaian kepada masalah, tips dan lain-lain
- Testimonial pelanggan
Penjenamaan jenama ini juga boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui video, penulisan, info grafik atau audio berbentuk podcast dan sebagainya.
Begitupun pemilihan bentuk konten ini perlu disesuaikan mengikut medium seperti reel adalah sesuai melibatkan video, audio, caption dan deskripsi. Story pula imej, video, audio, dan deskripsi.
Makanakala news feed, boleh menggunakan pelbagai bentuk konten dan kebiasaannya berbentuk penulisan yang padat dengan informasi, humor, hiburan, tawaran dan sebagainya.
Namun ingat!
Pembinaan jenama ini bukan kerja yang mudah dan cepat, ia memerlukan masa, kesungguhan dan komitmen berpanjangan.
Begitupun jangan pernah berputus asa untuk terus melakukannya dan menambahbaik selalu sama ada dari segi kemahiran, ilmu dan servis mengikut keperluan pelanggan.

Leave a comment