5 Tips Menulis Copywriting Website

1–2 minutes

Copywriting website adalah bertujuan untuk menarik audien membuat tindakan. Sama ada mereka menekan butang subcribe, beli, dan butang CTA lain yang terdapat di dalam website tersebut.

Pembinaan copywriting untuk website mempunyai cabaran yang berbeza berbanding menulis copy untuk pengiklanan di media sosial (advertorial-advertising).

Hal ini kerana copy untuk website lebih panjang dan mempunyai struktur yang tersendiri mengikut target audien.

Jadi tidak terkejutlah ramai penulis mengenakan caj yang agak ‘keras’ atau mahal untuk menulis copy website.

Saya sendiri pernah menerima tempahan untuk menulis copywriting website. Proses yang diambil agak ‘panjang’ untuk menyediakan copywriting tersebut.

Nak tahu bagaimana saya melakukannya dan menghasilkan copywriting website? Jom baca lagi.

5 tips membina copywriting untuk website yang tepat kepada audien sasaran :

  • Bina avatar atau persona target audien
  • Membuat kajian dan menganalisis kemahuan audien ketika membaca website tersebut
  • Menulis sebagai draf mengikut struktur
  • Mengedit dengan menggunakan ayat dan perkataan lebih ‘hook’ – ayat yang mengutamakan kehendak pelanggan, bukan klien penulis
  • Bina perasaan percaya dan suka dengan produk, bisnes atau servis tersebut barulah penulisan lebih authentic dan sampai ke hati audien

Selain itu, sebagai penulis copy untuk website juga perlu tahu mengenai keperluan dalam sesebuah homepage, website atau pun interface :

  • customer experience
  • interface yang mesra pengguna
  • interface yang tidak terlalu banyak info yang disumbatkan di dalam satu halaman
  • bina page baharu untuk info penerangan yang lebih panjang
  • jangan lupa butang CTA
  • jangan lupa ciri-ciri SEO
  • warna yang bersesuain mengikut niche bisnes
  • penggunaan gambar yang menarik

Sungguhpun, penulis copy website tidak terlibat sepenuhnya dalam penghasilkan rekabentuk dan layout website tersebut namun, ciri-ciri asas sesebuah website perlu diketahui.

Hal ini akan memudahkan penulis membayangkan setiap tulisan itu bertepatan dengan keperluan sesebuah website.

Kadang-kadang saya turut membina prototaip untuk interface sesebuah website, bagi memastikan penulisan copy itu tepat dan bersesuain dengan audien.

Leave a comment