
6 tips bagaimana membuatkan pelanggan memilih anda sebagai Ghostwriter
Orang yang mahu menerbitkan bahan penulisan sama ada berbentuk buku atau konten marketing untuk bisnes, mereka mencari karektor yang bersesuaian dengan diri mereka. Karektor perlu dibina oleh ghostwriter supaya mudah disukai oleh klien.
Sebelum ini saya pernah menemubual seorang prospek yang berminat untuk membukukan ideanya. Ideanya adalah mengenai motivasi kepada masyarakat. Menarik outline yang klien ini bentangkan kepada saya.
Sungguhpun selepas selesai sesi temubual itu, klien memuji cara saya mengendalikan sesi itu. Katanya saya berkongsi ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk menulis. Beliau juga mengakui sudah mula memahami selok belok menulis buku, dan tugas ghostwriter yang diupah.
Begitupun, beliau terpaksa memilih ghostwriter yang lain kerana disebabkan perbezaan upah. Ya, saya sebagai ghostwriter tidak boleh meletakkan upah terlalu rendah disebabkan mahu memuaskan hati klien sahaja. Saya perlu memikirkan tugas-tugas yang bakal dilaksanakan nanti.
Menghasilkan buku bukan kerja mudah. Antara yang saya pertimbangkan dalam meletakkan caj upah ghostwriter ialah :
- Jumlah perkataan
- Jumlah halaman
- Tahap kepayahan
- Genre penulisan
- Bahan yang perlu disediakan
- Gaya penulisan
- Masa yang perlu diambil
Apa pun bagi seorang ghostwriter masa menulis sangat penting. Masa menulis boleh ditetapkan mengikut tahap kesukaran dan genre buku yang mahu dihasilkan. Begitu juga gaya penulisan yang diperlukan klien.
Bagaimanapun, sekiranya klien tiada masalah tentang modal mereka akan lebih berhatihati memilih ghostwriter yang boleh dianggap ‘penulis sejiwa’.
Baca juga : Khidmat Ghostwriter Semakin Mendapat Permintaan Dalam Kalangan Usahawan
Baca juga : Bina personal branding, kepercayaan dan kredibiliti bisnes dengan e-book
6 ciri penulis sejiwa yang disukai klien ialah :
- Menjaga kerahsiaan
- Mematuhi deadline
- Kerja berjadual dan tersusun
- Cara berkomunikasi
- Bayaran berpatutan
- Boleh get along
- Menjaga kerahsian pelanggan
Saya pernah melalui beberapa temubual bersama pelanggan. Setiap kali berlaku temubual dan perbincangan mereka selalu mengingatkan supaya bahan yang diberika kepada saya tidak dikongsi dengan yang lain.
Mereka mahu idea mereka terjaga atau tidak dipalagiat pihak lain. Justeru sikap kerahsiaan sangat penting dibina dalam diri seseorang ghoswtriter.
2.Mematuhi deadline yang telah dipersetujui
Seorang ghostwriter perlu menjaga masa. Masa itu ibarat emas. Ghostwriter perlu bijak menetapkan deadline untuk memberi keyakinan kepada pelanggan memilih anda sebagai penulis.
Kebiasaannya penetapan deadline ini boleh bebrincang dengan pelanggan, atau ghostwriter sendiri memikirkannya sama ada 90 hari atau lebih.
Deadline ini mengambil kira kemampuan anda untuk menulis, dan ia perlu dimasukkan ke dalam surat perjanjian dan sebut harga.
3.Mempunyai jadual kerja
Ketika proses menebual atau pitching, pelanggan akan bertanya mengenai bagaimana cara menyiapkan penulisan yang mereka inginkan.
Disebabkan itu, ghostwriter perlu bersedia dengan jadual cara kerja bagi memudahkan pelanggan membuat perancangan sama ada untuk memasarkan, print buku dan sebagainya.
Penjadualan kerja ini dapat membantu kedua-dua pihak merancang kerja penulisan dan penerbitan buku.
Saya membahagikan kepada empat atau lima fasa, mengikut tahap kesukaran, genre atau jumlah patah perkataan yang diperlukan pelanggan.
4.Belajar berkomunikasi dengan betul
Ingat sekiranya anda seorang ghostwriter, anda juga seorang usahawan. Bijak dalam berkomunikasi memberi kelebihan dan membentuk identiti anda sendiri.
Mengendalikan pelanggan, anda tidak perlu terlalu ramah namun cukup sekadar membantu mereka menyelesaikan masalah. Gunakan laras bahasa yang tepat, seperti tuan, puan, cik atau mengikut pangkat dr, datuk dan sebagainya.
Selain itu ketika sesi perbincangan atau temubual, anda perlu juga kelihatan yakin dan berpengetahuan tentang perkara yang dibincangkan.
Beri peluang kepada pelanggan menghabiskan percakapannya terlebih dahulu dan menyuarakan pendapatan atau masalah mereka. Sekiranya perlu memberi penerangan teruskan, sekiranya tidak tanya mereka apa yang boleh dibantu.
5.Bayaran berpatutan
Sebagai seorang ghostwriter anda perlu tahu menetapkan harga untuk kerja-kerja penulisan anda. Sama ada anda mahu meletakkan harga mengikut pasaran, atau mengikut kemahiran anda.
Soal penetapan harga di dalam dunia ghoswriter tidak tertakluk kepada polisi dan sebagainya.
Setiap ghostwriter boleh menetapkan harga mengikut tahap kemahiran, pengalaman, kesukaran dan genre buku yang mereka perlu tulis.
Ada juga pelanggan memerlukan ghostwriter baharu atau muda kerana mahukan idea, konsep yang baharu. Malah ada juga yang mahukan ghostwriter yang lebih berkemahiran dan senior kerana kualiti dan sebagainya.
Jangan takut untuk meletakkan harga, buat tawaran dengan pelanggan anda sendiri untuk menarik minat mereka memilih anda!
6.Get along ketika proses menulis
Ada pelanggan yang mahukan ghostwriter yang boleh bergaul tanpa perlu rasa segan atau kekok. Kebiasaannya pelanggan menitik berat juga tentang jantina terutama apabila menulis buku seperti memoir, dan kisah hidup.
Pemilihan sama jantina ini memudahkan pelanggan berbicara hati ke hati dan menepati sudut pandangan bagi seorang lelaki.
Begitupun tidak dinafikan ada juga pelangan tidak kisah atau memilih ghostwriter berlainan jantina mengikut buku yang ingin dikeluarkan.
Pemilihan gender ini bukan menjadi isu besar di dalam dunia ghostwriter, sebaliknya pelanggan lebih berminat kepada ghostwriter yang boleh memberi keselesaan, pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan sebagainya.
Paling penting pelanggan lebih tertarik kepada ghostwriter yang mempunyai nilai kerahsiaan yang tinggi, mematuhi deadline, mempunyai jadual kerja yang tersusun, kemahiran berkomunikasi, bayaran dan pergaulan.


Leave a comment