Khidmat Ghostwriter Semakin Mendapat Permintaan Dalam Kalangan Usahawan

3–4 minutes

Usahawan Buru Ghostwriter Berlumba Terbitkan Buku Untuk Personal Branding

Usahawan memerlukan ghostwriter sekiranya mereka berminat untuk menerbitkan buku. Ada juga ghostwriter tetap memerlukan bantuan ghostwriter lain untuk menghasilkan buku.

Pelik bukan?

Namun begitu, trend menerbitkan buku di kalangan usahawan semakin meningkat malah permintaan terhadap ghostwriter juga semakin bertambah.

Saya tidak mempunyai data atau statistik yang direkodkan, namun berdasarkan pemerhatian trend mengupah ghostwriter untuk menyiapkan dan menerbitkan buku semakin mendapat permintaan di kalangan usahawan atau pemilik bisnes.

Kebanyakan pemilik bisnes atau usahawan ini menjadikan buku sebagai kad nama serta menigkatkan tahap profesional sekaligus dijadikan strategi marketing dan personal branding mereka.

Menghasilkan sebuah buku prosesnya tidak semudah yang disangka serta memerlukan komitmen, tenaga, idea, masa, kemahiran dan sangat memenatkan.

Tidak dapat dinafikan ramai usahawan dan orang mempunyai idea yang baik atau ‘boleh jual’ sekiranya dibukukan namun tidak semua mampu melaksanakannya. Percaya atau tidak ada sesetengah ghostwriter sendiri sukar melaksanakan idea untuk menerbitkan buku sendiri.

Mengapa?

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya disebabkan :

  1. Sibuk
  2. Tersekat
  3. Tidak yakin
  4. Tidak berkemahiran
  5. Tidak tahu mahu mula dari mana

Lima faktor ini adalah sebahagian sahaja kepada masalah lain yang timbul mengikut individu itu sendiri.

Ada usahawan telah memulakan penulisan atau dengan baik namun terhenti disebabkan kesibukan untuk menekuni kerja menulisnya itu.

Lama-lama kelamaan idea yang muncul akan semakin hilang, atau mood menulis sudah tidak berkunjung tiba lagi akibat lama berhenti menulis.

Bagi saya ini satu kerugian kerana idea menulis anda mungkin boleh dikongsi kepada masyarakat sebagai panduan, pendidikan, atau juga mendapatkan pendapatan hasil dari penerbitan penulisan dalam bentuk buku.

Mungkin juga fokus usahawan untuk meningkatkan personal branding mereka di mata masyarakat.

Selain itu, ada juga usahawan dan penulis ini stuck atau tersekat selepas menulis beberapa halaman atau topik. Tidak dinafikan menulis buku memerlukan masa yang lama untuk mencari idea, menyusun kata, menyusun plot pengceritaan dan sebagainya.

Menulis itu sebuah perjalanan yang sangat panjang dan sunyi…

CM

Disebabkan itu, ramai penulis tewas tanpa belum sempat memecut dan sampai ke garisan penamat.

Kebiasaannya, penulis yang stuck ini akan berputus asa walaupun idea yang mereka ada adalah menarik dan boleh dijual.

Inilah masanya, usahawan sebegini memerlukan khidmat ghostwriter untuk mengembalikan semula idea-idea dan menyusun semula dengan lebih baik. Malah lebih bersesuaian mengikut target penulisan buku anda.

Faktor tidak yakin ini juga banyak terjadi di kalangan orang yang ingin menerbitkan buku. Sungguhpun modal untuk menghasilkan buku telah tersedia namun usahawan masih tidak yakin dapat menyiapkan buku tersebut.

Mana tidaknya, menulis sebuah buku bukan kerja mudah memerlukan komitmen, masa, idea dan ia proses yang memenatkan.

Sekiranya anda juga menghadapi situasi sebegini, mengupah ghostwriter adalah penyelesaian masalah terbaik anda.

Kebanyakan ghostwriter akan memberi bantuan sepenuhnya sehingga anda berjaya menerbitkan buku tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Contohnya anda tidak tahu di mana perlu diterbitkan, ghostwriter dengan mudah dapat menyarankan penerbit yang bagus. Begitu juga jika anda tiada langsung ilmu dalam dunia penulisan dan penerbitan buku, ghostwriter juga boleh memberi nasihat serta konsultasi kepada anda secara percuma.

Begitu juga ghostwriter yang anda upah juga akan menyediakan semua langkah untuk menghasilkan sebuah buku. Namun perlu diingat, idea penulisan perlulah datang dari anda sendiri.

Ghostwriter akan menggunakan idea yang anda cuba sampaikan atau kemukakan dalam bentuk lebih mudah difahami dan dibaca.

Bagi mereka yang tidak berkemahiran dalam bidang penulisan juga memerlukan ghostwriter untuk menyampaikan idea dalam sebuah buku dengan lebih jelas. Ghostwriter yang berkemahiran dalam selok belok penulisan dan penerbitan akan membantu anda.

Namun anda perlu juga bersiap sedia dengan idea sahaja. Perbincangan dengan lebih detail akan ditetapkan oleh ghostwriter untuk memulakan proses menulis. Mudah saja bukan?

Ya, ramai juga yang mahu menerbitkan buku ini tidak tahu mahu bermula dari mana. Serba tidak kena dibuatnya. Jangan risau!

Ghostwriter boleh membantu anda. Ghostwriter bukan sahaja menulis, tetapi mereka juga akan berkongsi ilmu penulisan dengan anda. Bagaimanapun perlu diingat juga, setiap ghoswriter mempunyai caranya tersendiri. Mungkin anda akan melihat pelbagai perbezaan kemahiran dalam kalangan ghostwriter selepas melakukan survey.

Jangan bersusah hati, pilih sahaja yang mana bersesuaian dengan jiwa anda.

Tips, kebanyakannya akan memilih ghostwriter yang :

  1. Mempunyai gaya yang hampir sama dengan klien
  2. Mudah berbincang
  3. Mempunyai idea
  4. Membantu
  5. Upah berpatutan
  6. Tahap kredibiliti dan pengalaman
  7. Profesional

Begitupun, pemilihan ghostwriter juga bergantung kepada kehendak, serta target anda sendiri dan kebiasaannya setiap ghostwriter boleh menulis berdasarkan kemahuan kliennya.

Leave a comment