Bina personal branding, kepercayaan dan kredibiliti bisnes dengan e-book

3–4 minutes

Penggunaan ebook dalam strategi melonjakkan bisnes tidak asing lagi kepada pemilik bisnes.

Kebanyakan ebook yang diterbitkan pemilik bisnes ditulis oleh penulis upahan atau ghostwriter.

Sebelum saya pergi lebih jauh, jom kita fahami apa itu ebook?

Menurut Wikipedia ebook adalah buku elektronik atau e-buku yang memberi kemudahan kepada pembaca untuk di bawa ke mana-mana dengan menggunakan peranti sahaja seperti telefon pintar. Komponen ebook hanya terdiri daripada data-data elektronik sahaja, ia tidak berat dan menjimatkan ruang. Malah dapat mengelakkan pembaca membaca buku bercetak yang berat.

Bagi pemilik bisnes pula seperti insurans, founder produk, servis spa, food and beverage, motivator, leader dan sebagainya memilih untuk menerbitkan ebook sendiri didorong oleh beberapa faktor.

8 kelebihan ebook untuk bisnes :

  1. Sampaikan idea
  2. Memahamkan pelanggan
  3. Inspirasi
  4. Halatuju syarikat
  5. Pemberitahuan
  6. Menaikkan kredibiliti dan tahap profesional
  7. Marketing
  8. Personal branding

1. Sampaikan idea

Sebenarnya ramai pemilik bisnes atau syarikat perniagaan yang saya menembual ketika sesi pitching menyatakan mereka mempunyai idea namun tidak tahu untuk menulis.

Ada juga yang memberi alasan mereka tidak mempunyai masa untuk menulis. Namun memang benar seorang pemilik bisnes sangat sibuk dengan urusan mereka.

Bagaimanapun pemilihan untuk menerbitkan sebuah buku tentang kisah hidup, motivasi, idea, inspirasi dan sebagainya adalah satu strategi yang bagus buat bisnes.

2. Memahamkan pelanggan

Kadangkala menggunakan media sosial untuk menyampaikan info penting kepada pelanggan mempunyai keterbatasan juga.

Dengan ebook, pelanggan akan lebih memahami apa yang anda cuba sampaikan kepada mereka terutama tentang idea, konsep, cara dan sebagainya.

Di dalam ebook ini juga anda boleh masukkan grafik, gambar, logo dan bahan-bahan berbentuk lakaran imej untuk memudahkan pembaca faham.

3. Inspirasi

Ebook juga boleh menjadi dan memberi inspirasi kepada orang lain. Di mana sekiranya ebook digunakan untuk menceritakan perjalanan jatuh dan bangun anda dalam liku-liku kehidupan sehingga berjaya.

Bahan cerita begini, ramai yang mahu membacanya ketika ini. Sesuatu yang boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka ketika sedang bergelut dengan masalah atau membina empayar perniagaan.

4. Hala tuju syarikat

Menyampaikan kisah atau cerita mengenai hala tuju syarikat pada khalayak media sosial sahaja mungkin tidak cukup berkesan.

Justerus kaedah menterjemahkan hala tuju syarikat dalam bentuk penulisan ebook membuatkan klien atau audien lebih faham dan tertarik.

5. Pemberitahuan

“Cukuplah, buat di media sosial!,”.

Namun menggunakan ebook juga sebenarnya dapat membantu objektif pemberitahuan tentang produk, bisnes dan sebagainya lebih berkesan.

Hal ini kerana, melalui buku penulis boleh menggarap dalam bentuk gaya penulisan lenih menarik untuk memahamkan orang membaca contohnya anekdot.

6. Kredibiliti dan profesionalisma

Menerbitkan buku tentang diri sendiri juga sebenarnya dapat menaikkan kredibiliti seseorang pemilik bisnes itu.

Tahap profesionalisma juga dapat ditingkatkan, malah pelanggan akan menjadi lebih yakin dan percaya untuk terus setia dengan jenama anda.

7. Marketing

Kebanyakan pemilik bisnes yang ingin terus dikenali menggunakan kaedah ebook untuk tujuan marketing.

8. Personal branding

Sebenarnya sudah ramai pemilik syarikat memilih ebook untuk membina personal branding untuk diri dan syarikat mereka.

Baru-baru ini saya juga menjadi wartawan freelance untuk sebuah majalah bisnes yang memaparkan 50 usahawan yang dalam perlbagai kategori.

Ada yang start-up, pertengahan dan sedang pesat berkembang. Majalah ini dijadikan sebagai ‘kad pengenalan’ untuk bacaan klien dan masyarakat.

Berapa mukasurat yang perlu ada dalam sesebuah ebook?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapa jumlah mukasurat yang perlu ada dalam sebuah ebook.

Untuk menghasilkan ebook, jumlah mukasurat tidak ditetapkan namun bagi penulis atau ghoswriter kebanyakan mencadangkan ia adalah lebih dari 20 mukasurat.

Hal ini supaya ebook anda menjadi lebih lengkap dan komprehensif untuk bacaan serta rujukan umum.

Namun tidak salah juga sekiranya ada yang ingin menulis beberapa mukasurat sebagai outline kepada ebook tersebut seperti yang dilakukan Amazon Kindle Books.

Kesimpulannya, ebook yang dijual atau diberikan secara percuma untuk pembacaan umum atau klien dapat meningkatkan branding terhadap bisnes dan personal anda.

Malah dengan ebook juga anda boleh mengeluarkan versi bercetak menggunakan idea yang sama dengan penambahbaikkan dalam beberapa perkara untuk mencapai target pasaran anda!

Leave a comment