Seorang ghostwriter perlu melengkapkan diri dengan tool atau alat untuk melancarkan kerja-kerja menulis bagi pihak klien mereka.
Penggunaan alat yang tepat sebenarnya salah satu kaedah utama untuk membolehkan seseorang ghostwriter itu menulis dengan lebih cepat sehingga boleh menghasilkan 100 artikel sebulan.
Alat bekerja yang betul penting dalam setiap pekerjaan yang dilakukan kerana ia dapat mengoptimumkan hasil penulisan dan mengurangkan kesalahan.
Justeru tidak mustahil, penulis ini mampu menjangkau empat angka sebulan hasil menulis copywriting, content writing, artikel dan pelbagai penulisan yang lain.
Antara alatan yang diperlukan ghostwriter adalah :
Buku nota
Bagi seorang ghostwriter, buku nota sangat berguna ketika mendapat ilham dari Allah secara tiba-tiba.
Boleh pastikan sebuah buku nota sentiasa di bawa bersama ke mana sahaja, termasuk ketika ingin melelapkan mata.
Alatan tulis
Pen. Tanpa pen apalah gunanya buku nota yang diusung ke hulur dan ke hilir itu. Pastikan pen sentiasa ada bersama dan masih berdakwat.
Kadangkala, ketika keadaan belum bersedia mungkin berlaku juga kes-kes terpencil klien yang memerlukan pertolongan.
Anda akan menerima panggilan panjang lebar daripada klien yang menjelaskan masalah mereka. Jadi ini pentingnya pen dan buku nota.
Perakam suara
Alatan ini juga sangat penting. Perakam suara diperlukan untuk memastikan segala isi penting dan tembubual dapat dirakam.
Ghostwriter akan mendengar semula kandungan temubual untuk mengelakkan tertinggal poin penting.
Selain itu, ia bertujuan untuk proses mengalih audio ke dalam bentuk teks menggunakan kaedah transkripsi.
Jika tiada perakam suara, tiada masalah anda boleh gunakan fungsi perakam suara di telefon pintar anda!
Telefon pintar
Percayalah pastikan telefon pintar anda sentiasa mempunyai data internet dan ‘on’. Ini gunanya telefon pintar untuk memudahkan klien berhubung dengan penulis.
Malah ia juga boleh digunakan untuk mencari sesuatu di dalam internet dan mencatat idea-idea di ‘note’.
Komputer riba atau dekstop
Salah satu peranti ini penting untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan klien. Komputer riba mudah di bawa ke mana-mana.
Malah hari ini, komputer tablet telah menjadi pilihan utama kebanyakan penulis kerana memudahkan mereka membawa ke mana sahaja.
Surat aku janji
Sediakan sura akujanji untuk memudahkan anda berurusan dengan klien selepas persetujuan dimerterai.
Banyak surat aku janji yang boleh dicari di dalam internet. Anda boleh menggunakan format yang sama dan mengubahsuai beberapa isi penting sahaja.
Senarai sebutharga
Walaupun anda belum menerima klien, sebaiknya sediakan sebut harga segera mengikut servis yang ditawarkan.
Sebutharga ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses pitching prospek. Malah jika ada prospek yang menanyakan mengenai caj upah, anda boleh segera menghantar kepada mereka.
Portfolio
Sebelum ini saya pernah menulis bagaimana cara menyediakan potfolio bagi penulis baharu.
Ya, anda perlu sediakan potfolio dibuat dalam format excell, word, powerpoint dan sebagainya terserah kepada anda.
Paling penting mempunyai apa yang diinginkan klien atau prospek.
Akaun media sosial
Alatan ini membantu seseorang ghostwriter mudah dicari dan dikenali prospek serta klien.
Dengan akaun media sosial ghostwriter boleh menjalankan marketing dan personal branding untuk servis menulis ini.
Malah kegunaan media sosial juga adalah untuk memudahkan klien atau prospek menghubungi anda melalui mesengger dan sebagainya, ia adalah percuma!
Blog
Walaupun ia bukan satu kewajipan bagi penulis memiliki satu blog atau website, namun alat ini mampu membantu anda.
Blog boleh dijadikan satu platform untuk mencetuskan idea serta memperkasakan kemahiran menulis seseorang ghostwriter.
Malah ia juga dapat membina kredibiliti, kepercayaan, awareness dan personal branding penulis tersebut.
Selain itu, ramai penulis yang menjadi blogger boleh menjana pendapatan melalui google words, google adsense, affiliate, paid review dan banyak lagi sumber yang boleh dijadikan wang dengan platform ini.
Kamus
Sebagai ghostwriter anda juga perlu tahu kegunaan kamus sebagai alat menulis. Anda boleh menyemak keabsahan perkataan yang kebayakannya dinormalisasi oleh semua orang.
Namun sebagai penulis profesional, sebaiknya anda perlu menyemak dan periksa terlebih dahulu makna perkataan tersebut.
Terpulang mahu gunakan kamus online atau kamus bercetak! Sekarang https://prpm.dbp.gov.my/ juga boleh digunakan untuk rujukan penulis. Mudah bukan?
Mungkin juga terdapat beberapa lagi alatan lain yang saya tidak senaraikan. Namun sekiranya ia boleh membantu penulis dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti dan cepat tidak ada halangan untuk terus menggunakannya.
Jadilah penulis yang bertanggungjawab!

Leave a comment