5 panduan soalan temubual prospek ketika pitching

2–3 minutes

Bagi seorang ghostwriter kemahiran temubual adalah wajib dikuasai dengan baik. Temubual penting untuk memastikan penulisan mencapai sasaran dan objektif seperti yang diharap klien.

Setiap kali proses temubual dijalankan, pasti seseorang ghostwriter juga mempunyai perasaan gementar walaupun perkara itu sering dihadapi dan dilalui sebelum menulis untuk mendapatkan maklumat.

Mana tidaknya kebanyakan klien atau prospek ghostwriter ini terdiri daripada pelbagai latar belakang ada yang mempunyai syarikat berpendapatan berjuta, bertaraf dunia, seorang profesional dalam bidang tertentu, boleh jadi juga seorang tokoh dan sebagainya.

Perasaan gementar dan bimbang pasti menjengah juga ke dada penulis ini. Bagaimanapun jangan sampai klien atau prospek hilang keyakinan kepada anda!

Kuasai kemahiran temubual dengan baik, supaya tahap profesional dan kepakaran anda dapat ditonjolkan apabila mendepani klien dan prospek ini.

Biarlah tugasa itu bukan milik anda, atau anda tidak terpilih namun sekurangnya anda tidak ‘merendahkan’ diri tanpa sengaja di hadapan mereka.

Dalam proses temubual ini, soalan yang mahu ditanya perlu betul, tepat dan bersesuaian.

Jika sesi temubual yang anda jalankan tidak tepat, sesi ini seolah sia-sia sahaja malah boleh menyebabkan timbulnya tanggapan kurang baik daripada klien atau prospek terhadap penulis.

Baca juga : 8 Kemahiran Ghostwriter Perlu Kuasai

Oleh itu, sebelum berlangsungnya sesi temubual, anda perlu memikirkan soalan-soalan utama terlebih dahulu sebagai panduan.

Bagaimana mahu menyediakan soalan yang tepat dan bersesuaian?

Genre buku

Sebagai seorang ghostwriter, perlu tahu apa jenis atau genre buku yang klien mahu hasilkan. Genre buku yang ingin ditulis akan menentukan caj upah, menyediakan jadual menulis termasuk jumlah temubual, dan sebagainya.

Setiap genre buku ini mempunyai cabaran yang berbeza ada sesetengah memerlukan kajian yang lebih mendalam dan terperinci.

Target

Target ini boleh jadi audien atau objektif penerbitan buku tersebut. Ada sesetengah tujuannya memang mahu mengaut keuntungan semata-mata dari hasil jualan buku.

Ada juga yangmahu menjadikan satu memoir untuk keluarga, dan mendapatkan wang dari hasil jualan buku.

Malah ada juga strategi menerbitkan buku terlebih dahulu, sebelum mengadakan rentetan kelas motivasi dan sebagainya selepas ini.

Target audien pula, boleh ditanya sasaran pembacaab buku untuk siapa samada pemilik bisnes, remaja, kanak-kanak dan sebagainya.

Ghostwriter yang tahu secara jelas tentang target klien mereka, akan membuatkan penulisan lebih terfokus dan dapat mengurangkan masa proses menulis serta mengedit.

Tapi, anda mungkin menerima klien yang tidak tahu apa yang mereka mahukan. Ghostwriter boleh cadangkan dengan contoh bersesuaian.

Buku kegemaran

Jangan lupa untuk bertanya klien anda tentang buku yang mereka suka baca. Buku yang digemari mereka akan memudahkan ghostwriter mengikut ‘flow’ ketika menulis.

Manuskrip anda akan mudah diterima klien tanpa perlu beberapa kali membuat pembetulan atau editing.

Contoh buku yang mahu dihasilkan

Taktik lain, ghostwriter jangan takut untuk bertanya klien tentang jenis buku yang menjadi inspirasi mereka.

Apabila klien tahu bagaimana buku yang ingin mereka hasilkan, ia sebenarnya sangat membantu seseorang ghostwriter itu untuk menulis manuskrip.

Tiru sajalah flow buku tersebut. Mudahkan?

Bagi idea

Kebanyakan klien kebiasaan memang tiada idea untuk buku yang bakal diterbitkan mereka. Mereka akan meminta pandangan dari ghostwriter.

Jadi walaupun anda penulis setahun jagung, pastikan ilmu-ilmu asas mengenai penulisan buku seperti genre buku, target audien, format penulisan, dan harga caj perlu diketahui.

Penulisan ini adalah tips untuk memenangi hati klien yang saya kongsi, mungkin penulis lain juga mempunyai cara berbeza.

Menulis bukan perkara mudah, ia memerlukan kemahiran dan beberapa proses rumit yang memakan masa, dan tenaga.

Justeru itu, jujur kepada diri sendiri mengenai caj upah menulis yang patut dikenakan kepada klien anda!

Leave a comment