Ada website tapi tidak aktif ia sangat merugikan. Cuba isi dengan artikel-artikel SEO tentang produk dan bisnes anda.
Anda pasti terkejut, website menjadi semakin aktif dan berada dalam ranking enjin carian google dan lebih ramai pelanggan organik.
Penulisan artikel SEO adalah konten marketing untuk website dan blog perniagaan anda yang bersifat long term strategy marketing.
Malah kaedah ini lebih menjimatkan, tanpa perlu bergantung kepada google ads semata-mata untuk menaikkan ranking produk, servis atau bisnes anda.
Artikel SEO ini tidak semestinya mengenai bahan, ramuan dan mengenai syarikat sahaja, sebaliknya pelbagai lagi cabang maklumat boleh digunakan seperti :
1. Tips
2. Cara
3. Langkah
4. Rahsia
5. Amalan
6. Aktiviti syarikat
7. CSR atau tanggungjawab sosial
8. Pengalaman
9. Testimonial
10. Idea
Konten artikel sebegini kebiasaannya, mendapat carian yang banyak di internet terutama di enjin carian google.
Pencarian ini dilakukan oleh pelanggan organik yang berminat untuk mengetahui, dan membeli produk tersebut namun masih ragu-ragu dan mahukan kepastian.
Sekiranya, penulisan artikel SEO di blog atau website anda membantu meningkatkan trust mereka pasti mereka tidak bertangguh untuk membeli.
Bagaimanapun, artikel sebegini boleh juga menjadikannya sebagai awareness kepada audien tentang bisnes atau produk anda secara langsung.
Oleh itu, pastikan penulisan anda berkualiti dan mempunyai nilai kepada pembaca atau audien.
Kebanyakan audien membina kepercayaan atau trust dengan mencari maklumat lebih jelas dan terperinci di website dan blog.
Haaa…rugikan kalau anda masih tidak manfaatkan platform yang satu ini untuk marketing bisnes?
Ingat! Audien akan menggunakan google untuk mencari maklumat lebih lanjut dan jelas, sehingga mereka berpuas hati dan benar-benar yakin untuk membantu membuat keputusan, sekaligus mengambil tindakan.
Baca : Cara Menulis Artikel Mesra SEO
Selain itu, untuk memastikan website bisnes atau rasmi anda sentiasa aktif perlulah mengemaskini selalu dengan artikel SEO ini.
Kebanyakan penulisan konten (content writer) menyarankan, ia dikemaskini dengan sekurangnya tiga artikel bersifat SEO tiga kali seminggu.
Namun begitu, lebih kerap dan konsisten anda mengemaskini blog dengan konten ini sebenarnya lebih cepat menempatkan website atau blog di enjin carian google. Trafik website anda juga semakin meningkat.
Malah lebih mudah audien sampai (reach) kepada anda tanpa perlu berbelanja lebih untuk google ads!
Oh… sebenarnya ada juga sesetengah pemilik bisnes mengambil keuntungan dengan peningkatan trafik kerana, ads akan mudah masuk.
Bagaimanapun beberapa langkah perlu diambil sebelum anda boleh menerima bayaran daripada google ads, word ads dan sebagainya.
Selain trafik, ia sebenarnya boleh membantu meningkatkan audien organik, yang mempunyai minat untuk membeli atau mencuba produk atau bisnes anda.
Bagi anda yang ingin menjana keuntungan sebegini, mungkin anda perlu mengupah penulis artikel SEO atau content writer yang boleh menghasilkan sekurangnya tiga artikel seminggu atau sehari.
Berbaloi ke?
Berbaloi!


Leave a comment